TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Monday, 17 October 2011

Bila KFC Gaduh Dengan McDonald

Hahahahahaha.....nak tergelak pun ada bila aku layan youtube KFC vs McD....macam nie punya game pun ada ke....korang layan jer lah yer....

Agak-agak Berapa Tahun Jangka Hayat Korang? Jom Kira Kat Sini

Aku pun tak tahu rupernyer ada laman web Jabatan Perangkaan Malaysia pasal JANGKAAN HAYAT PENDUDUK MALAYSIA (MENGIKUT KUMPULAN ETNIK DAN JANTINA).

Biar betik!!!! Website macam nie pun ada gak ker. Dah macam tahyul lak. Sapa ler yang cipta sistem nie ek. Dah takder keje agaknyer hehehehehe. Jom layan hahahaha.


Jom check kat sini http://www.statistics.gov.my

Petua Hilangkan Sedu

Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia. Rasanya dalam dunia nie semua orang penah kena sedu kan. Tahu ke apa tu sedu? Huish kalau tak tahu tu pelik nie hehehehe.

Sedu nie kerap berlaku pada baby. Orang dewasa macam kita pun boleh kena sedu. So macam mana nak hilangkan sedu dengan cepat. Kat sini aku nak share kaedah nak hilangkan sedu cara paling mudah insyallah mujarab. Korang tengok kat bawah nie yer.

  1. Tarik nafas sehingga penuh dada dan tahan nafas
  2. Sambil menahan nafas, telan air liur
  3. Jika masih tidak berjaya, tarik lagi nafas dalam dalam sehingga dada terasa kemas
  4. Telan air liur lagi
  5. Ulang perkara di atas sekali lagi dan jika masih belum berjaya, boleh cuba minum air. Dijamin hilang 100%

Kanak-Kanak Digilis Dan Dibiarkan

Perghhhhh kesian ngan budak dalam video nie kan. Dah ler kena gilis lepas tu dibiarkan macam tu jer. Adoiiiii!!!! naper ler manusia-manusia nie makin kejam. Buat bodo jer lalu sebelah budak tu. Harap semua rakyat Malaysia tak jadi seperti nie. Apa pandangan korang semua bila tengok video nie?????

Tutorial Setting Sitemap Di Page Tab Blog Anda

Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia semua. Hari nie dalam ruangan TIPS BLOGGER aku nak tunjukkan salah satu cara atau teknik berbentuk tutorial macam mana nak setting Sitemap kat blog korang. 

Aku dapat ilham nie bila aku belajar di blog http://www.adamxis.com/. Nak tahu macam mana ruper SITEMAP nie korang leh klik DEMO. Gitu lah bentuk nyer SITEMAP.

SITEMAP nie bukan saja bagus untuk blog korang tapi bagus juga untuk SEO. Memudahkan SEO untuk mengindex blog korang. Kiranya mesra SEO lebih kurang macam tu ler. Kalau korang ada SITEMAP nie leh ler pasang GOOGLE WEBMASTER TOOLS lak lepas tu. Nanti aku buat entry tutorial pasal GOOGLE WEBMASTER TOOLS yer.

Jom kita start buat SITEMAP.

STEP 1

Klik DASHBOARD >>> POSTING >>> EDIT PAGES >>> NEW PAGE 




STEP 2


Pada ruangan PAGE TITLE korang taip SITEMAP






STEP 3


Korang COPY script kat bawah nie yer



<script src="http://www.abu-farhan.com/script/daftarisiblogger/blogtoc-min.js"></script><script src="http://www.URLBLOGKORANG.com/feeds/posts/default?max-results=9999&amp;alt=json-in-script&amp;callback=loadtoc"></script>


Korang nampakkan tulis merah tu kan. Korang tukar ler dengan URL BLOG KORANG yer.


STEP 4



Klik EDIT HTML dan korang PASTE script kat atas nie nie pada page baru tu yer. Korang leh tengok contoh kat bawah nie.




STEP 5


Ok dah siap korang klik PUBLISH POST. 


Taraaaaa dah siap. 


SUMBER: http://www.adamxis.com & http://www.abu-farhan.com

Sunday, 16 October 2011

Tahniah Kepada Semua Pemohon Terpilih Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA)

Tahniah ler kepada semua pemohon Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang berjaya dalam proses cabutan undi baru-baru nie. Best kan berjaya menjadi salah sorang yang bertuah. Tahniah kepada anda yang terpilih. Bagi yang tak terpilih jangan gundah gelana sebab masih ada projek lain nanti. So leh register untuk projek lain lak yer.

Harap proses pemilihan secara undi ini tidak berlaku ketirisan agak semua pemohon dapat menerima manfaat dari pengundian yang telus. Kepada yang tak tahu pasal projek PR1MA nie harap korang rajin-rajin ler masuk ke website ini yer http://www.pmo.gov.my/pr1ma/

PENIAGA pasar malam, Mohammad Norazam Azman Shah, 25, bertuah nombornya yang pertama diundi Najib untuk memiliki rumah Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Presint 11, Putrajaya, semalam.



NAJIB bersama Rosmah menunjukkan nombor cabutan undi sebahagian daripada lebih 7,000 permohonan bagi 560 unit rumah mampu milik fasa pertama di bawah Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sambil diperhatikan Tengku Adnan serta Dr Jamaluddin (kanan) di Dewan Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya, semalam.

Perdana Menteri jamin lebih banyak rumah PR1MA akan dibina

PUTRAJAYA: Sejak Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) yang pertama di Presint 11 dibuka pada 30 September lalu, lebih 7,000 permohonan diterima dan semalam, 560 pemohon gembira kerana menjadi pemilik pertama program rumah mampu milik itu manakala 200 lagi dipilih dalam senarai menunggu.
Ramai yang kecewa tetapi Datuk Seri Najib Razak menegaskan mereka yang tidak berjaya boleh memohon semula bagi projek PR1MA akan datang, kerana lebih banyak rumah seumpama itu akan dibina.
Dalam ucapannya Perdana Menteri berkata, kerajaan akan terus campur tangan melalui program khusus itu bagi membantu lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumah berkualiti pada harga rendah.

Katanya, sasaran program itu adalah membangunkan rumah mampu milik bagi memenuhi keperluan golongan berpendapatan sederhana yang hidup di bandar besar sehingga terpaksa menanggung kos perbelanjaan harian yang tinggi khususnya kos pengangkutan. 

“Memiliki rumah sendiri adalah satu impian dan cita-cita rakyat yang diambil berat oleh kerajaan. Ini adalah kerana memiliki rumah sendiri akan menyemai perasaan memiliki selain mempunyai rumah berhampiran tempat kerja. Lagipun, kerajaan sedar tinggal berhampiran dengan tempat kerja mampu meningkatkan produktiviti rakyat," katanya pada majlis pengundian terbuka pertama PR1MA untuk rumah mampu milik di Presint 11 di sini, semalam. 

Hadir sama, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr Jamaludin Mohd Jarjis; Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias dan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Ahmad Phesal Talib.

Rumah PR1MA ditawarkan pada harga RM120,000 dan RM150,000 seunit berbanding harga pasaran rumah terbabit RM175,000 dan RM220,000 seunit yang dijangka siap sepenuhnya pada suku kedua 2014. Projek itu dibangunkan Putrajaya Holdings Sdn Bhd (PjH) dengan kerjasama Unit PR1MA, Jabatan Perdana Menteri.

Ia dibuka kepada warga negara Malaysia berumur 21 tahun ke atas, bermastautin atau bekerja di Putrajaya dan juga pengundi berdaftar Parlimen berkenaan; tidak memiliki lebih daripada satu rumah di Malaysia dan pendapatan isi rumah kasar tidak melebihi RM6,000 sebulan.

Najib berkata, lebih banyak program PR1MA akan dibina di sekitar kawasan bandar seperti Putrajaya, Cyberjaya dan Lembah Klang bagi memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang masih belum memiliki rumah untuk mempunyai kediaman sendiri.

“Peningkatan harga rumah di kawasan bandar akan mendorong perpindahan dari kawasan bandar ke luar bandar dan secara tidak langsung ia akan memberi komplikasi atau tekanan sosial dan ekonomi kepada golongan terbabit.

“Ini kerana difahamkan harga purata rumah teres baru sekarang adalah RM450,000 sebuah, yang memerlukan bayaran ansuran bulanan sehingga RM3,000 sebulan bagi tempoh pinjaman 20 tahun, menyebabkan sebilangan besar rakyat di kawasan bandar tidak mampu untuk memiliki kediaman sendiri di Lembah Klang,” katanya.

Sementara itu, peniaga makanan di Pasar Tani Mega Putrajaya di Presint 2, Mohamad Norazam Azman Shah, 25, melahirkan rasa terkejut kerana menjadi pemohon pertama yang nombor undian dicabut pada majlis pengundian di dewan Kompleks Kejiranan Presint 11 di sini.

Bapa kepada bayi berusia tujuh bulan yang kini tinggal bersama ibu bapanya di Presint 9, menganggap dirinya amat bertuah kerana nombornya dicabut sendiri oleh Najib, sekali gus memberinya peluang untuk memiliki kediaman sendiri.

“Selama hampir tiga tahun saya cuba mencari rumah di kawasan sekitar termasuk Bangi dan Kajang tetapi gagal kerana harga yang ditawarkan terlalu tinggi, berbanding dengan pendapatannya hanya sekitar RM2,000 sebulan.

“Pemilihan hari ini dapat merealisasikan impian saya untuk terus tinggal di Putrajaya kerana saya memang suka tinggal di sini, memandangkan keadaannya yang aman dan menenangkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias menjelaskan, senarai menunggu itu bertujuan memudahkan proses seterusnya jika ada pemohon yang dipilih dalam senarai awal tidak memenuhi syarat termasuk gagal memperoleh pembiayaan daripada bank atau institusi kewangan.

INFO Rumah PR1MA
  • RM400,000 had maksimum harga rumah

  • RM6,000 pendapatan bersama pasangan suami isteri

  • Rumah pertama bagi pasangan suami isteri

  • 1,880 unit akan dibina 2011 di Putrajaya dan Bandar Tun Razak

  • 7,700 unit dibina 2012 di Cyberjaya, Putra Heights, Seremban, Damansara dan Bukit Raja

  • Pengecualian duti setem surat perjanjian

Alasan Budak Kolej Mengandung



Ibu: Kenapa perot ko muncit? Ko mengandung kaa?

Anak pompuan: Ha.. ni projek sains kolej.. tajuk dia ''Proses Kelahiran''..

Ibu: Sapa laki tu..Ko cakap aku sapa laki tu.. ?

Anak pompuan: Tak tau la mak.. ni projek berkumpulan..

HAHAHAHA lawak seh.....tak mustahil benda macam nie boleh berlaku kan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More