TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Thursday 22 September 2011

Tiket Percuma LRT & KL Monorel Sempena Hari Bebas Kereta Sedunia 22 September


Selamat menyambut Hari Bebas Kereta Sedunia semua. Tahukan korang semua setiap 22 September adalah merupakan sambutan HARI BEBAS KERETA SEDUNIA?

Jom kita semua sokong Hari Bebas Kereta Sedunia. Semoga usaha ini dapat mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya esok. Secara tak langsung dapat kurangkan kesan pencemaran udara yang semakin menjadi-jadi. Kurang kenderaan kurang ler pencemaran kan.

Esok korang leh gie keje naik LRT atau Monorel FREE. Syarikat Prasarana Negara Berhad (PRASARANA) akan mengedarkan 150,000 tiket percuma yang sah digunakan untuk perjalanan sehala Transit Aliran Ringan (LRT) dan KL Monorel pada Sabtu, Ahad dan cuti umum dalam tempoh setahun. Semua kupon itu diedarkan secara berperingkat mulai semalam dan berakhir 22 September tahun depan (2012).

Apa lagi jom kita serbu LRT dan Monorel esok amik tiket FREE hehehe. Untuk makluman lanjut korang leh tengok laporan Berita Harian kat bawah nie yer.


Tiket percuma LRT, monorelOleh Nor Fariza Ramlannorfariza@bharian.com.my2011/09/21
PRASARANA edar 150,00 kupon percuma hingga 22 September 
KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Hari Bebas Kereta Sedunia Khamis ini, Syarikat Prasarana Negara Berhad (PRASARANA) mengedarkan 150,000 kupon percuma yang sah digunakan untuk perjalanan sehala Transit Aliran Ringan (LRT) dan KL Monorel pada Sabtu, Ahad dan cuti umum dalam tempoh setahun. 
Melalui kempen ‘Kurang Kenderaan, Kurang Pencemaran’ itu, semua kupon itu diedarkan secara berperingkat mulai semalam dan berakhir 22 September tahun depan.
Pengerusi PRASARANA, Tan Sri Ismail Adam, berkata pelbagai program diatur sepanjang kempen setahun itu, berteraskan kepada menanam kesedaran untuk tidak menggunakan kenderaan bagi mengurangkan pencemaran. 
“Saya berharap sokongan kepada kempen bebas kereta ini tidak hanya berjalan satu hari saja malah diterapkan sepanjang masa oleh semua masyarakat. 
“Selain itu, orang ramai juga digalakkan untuk menunggang basikal dan menggunakan sepenuhnya kemudahan meletak basikal yang disediakan di 17 stesen LRT antaranya Kelana Jaya, Taman Bahagia, Taman Paramount, Asia Jaya, Taman Jaya, Universiti, Abdullah Hukum, Kampung Baru, Damai, Dato’ Keramat dan Jelatek, ” katanya dalam satu kenyataan semalam. 
Sehubungan itu, katanya, kupon yang diedarkan sah untuk digunakan bagi kedua-dua laluan LRT Ampang dan LRT Kelana Jaya serta Monorel untuk hari Sabtu, Ahad dan cuti am malah potongan harga tambang bagi Januari hingga September 2012 akan turut diperkenalkan bersempena kempen terbabit. 
“Kami juga akan mengedarkan pelekat kereta khas yang melayakkan pemilik kenderaan bertuah menerima hadiah Rapidpass bernilai RM100 dalam peraduan ‘Spot The Sticker Contest’ yang turut berlangsung selama satu tahun. 
“Pihak kami akan berganding bahu dengan pelbagai kementerian, jabatan kerajaan, badan bukan kerajaan, universiti awam serta swasta dalam mengatur beberapa program berterusan di stesen LRT, Monorel dan Hab bas, ” katanya. 
Selain itu, Pasar Kreatif di stesen LRT dan KL Monorel terpilih akan menjual barangan cenderahati kitar semula yang dihasilkan oleh persatuan kebajikan, ibu tunggal dan badan bukan kerajaan. 

0 Comments
Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More