Perghhhhhhh!!!!! Memang nampak eksklusif abih senibina luaran dan dalaman Istana Negara yang baru nie. Hiasan dalaman memang cantik kalah hotel bertaraf 5 - 7 bintang. Projek dah hampir nak siap walaupun pebelanjaan asal dah naik sekali ganda sebab faktor bahan mentah seperti keluli yang melambung tinggi.
Kos asal pada 2006 sekitar RM400 juta tapi sekarang nie dah naik sehingga RM811 Juta. Boleh baca kat sini yer.
Semoga Istana Negara yang baru nie akan dapat dimanfaatkan sebaik yang mungkin memandangkan rakyat juga ada menyumbang wang ringgit secara tak langsung dengan pembinaan Kompleks Istana Negara ini melalui kutipan cukai pelbagai yang dikenakan oleh kerajaan.
Diharapkan takder ler kerosakan atau kebocoran sana sini lepas projek dah siap. Ibarat "rumah sudah siap pahat masih berbunyi".