KAT SINI MACAM-MACAM ADA BISNES | BLOGGING | CONTEST | TIPS BLOGGING | TIPS SEO | TIPS FACEBOOK | TUTORIAL | RESIPI | POLITIK | ARTIS | SUKAN | GADGET | ISU SEMASA | ISU AGAMA
Rasanya ramai kat sini yang penah tengok & layan leleh ngan citer Nora Elena kat TV3 kan.......nampaknyer korang gigit jari kaki ler yang mana dah menaruh hati kat minah nie hahahahaha.......taknak citer banyak korang tengok sendiri ler hehehehehe.......
SELAMA 30 tahun membabitkan diri sebagai insan seni, Salih Yaccob bukanlah satu nama asing di kalangan peminat industri hiburan tanah air. Apatah lagi, kini boleh dikatakan karier seninya berada di puncak walaupun Salih sudah agak berusia.
Siapa sangka pada usianya mencecah 48 tahun, Salih yang beristeri empat serta memiliki 11 anak berjaya mengumpul kelompok peminatnya tersendiri. Bahkan, tak keterlaluan jika mengatakan Salih diterima kerana bakat dan bukan isu peribadi.
Kat sini aku nak kongsi ngan korang semua video maklumbalas daripada Pengarah Operasi Restoran KFC Malaysia berhubung isu hangat yang tengah bermaharajalela sekarang nie.
Semoga perkara nie akan dapat diselesaikan secepat yang mungkin supaya pelanggan tak ragu & was-was lagi dengan kebersihan dan kualiti produk yang dihidangkan oleh KFC lepas nie.
Versi Bahasa Malaysia KFC Malaysia - Message Daripada Pengarah Operasi Restoran
Kesemua tebusan yang ditahan oleh lelaki bersenjatakan parang telah selamat. Pihak polis terpaksa melepaskan tembakan ke atas lelaki berkenaan dan suspek dilaporkan mengalami cedera parah. Tahniah PDRM terutamanya geng UTK Bukit Aman. Well done guys.....korang dah jalankan tugas ngan baik. Harap perkara nie tak dipolitikan oleh pihak tertentu. Lebih-lebih lagi bila Polis terpaksa menundukkan penjenayah dengan senjata api.
MUAR 7 Julai - Polis terpaksa melepaskan tembakan pada pukul 3.41 petang dan menyerbu masuk tadika yang menjadi lokasi empat guru dan 30 kanak-kanak di Taman Sungai Abong, di sini yang ditahan sebagai tebusan oleh seorang lelaki yang bersenjatakan parang.
Laporan awal mengatakan semua tebusan selamat dibebaskan manakala suspek cedera parah dan dibawa keluar dengan ambulans.
Lelaki berkenaan dipercayai menceroboh pusat jagaan tersebut pada pukul 9.30 pagi dan difahamkan seorang kanak-kanak telah dicederakan.
Laporan Bernama sebelum ini menyebut, seorang pakar psikologi dikenali Dr. Lau Keen Lee dikatakan telah berusaha menenangkan lelaki yang dipercayai pesakit mental itu dari luar banglo dua tingkat tersebut. - Utusan