TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Thursday 22 September 2011

Laporan Trip Jigging, Bottom, Trolling & Popping Kapal Besar Penang 10 - 12 September 2011

LAPORAN TRIP JIGGING DAN POPPING DAN BALUN MEMBALUN DAN JIGGING FRENZY 10-12 SEPT 2011

Lubuk: Kapal Tersadai
Tekong: Ah Eng the Jigger
Spesies dinaikkan: Tenggiri, Kerapu, Gt, Cupak, Jemuduk, Siakap Merah, Jenahak dan Tongkol

Para lanun:
1.Barra
2.Annuar
3.Helmi
4.Mamu
5.Ultegra
6.Ewak
7.Shaz
8.Shah Gelama
9.Annuar 15kmph

LAPORAN PENUH:

Perjalanan waktu 5 petang.......

Sentuhan pertama tenggiri trolling dekat waktu malam oleh Man

Trip ini menghadapi banyak ujian kerana kebetulan ketika hari pertama trip jatuh bersamaan dengan mesyuarat Dr. Barra di USM. Dalam kepala memang kawe sudahpun surrender dan bercadang untuk membatalkan penyertaan tetapi ats karan dan semangat perjuangan kawe meneruskan juga trip. Setelah menelefon semua perseta dan memaklumkan perjalan akan bermula lambat dan mendapat persetujuan semua, plan dirancang untuk kawe bergerak menaiki motorbike kamcha 2 roda memecut melintasi semua lampu israya merah untuk sampai dan memenuhi rekod 5 minit dari USM ke jeti Teluk Bahang. Semua barang telah diangkut lebih awal melalui 4x4 shah gelamapapan.

Kawe sampai di jeti jam sekitar 5 petang dan bermulalah satu perjalanan yang amat lambat dan memeritkan.

MALAM PERTAMA:

Kami tiba di lubuk jam 11 malam, semua kepala sudah fenin-fenin dan senget sendeng mengiring ke kiri. Nasib baik peralatan telah disiapkan untuk menyenangkan aktiviti dimulaka sebaik sapai lubuk. Acara dimulakan dengan kuak bebas tanpa bot diparkir, tetapi dilepaskan betul-betul ke lubuk dan dibiar hanyut. Teknik gaya bebas ini tidak perlu lama menunggu tangkapan si ikan. Aksi malam pertama dengan teknik jigging menyaksikan ikan meragut umpan bertubi-tubi, Cuma tak sempat layan habis kebanyakan jig berjaya diputuskan atau si ikan meloloskan diri satu persatu hingga memeningkan kepala. 

Species cupak dan Gt mendominasi perlawanan. Sekali sekali Gt menghadirkan diri di celah cecupak dan pesta jigging malam hari dinikmati semua kaki. Hampir semua kali ini bersedia dengan alatan yang serba hebat dan serba canggih, khususnya Twinpower dwipecutan 621 yang menyebabkan mulut ikan terus terngaga secara automatic untuk menggigit jigs.







Aksi ranjang malam pertama dipanaskan oleh satu letupan di tengah-tengah bot, berdesup sup sup air berdebur apabila popper besar lengan pak adhek bali dihenjut bapak Gt hasil lontara oleh Helmi Cool. Apa lagi riuh satu bot dengan semua memberi peluang kepada mie beraksi dan semua mata bertumpa kepada mangsa di bawah. Tapi apakah daya, saat-saat akhir si ikan berhempas pulas melarikan diri lalu berjaya memutuskan prambut kasar digunakan. Aksi mendebarkan menyaksikan keputusan seperti biasa, ikan berjaya mengalahkan si lanun. Di kala jigging mendapat sentapan ikan berterusan, aksi bottom agak mengecewakan kerana waktu makan ikan jam 7-10 mlm telah terlepas, manakala umpan segar hidup dari aktiviti Apollo tidak dapat dilaksanakan. Kira malam pertama kumpau bottom le...

KEBESOKAN HARI:

Aksi jigging diteruskan secara gaya bebas pada awal pagi. Dengan lidah berkumit-kumit membaca seru dan sumpah, lalu ikan bertalu-talu membaham jig sampai nak rak. Depan belakang kiri kanan semua melepaskan jig pilihan, dengan jig terang seperti abu dan surecatch menjadi sandaran, Tenggiri, Gt, tongkol, jemuduk, cupak dan sebagainya bersilih ganti membaham jig dan dinaikkan satu persatu. Kali ini semua berkomplot melepaskan jig tanpa henti-henti. Boleh dikatakan aksi jigging pgi itu macam pest aria, semua leka menaikkan ikan masing-masing. Awie Ultegra menjadi joara dengan menaikkan tenggiri seberat sekitar 7 kilo manakala annuar mendaratkan cupak terbesar seberat 4 kilo. Mie Cool fisherman tidak ketinggalan dengan jemuduk hasil jig.

Tetapi selagi ikan bottom belum mmenuhi tong, trip masih berada pada paras kumpau terhormat. Dengan tergesa-gesa ketika ikan masih merentap jigs, bot diarahkan berpindah ke lubuk bottom iaitu kapal kecil. Usaha untuk jigging di kapal kecil agak mengecewakan. Begitu juga bottom menghasilkan telor angin kerana waktu masih lagi panas terang benderang. Keran tak tertahan dengan aksi jigging dan keputusan bottom siang hari yang mengecewakan di lubuk kedua, kami kembali emula ke lubuk asal. Sempat juga melakukan upacara Apollo dan memenuhkan bekas umpan dengan ikan hidup dan ikan mati. Umpan untuk malam hari kali ini sudah disediakan secukup rasa...

MALAM KEMERIAHAN:

Ikan mulai mergut umpan bertubi-tubi bermula jam 7 malam setelah bertubi-tubi juga meratah jigs pelbagai jenama pada waktu ptangnya. Segala jenis jig, popper, bulu semuanya boleh dikatakan kali ini ditibai ikan. Tonkol yang mengkamikazekan diri di saat-saat lewat petang meriuhkan suasana atas bot. Satu dua tiga...satu persatu baku dipenuhi dengan tongkol sebesar betis...boleh tahan dan syioook jugak lah melayan tongkol hingga tak hingat bini....hehehe...pada aksi terakhir baru kawe teringat bulu dah disediakan satu dua lontaran sempat menaikkkan beberapa ekor tongkol sebelum malam menjelma. Tongkol jadi hidangan istimewa kami malam tuh....










Tongkol baya ini muncul beribu-ribu di permukaan lwat petang, berbakul dinaikkan. 









Jam 7 mlm ikan bottom mula mngganas, si bantal emas dari saiz sederhana hingga bapak jenahak mula menerkam umpan, dan ewak menjuarai acara bottom dengan species jenahak seberat sekitar 6.5 kilo manakala Dr. Barra, Mancaru, Helmi, Ultegra, Mamu dll berjaya menaikkan beberapa ekor kerapu, jenahak dan siakap merah. Jam sekitar 10 malam menyaksikan tong pertama berjaya dipenuhkan sekelip mata dan ikan mula memenuhi tong kedua. Di hadapan bot si anuar 15kmph bergasak sakan dengan cupak yang menerkam jig tidak henti-henti sehingga mata jig bengkok. Kali ini SPRAT FISH WILLIAMSON jadi taruhan yang berjaya. Setelah air mulai pasang dan perlahan, barulah frenzy ikan dah mula berkurangan. Sayang memikirkan kalaulah kami sampai awal pada hari pertama....mesti dah penuh dua tong sekelip mata, tapi apa nak buat, asal jangan dok mengata aku sudahhhh hahahahaha...






Image




Image
PLAN TERKUMPAU ABAD INI:

Setelah berpuashati dengan performance dan hasil bottom dan jigging di lubuk kapal senget, kaki mula menukar plan untuk merasai acara lain pula. Satu usul tergenpar dikemukakan agar lubuk diubah untuk main kerapu pula. Dah puas main cupa, nak main bapak kerapu la pulak doc! Itulah cakap-cakap malam itu. Kawe memberi respon, kalau ikan kerapu tak muncul kita akan kupau dan jadi kerapumerapu..apapun semua sanggup menghadapi risiko di ubuk kerpu itu..
Perjalan menempuh ombak menuju ke lubuk berdekatan Pulau Kendi memakan masa 3-4 jam. Namun apabila sampai ke lubuk, kami bukannya diasak bapak kerapu tetapi bapak angin selatan. Bot terhoyong hyang macam sarkas, ke[ala segera masuk angin sampai kaki mula rasa nak termuntah. Hah kan dah kena kita! Walauun satu dua hardcore cuba memancing, namun terkaman ombak tinggi mengtungganglanggangkan bot hingga menyebabkan semua alat pancing dan kotak ikan atas bot bersepah dan bersembur kiri dan kanan. Pendek kata kali ini alunan ombak yang menderu kiri kanan boleh membawa risiko. Oleh itu keputusan diambil untuk menamatkan trip sesegera mungkin dan kami mula menuju ke jeti seawall jam 4.30 pagi.

Hasil trip adalah sederhana tetapi cukup untuk menghilangkan rasa karan khususnya melalui kaedah jigging yng cukup sempoi. Salam kemaaafan jika ada tersilap kata dan terkentut dan terberak tanpa sound, moga dilain trip kita berjumpa lagi....

0 Comments
Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More