TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Friday, 16 January 2015

Baju Kurung...Ohhhhh!!!!! Baju Kurung......


Beberapa hari nie tengah dok viral pasal isu budak sekolah 'cindian' (hasil perkahwinan campur India dan Cina) yang tak dibenarkan masuk ke sekolah sebab pakai baju kurung ke sekolah. Alasan pihak sekolah hanya pelajar Melayu saja boleh pakai baju kurung.

Dalam kes nie pada pandangan aku mungkin ada sebab tertentu kenapa pihak sekolah tak bagi pakai. Kalau sapa2 jadi cikgu n selalu berurusan dengan sekolah mungkin akan perasan. Baju kurung putih yang dipakai oleh student sebenarnya pada aku amatlahhhhhh tak sesuai sbb jarang sampai leh nampak bra n bentuk badan budak pompuan yang pakai baju kurung. Kena lak tak pakai baju singlet atau inner lagi terjojol bijik mata cikgu lelaki hahahaha....tak pasal-pasal ada cikgu lelaki jadi stress hahahahaha kena lak student tu cun macam Nelopa terus jadi alpaaaaa hahahaha......

Mungkin itu adalah alasan pihak sekolah n PIBG memandangkan pelajar Melayu yang pakai baju kurung nie bertudung so ada faktor halangan dari nampak objek dalaman tak timbul hahahaha......

Pada aku benda nie leh settle cara mudah sebenarnya....kalau semua orang prihatin terutamanya pihak pentadbiran sekolah dan PIBG....baju kurung adalah satu simbol kebangsaan yang patut semua orang bangga. Status baju kurung diangkat jadi sebagai baju kebangsaan adalah tepat.

Jadi semua pihak patut menyokong wanita Malaysia pakai baju kurung sebagai lambang rasa cintakan negara sebagai simbol kebangsaan. Hanya mekanisme n pelaksanaan kena betoi.

Pihak sekolah boleh buat guideline supaya setiap pelajar tak kira bangsa digalakkan pakai baju kurung ke sekolah dengan syarat pelajar tersebut kena la pakai baju singlet atau inner yang bersesuaian supaya tak nampak aset peribadi sampai ada yang stim free hahahahaha......

Guideline nie kena dipersetujui di peringkat KPM sendiri supaya diwartakan garis panduan pada pentadbir sekolah dan pelajar. So selesai masalah.

Pada aku baju kurung putih amat tak sesuai untuk pelajar pompuan pakai sebab faktor jarang. Walaupun mungkin kita akan dengar alasan baju warna putih dipilih sebab faktor geografi dan suhu di Malaysia yang panas. So warna putih tak panas. Pada aku alasan nie dah leh ditongsampahkan.....budak2 nie belajar bukan dalam sauna atau dalam bilik takdak kipas....kita semua dah tau setiap kelas dah ada kemudahan kipas angin....alasan pelajar leh pengsan sebab panas dah tak logik oooooo......so logikal warna dah leh ditolak ke tepi sat....setakat nie belum lagi aku dengar cerita pengawas dan pustakawan pakai baju warna selain dari putih pengsan kat sekolah sebab panas hahahahaha....so alasan warna putih dah tak relevan....

Sekarang nie benda dah jadi n dah viral harap Tok Mudin kita selaku Menteri KPM dan TPM pandai2 la hangpa selesaikan isu bodo nie......


Thursday, 15 January 2015

Tarikh Gaji Kakitangan Kerajaan dan Pencen 2015


Sapa yang kerja ngan kerajaan korang leh take note tarikh gaji yang akan dibayar setiap bulan untuk tahun 2015.....dalam masa yang sama korang kena gak alert tempoh bertenang sebelum nak dapat gaji pada bulan berikutnya.....ada tempoh bertenang sampai 46 hari tuuuuuu nak dapat gaji....so kena take note tau kalau tak nanti korang joli katak abih duit nanti susah lak kemudian hari kekekeke....

Sunday, 11 January 2015

Murahnya Maruah Anak Remaja Wanita Melayu Kerana K-Pop


Video Ihan Sukan Star TV

Jahanammmm!!!!! Demmmmmm!!!!.....

Nak cakap macam mana sekarang nie???? Nak salahkan SIAPA???? Mak bapak atau wanita remaja atau penganjur????

Bab nie aku tolak 100% kesilapan diletakkan pada mak bapak budak-budak nie......aku dengan pasti yakin sepasti-pastinya mak bapak budak-budak nie dah bagi didikan agama yang terbaik untuk anak gadis depa.....

Dalam hal nie 100% aku salahkan pihak penganjur yang tak sensitif dengan moral dan maruah nilai keagamaan anak-anak gadis Melayu beragama Islam.....dan lagi 100% lagi aku letakkan kesalahan nie pada anak-anak gadis nie disebabkan K-POP 'CORN' semua boleh jalan....agama leh letak kat dalam tong sampah sat kerana mamat K-POP 'CORN'....

Kalau aku jadi mak bapak budak-budak nie aku saman terus pihak penganjur sebab gagal menjadi penganjur yang tahu adat resam orang Melayu dan Islam di Malaysia.....

Saturday, 10 January 2015

Awek Itali Kerja Di Kedai Roti Canai






Gambar Dari Siakap Keli

Roti canai ngan Pizza tak banyak beza rasanya hahahaha. So mesti takdak masalah awek Itali nie nak tebaq roti canai ala-ala uli doh pizza melayang di udara.....ceeeeehhhhhhwaaahhhhh

Confirm makin ramai la customer mai singgah ke kedai nie nanti....senyum ja tokey gerai roti canai nie....

Awek Itali nie namanya Chantal Viola asal dari Rome Itali terlibat dengan program pertukaran pelajar so diaorang ada la program kat Alor Setar Kedah.....Jangan terkejut awek nie siap pakai tudung tu.....tujuan dia nak rasa n alami sendiri pengalaman untuk sesuaikan diri dengan budaya dan bahasa Melayu di bumi Malaysia.....

Apa lagi moh kita ke gerai nie pekena roti canai air tangan awek Rome Itali. Lokasi di  Gerai Din Roti Canai, Jalan Sekolah Menengah Teknik Alor Setar, Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Alor Setar. 

Ini Ketua Kampung Yang Manyak Langsi oooooo


Aku tak tau nak cakap macam mana la pasal kejadian nie.....bila orang nak tolong leh lak nak kena buat sistem report-report lak dahhhhhh.....adoiiiii

Memang banyak langsi lor ini ketua kampung.....

Agak-agak la nak langsi pun.....

Harap semua ketua kampung amik ikhtibar dari kejadian nie walaupun dah lama berlaku kisah nie patut dijadikan panduan.....sekarang nie time bencana ramai mangsa-mangsa banjir perlukan bantuan....tolak tepi dulu lah hal-hal politik.....yang penting mangsa banjir nie diberikan bantuan....

Aku kurang respek ngan ketua kampung macam nie.....minta maaaaappp ler ek ketua kampung langsi....

Kerana ada orang macam nie la UMNO akan terus dibenci....

Friday, 9 January 2015

Band Black Metal "Innalillahi Wa Innalillaihi Rojiun" Hanya Di Indonesia Dong....

Nie diaaaaaaa black metal paling ke liang lahad aku rasa hahahaha.....tak leh blah ngan nama kumpulan band nie....nak tau apa nama band depa?????

"Innalillahi Wa Innalillaihi Rojiun"

Apa macam???? 

Gerun ke tak ngan nama band nie....nie la band paling ANGKER kat Indonesia.....tengok nama band pun dah gerun nie kan pulak mekap ahli-ahli kubur band nie hahahaha.....

Nie nama ahli band tahap liang lahad....dulu 4 sekarang nie dah 7 orang ahli kubur dalam band nie hahahaha.....

Djida Sukethy : Queen Of Grave 
Andik pocongkkkk : King Of Grave
Arip Koplo : Mystic Of Guitars
My Lord : Melancholic Guitars

Depa masih lagi aktif di Surabaya dan membawa genre yang mereka gelarkan sebagai Surabaya Harmony Black Metal. 

Antara tajuk lagu depa ialah 

Innalillahi Tuhan Tak Akan Mati
Jibril Panglima Tuhan
Bisikan Arwah Penasaran




Sumber: Blog Serius

Tragedi Charlie Hebdo "Angkara Pengganas Islam atau Dajal"?????


Tragedi Charlie Hebdo kat Perancis memang satu tindakan yang boleh dikira sebagai kejam dan patut dikecam sebabnya berlaku pembunuhan pada orang awam. Apa yang aku nampak ada 2 aspek dalam kes nie.

Yang pertama - mungkin ini adalah serangan balas oleh muslim di Eropah akibat dari karikatur yang menghina Rasulullah SAW dan penghinaan ke atas Islam oleh pelukis kartunis majalah Charlie Hebdo. Jadi dirancang satu serangan ke atas kartunis n kakitangan penerbitan Charlie Hebdo. Mana-mana individu yang cuba menghina Nabi Muhammad SAW memang patut terima akibatnya seperti nie. Sapa leh tahan kalau Islam dan Nabi junjungan dihina.

Yang kedua - mungkin ini adalah rancangan jahat dari pengikut dajal supaya mencalarkan imej orang Islam. Dirancang satu serangan berlabelkan Islam ke atas Charlie Hebdo. Secara tak langsung depa dah berjaya menunjukkan yang Islam nie ganas dan kejam. Automatik lepas nie akan ada serangan balas ke atas penduduk muslim di Eropah akibat dari rancangan dajal yang menggunakan nama Islam menyerang Charlie Hebdo.

Dua elemen nie berkemungkinan  boleh berlaku. Aku lebih memilih kategori yang ke dua. Memandangkan ada pegawai polis beragama Islam pun dibunuh selepas dia dah cakap kat penembak tu dia sorang muslim. Ditembak sampai mati juga. Kalau dah nak bunuh orang yang menghina Islam adakah sebagai sorang muslim sanggup amik nyawa saudara seagama juga bila dah cakap "Aku seorang muslim"....lagi mau tembak ka?????

Ada persoalan BESAQ kat situ??????

Hang nak serang orang yang hina Nabi n Islam dalam masa yang sama pi bunuh gak saudara Islam yang lain walaupun kita tau saudara muslim tu adalah polis Perancis. Sekurang-kurangnya penembak nie tak akan bunuh bagi pengsan ja. Bila dah bunuh ada kemusykilan sikit laaaaa.

Semua orang leh laung Allahuakbar...walaupun bukan Islam pun leh sebut kalimah yang sama....tapi belum tentu depa nie Islam....

Pada aku ada bau-bau hanyir ikan nie....satu gerakan yang cuba melaga-lagakan orang Islam dan bukan Islam kat Eropah. Takkan la penembak nie tak pikir panjang kesan ke atas seluruh komuniti muslim kat Eropah. Maksudnya orang nie akai pendek. Seronok sekejap derita berpanjangan. Saudara-saudara kita seagama kat Eropah akan terima akibatnya nanti. Bukan takat kat Eropah ja....seluruh umat Islam di dunia akan terima akibat...

Mula la Al-Fadhil Sheikh Barrack Obama Uncle Sam seronok sikit keluarkan peruntukkan dan arahan serangan balas ke atas negara-negara Islam atas tiket sebagai polis dunia la konon-kononnya.....

Pada aku nie semua adalah dakyah dajal yang cuba amik kesempatan dari kejadian nie.

Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah SWT.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More