TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Tuesday, 15 January 2013

Listen...Listen...Listen...Listen...Listen...Listen Tagline Yang Tengah Trending


 
Tadi aku ada tengok video pasal Forum Suara Mahasiswa yang telah diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru nie.

Apa yang aku leh cakap adalah TAGLINE "LISTEN.....LISTEN....LISTEN....LISTEN...." akan jadi trending hehehehe.

Apa-apa pun aku kurang setuju cara MC forum nie handle majlis nie. Pada aku tak perlu riak dan angkuh bila nak berbicara. Bagi jer lah budak tu nak bercakap dan luahkan apa yang dia nak cakap. Siap tarik mic lagi tu hehehehe.

Korang tengok ler sendiri ek. Pada saudari Sharifah Zohra Jabeen  selaku presiden organisasi Suara Wanita 1Malaysia atau SW1M....TAHNIAH!!!!! ANDA TELAH FEMES HEHEHEHE

Monday, 14 January 2013

Berhati-hati Menggunakan Mesin ATM (Bank)


Tadi aku ada terbaca kat Facebook pasal isu kecurian nombor pin kad ATM. Walaupun kes macam nie maybe jarang-jarang berlaku di Malaysia, kita tetap kena amik perhatian memandangkan perkara macam nie tak mustahil boleh berlaku.

Dikabarkan sindiket nie banyak berlaku di Indonesia. Penjenayah atau perompak sekarang nie dah tak payah rompak bank dah sekarang nie. Dengan menggunakan beberapa gadget seperti dalam gambar nie diaorang leh senyum lebar curi data pada kad ATM korang semua.

Diaorang leh tahu nombor kad korang dan juga nombor pin kad ATM. So senang ler diaorang nak klonkan kad ATM tu. Mudah jer diaorang nak rembat duit korang semua bila dah dapat data-data penting pada kad.

So berhati-hati ler ek.

Friday, 11 January 2013

Gambar Penjenayah Lolos Di Bukit Mertajam Ditembak Mati



Akhirnya 2 orang penjenayah yang meloloskan diri ketika dalam tahanan Polis telah ditembak mati semalam.

Tadi aku ada ternampak sekeping gambar kat Facebok yang dikatakan mayat salah seorang yang berjaya ditembak mati. Tapi aku tak sure ler betul ke idak.

Korang leh tengok kat sini ek. Semoga kejadian nie dapat memberikan ikhtibar kepada tahanan lain supaya cepat-cepat serah diri pada pihak Polis.

Kang nanti tak pasal-pasal ada yang terkorban lagi.

Tuesday, 8 January 2013

Video Teknik Buka Kereta Pakai Tali


Pernah ker korang terpikir cara ginie nak buka pintu kete lebih-lebih lagi bila kunci tercicir ker hilang ke hehehehe

Korang tengok video nie mesti korang tak akan sangka nyer lah dengan seutas tali pun boleh buka pintu kete.

Korang layan ler ek.

Monday, 7 January 2013

Ribut Tropika (SONAMU)

Ribut Tropika Sonamu dijangka akan sampai ke area Pantai Timur selewat-lewatnya hari Selasa nanti.

Diharapkan semua warga Pantai Timur Kelantan, Terengganu, Pahang & Johor Timur bersiap-sedia dengan  dugaan yang bakal dihadapi tak lama lagi.

Semoga warga Pantai Timur tabah menghadapi dugaan nie. Diminta juga korang semua amik langkah-langkah keselamatan sebelum, semasa dan selepas Ribut Sonamu tiba.

Make sure korang dapatkan informasi terkini dari Jabatan Kajicuaca sekerap yang mungkin. Bila tengok dari keadaan yang diwar-warkan dan laporan kajicuaca agak merisaukan sebenarnya.

Jadi amiklah langkah berjaga-jaga dari awal.

Seluruh warga Dezaman Cottage sentiasa mendoakan keselamatan rakan-rakan dan saudara mara yang tinggal di kawasan Pantai Timur.

Korang leh tengok LIVE UPDATE keadaan cuaca di sini http://www.ssd.noaa.gov   

 

Nasihat Ribut Tropika

Di keluarkan pada 08:52PM 06 Januari 2013

 
Peringkat : Ribut Tropika (SONAMU).


Masa Pencerapan : 8:00 malam, 6 Januari 2013.


Kedudukan : Latitud 7.5 Utara; Longitud 109.3 Timur; kira-kira 472 km ke Tenggara Ho Chi Minh City, Vietnam.


Pergerakan : Ke arah Barat dengan perlahan.


Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 718 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.


Kesan terhadap Malaysia : Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan.


Sumber : http://www.met.gov.my

Saturday, 5 January 2013

Kejam: Video Samun Berpasang Siang Hari Di Bukit Mertajam Pulau Pinang



Tadi aku ada tengok satu video samun berparang waktu siang hari di Koay Teow Restaurant, Bukit Mertajam.
 

Perghhhhhh!!!!! Makin menjadi-jadi kes samun macam nie. Memang hati kering tul siap samun ngan berparang waktu siang hari.

Nasib penyamun nie agak baik sebab semua pelanggan dalam restoran lari lintang pukang. Kalau ler ada beberapa orang pelanggan yang berani confirm mampus penyamun nie dikejekan.


Apa yang jadi ler ngan budak-budak muda sekarang nie. Suka sangat nak jadi penyamun, peragut dan perompak.

Tak kena tangkap takper ler. Kalau kena confirm makan tak abis. Silap-silap nyawa melayang.

Artis Bertudung "Berbogel" Depan Pereka Fesyen


Adoiiiiiii!!!!! tak paham aku ngan segelintir artis nie yang hanya menjadikan konsep bertudung sebagai satu trend fesyen semata-mata.

Betul ke diaorang nie dah berhijrah????? Ada banyak persoalan kat situ samada betul ke idak. Aku yakin tak semua artis wanita yang telah berhijrah kepada landasan kebenaran jadi macam dalam artikel nie.

Malu dan bodoh siot sebab mempersendakan agama!!!!!

Jangan ler dijadikan hijab tu sebagai fesyen jer tapi lepas tu canang satu dunia "Saya sudah berhijrah". Pelik!!!! Pelik!!!!

Kalau korang baca ruangan soseh-soseh Harian Metro hari nie mesti jumpa citer pasal nie.

Pada artis luar sana jangan ler jadikan hijab tu sebagai ikutan atau trend fesyen semata-mata. Kalau nak berubah biar ler seiringan dengan jiwa dan raga.

Tak molek berhijab lepas tu buka sana sini depan pereka fesyen. Walaupun pereka fesyen tu maybe takder nafsu sebab dah terarah kepada ciri-ciri kewanitaan....tapi dia tetap lelaki yang bukan muhrim.

Jangan nanti orang kat luar sana cop Islam nie agama mainan semata-mata. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Orang yang betul-betul berhijrah seluruh jiwa dan raga tak pasal-pasal terpalit sama akibat perbuatan tak bermoral artis yang dimaksudkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More