TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Friday, 13 February 2015

Bersemadilah Dengan Aman Tok Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat - Al-Fatihah


Hari nie bumi Malaysia menangisi pemergian seorang tokoh agama yang terbilang dan disegani iaitu Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat. Beliau telah kembali kepada Allah SWT pada 12 Februari 2015 pada jam 9.45 malam.

Hari nie pada pagi Jumaat yang mulia penghulu segala hari jenazah Tok Guru akan disemadikan. Semoga Allah SWT merahmati Tok Guru dan menempatkan beliau bersama-sama para syuhada dan mereka yang beramal soleh pada Allah SWT.

Rasa sedih memang tak dapat dibendung lagi dalam jiwa ini memandangkan Tok Guru adalah sorang agamawan yang amat dihormati dan disegani di bumi Malaysia.

Al-Fatihah buat Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat. 

Semoga berbahagialah Tok Guru di sana.

Sunday, 1 February 2015

Harga Minyak Petrol Turun 1 Februari 2015. Kenapa Harga Barang Tak Turun?

Alhamdullilah turun lagi harga minyak petrol bermula 1 Februari 2015. Berkuat kuasa hari ini, harga runcit bagi petrol RON95 diturunkan 21 sen seliter kepada RM1.70 seliter manakala harga RON97 diturunkan sebanyak 11 sen seliter kepada RM2 seliter.

Kurang sikit beban rakyat Malaysia nak bubuh minyak petrol kat kereta atau moto lepeh nie. Walaupun sebenarnya harga yang diharapkan turun lebih dari yang diumumkan aku tetap happy sebab harga minyak petrol dah makin murah. Hanya harga barang-barang saja yang tak turun-turun.

Pada aku ada penyebab kenapa harga barang tak turun sebenarnya. Salah satunya disebabkan kadar tukaran matawang asing Ringgit Malaysia yang makin merosot. Dulu 1USD = RM3.20 sekarang nie 1USD = RM3.55 lak makin jatuh nilai RM.

Malaysia adalah sebuah negara yang majoriti produk asasnya masih lagi diimport dari luar negara. Macam mana nak turun harga barang kalau kita masih lagi "kuat" mengimport dan mengharapkan produk dari luar Malaysia.

Kita bukan sebuah negara pengeluar macam Jepun, Korea, China, USA, UK, Germany dan lain-lain. Bisnes utama di Malaysia nie lebih tertumpu kepada petroleum dan Malaysia terikat dengan pasaran petroleum dunia. Bila harga minyak turun Ringgit Malaysia pun kena tempias disebabkan kebergantungan Malaysia pada jualan petroleum. Sib baik kita ada Petronas dan negara kita bertuah sebab ada sumber minyak petroleum.

Aku tak akan salahkan peniaga kalau depa tak turunkan harga barang sememangnya nilai RM sendiri makin merosot macam mana nak beli barang ngan murah. Bayangkan peniaga dan pemborong kena beli daging import dari Australia. Contohnya dulu beli daging lembu dari Australia RM25 per kg sekarang nie dah jadi RM30 per kg. Dulu beli Lada Hitam RM29 per kg sekarang nie dah jadi RM42 per kg sebabnya kita import dari luar Malaysia. Ada banyak list produk yang diimport dulunya murah sekarang nie jangan harap nak murah dah sebab RM dah makin susut nilai.

Monday, 19 January 2015

Tahniah Mojo Ft CaliphBuskers Anda Adalah Juara Sebenar AJL "People Champion"



Video Ihsan GengTube

Walaupun aku tak tengok AJL semalam aku hanya dapat tau dari wife aku pasal penyanyi Mojo diganti ngan seorang vokalis buta aku dah agak nie mesti Edry amik adik yang buta suara mengaji power super duper tu.....

Sekali tengok memang betoi adik nie......perggggggghhhhhh meremang bulu roma aku bila tengok adik nie bawa lagu Mojo key tinggi tuuuuuu bhaaaiiiiii.....bukan mudah nak bawa lagu nie tapi adik nie ngan selamba ja leh bawa key tinggi ngan muka tak "bersalah" hahahaha.....memang terbaik....memang aku salute abih kat adik nie n team diaorang berjaya bawa lagu nie lagi baik dari penyanyi asal.....

Tahniah pada Edry KRU sebab berjaya angkat CaliphBuskers sebagai permata baru arena seni tanpa mengira status dan keupayaan fizikal serta rupa paras ahli anggota kumpulan.....aku memang rasa terharu dengan usaha Edry KRU yang mengetengahkan CaliphBuskers pada masyarakat......

Semoga CaliphBuskers akan terus berjaya dan diterima sebagai artis alaf baru......

Tahniah CaliphBuskers!!!!

Tahniah Edry KRU!!!!


"Rupa paras dan kekurangan fizikal bukan segala-galanya...."

Perghhhhh Qu Puteh Tengah Viral Tu...


Tahniah pada pengusaha Qu Puteh dengan marketing strategi yang berjaya buat timeline aku penuh ngan perkataan Qu Puteh hari nie sampai minggu depan hahahahaha.....

Semua nie berpunca dari sponsor masa AJL semalam.....walaupun ada yang cakap TV3 takdak duit amik tangkap muat pada aku semuanya salah hahahahaha.....

Maknanya Qu Puteh lagi power dari segi kewangan leh sponsor AJL kalau nak bandingkan dengan company lain.....maknanya TV3 layan Qu Puteh sbb depa ada duit hahahaha.....lagi kaya dari Abdul Wahab lagi kaya dari Abdul Wahub.....sama macam skrip dalam cerita Tiga Abdul hahahaha sbbnya depa kayaaaa.....



Nie adalah strategi marketing yang paling terbaik pada pandangan aku....dari benci, benci, benci, benci, benci....terus terlekat kat dalam kepala hotak kita semua....yang benci akan benci la....yang nampak peluang akan terus cari owner amik peluang jadi agen atau main distributor state level......sapa yang rugi sebenarnya hahahaha Qu Puteh ka org yang benci ka......

Bayangkan AJL nie ada peminat sendiri jutaan penonton bhaiiii......amik 10% yang berminat ngan produk n berminat nak jadi agen....tak pasai2 dah ratusan ribu manusia dah jadi pelanggan n agen secara tak langsung.....yang benci 90% tu leh gie main jauh2 kata owner hahahahaha....

Walaupun ada yang cakap owner dah la tembam tak sesuai la nak bergaya macam tu macam nie.....pada aku itu fizikal dia lantak dia la....dari kekurangan dijadikan kekuatan.....yang nie kena baca apa itu S.W.O.T analysis.....pada yang dok mengata leh gie main jauh-jauh hahahaha.....macam aku cakap dia hanya perlukan 10% saja orang yang nak optimis mencari peluang dan ruang untuk maju bersama-sama owner dalam produk Qu Puteh......dah sah pelanggan akan berdesup nak cuba....

Sama macam produk Dr. Rozmey baju merah menyala dengan color kontra abih siap buat filem lagi tu hahahaha tengok aku pun teringat sampai la nie.....DeHerbs dengan tag line terlajak laris pun terbaik sampai skrip "eeeeeehhhhhhhh muka putih tangan hitammmmm" aku ingat hahahahaha......yang best skrip "Comel tak Kak Ton....." sampai la nie semuanya tagline tu jadi viral n sentiasa orang dok pakai hahahaha.......

semuanya bermula dengan kebencian dan kutukan orang ramai sampai jadi viral hahahahaha.......dari benci, benci, benci, benci terus terlekat melekat hahahaha......silap-silap yang dok benci tu la ada yang jadi pelanggan setia n agen......

Nielah kuasa marketing alaf baru.....tahniah pada consultant sebab berjaya jalankan tanggungjawab naikkan brand Qu Puteh secara langsung atau pun tak langsung.....tahniah juga pada owner Qu Puteh sbb produk anda sedang viral akan bakal meletooooopppppp habaqqqq hanggggg.....

Tengok dah berapa banyak niche Qu Puteh aku tulis hahahahaha.......ingat dari benci akan jadi sayang hahahahaha

P/S - Ini bukan post sponsor hahahahaha......

Friday, 16 January 2015

Baju Kurung...Ohhhhh!!!!! Baju Kurung......


Beberapa hari nie tengah dok viral pasal isu budak sekolah 'cindian' (hasil perkahwinan campur India dan Cina) yang tak dibenarkan masuk ke sekolah sebab pakai baju kurung ke sekolah. Alasan pihak sekolah hanya pelajar Melayu saja boleh pakai baju kurung.

Dalam kes nie pada pandangan aku mungkin ada sebab tertentu kenapa pihak sekolah tak bagi pakai. Kalau sapa2 jadi cikgu n selalu berurusan dengan sekolah mungkin akan perasan. Baju kurung putih yang dipakai oleh student sebenarnya pada aku amatlahhhhhh tak sesuai sbb jarang sampai leh nampak bra n bentuk badan budak pompuan yang pakai baju kurung. Kena lak tak pakai baju singlet atau inner lagi terjojol bijik mata cikgu lelaki hahahaha....tak pasal-pasal ada cikgu lelaki jadi stress hahahahaha kena lak student tu cun macam Nelopa terus jadi alpaaaaa hahahaha......

Mungkin itu adalah alasan pihak sekolah n PIBG memandangkan pelajar Melayu yang pakai baju kurung nie bertudung so ada faktor halangan dari nampak objek dalaman tak timbul hahahaha......

Pada aku benda nie leh settle cara mudah sebenarnya....kalau semua orang prihatin terutamanya pihak pentadbiran sekolah dan PIBG....baju kurung adalah satu simbol kebangsaan yang patut semua orang bangga. Status baju kurung diangkat jadi sebagai baju kebangsaan adalah tepat.

Jadi semua pihak patut menyokong wanita Malaysia pakai baju kurung sebagai lambang rasa cintakan negara sebagai simbol kebangsaan. Hanya mekanisme n pelaksanaan kena betoi.

Pihak sekolah boleh buat guideline supaya setiap pelajar tak kira bangsa digalakkan pakai baju kurung ke sekolah dengan syarat pelajar tersebut kena la pakai baju singlet atau inner yang bersesuaian supaya tak nampak aset peribadi sampai ada yang stim free hahahahaha......

Guideline nie kena dipersetujui di peringkat KPM sendiri supaya diwartakan garis panduan pada pentadbir sekolah dan pelajar. So selesai masalah.

Pada aku baju kurung putih amat tak sesuai untuk pelajar pompuan pakai sebab faktor jarang. Walaupun mungkin kita akan dengar alasan baju warna putih dipilih sebab faktor geografi dan suhu di Malaysia yang panas. So warna putih tak panas. Pada aku alasan nie dah leh ditongsampahkan.....budak2 nie belajar bukan dalam sauna atau dalam bilik takdak kipas....kita semua dah tau setiap kelas dah ada kemudahan kipas angin....alasan pelajar leh pengsan sebab panas dah tak logik oooooo......so logikal warna dah leh ditolak ke tepi sat....setakat nie belum lagi aku dengar cerita pengawas dan pustakawan pakai baju warna selain dari putih pengsan kat sekolah sebab panas hahahahaha....so alasan warna putih dah tak relevan....

Sekarang nie benda dah jadi n dah viral harap Tok Mudin kita selaku Menteri KPM dan TPM pandai2 la hangpa selesaikan isu bodo nie......


Thursday, 15 January 2015

Tarikh Gaji Kakitangan Kerajaan dan Pencen 2015


Sapa yang kerja ngan kerajaan korang leh take note tarikh gaji yang akan dibayar setiap bulan untuk tahun 2015.....dalam masa yang sama korang kena gak alert tempoh bertenang sebelum nak dapat gaji pada bulan berikutnya.....ada tempoh bertenang sampai 46 hari tuuuuuu nak dapat gaji....so kena take note tau kalau tak nanti korang joli katak abih duit nanti susah lak kemudian hari kekekeke....

Sunday, 11 January 2015

Murahnya Maruah Anak Remaja Wanita Melayu Kerana K-Pop


Video Ihan Sukan Star TV

Jahanammmm!!!!! Demmmmmm!!!!.....

Nak cakap macam mana sekarang nie???? Nak salahkan SIAPA???? Mak bapak atau wanita remaja atau penganjur????

Bab nie aku tolak 100% kesilapan diletakkan pada mak bapak budak-budak nie......aku dengan pasti yakin sepasti-pastinya mak bapak budak-budak nie dah bagi didikan agama yang terbaik untuk anak gadis depa.....

Dalam hal nie 100% aku salahkan pihak penganjur yang tak sensitif dengan moral dan maruah nilai keagamaan anak-anak gadis Melayu beragama Islam.....dan lagi 100% lagi aku letakkan kesalahan nie pada anak-anak gadis nie disebabkan K-POP 'CORN' semua boleh jalan....agama leh letak kat dalam tong sampah sat kerana mamat K-POP 'CORN'....

Kalau aku jadi mak bapak budak-budak nie aku saman terus pihak penganjur sebab gagal menjadi penganjur yang tahu adat resam orang Melayu dan Islam di Malaysia.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More