Hari nie pikir punya pikir apa nak masak yer....tup!!! tup!!! terlintas kat atas batu jemala patik "Apa kata kita buat nasi daging erk.....cicah ngan air asam"......perghhhh!!! meleleh air liur......check dalam peti ais semua ramuan ada.....apa lagi terus ler keluarkan semuanya......lepas 2 jam masak nielah hasilnyer.....
Nasi dah siap masak dalam rice cooker.....aroma wap dan bau nasi daging mabeles sedap tak hengat....tak sabo nak makan....
Nasi yang dah terhidang dalam pinggang eeehhh!!! silap lak.....dalam pinggan ler hehehehe.....saya bukan orang Ganu (Terengganu) ler hehehehe......saya orang Johor....
Air Asam Dezaman.....kat sini ada mistake lupa nak letak bawang lak dah......masa dah clear baru perasan hahahaha.....
Nak resepi ke.......meh salin atau copy paste kat sini yer.....nanti dah CUBA TRY TEST bagitau ler rasanyer macam mana yer......
Resepi Nasi Daging Ala Dezaman (Sesuai untuk 4 orang)
Bahan-Bahan A (Untuk Rebusan Daging)
500g Daging yang dipotong keping
6 cawan air
1 bungkus sup bunjut Adabi
4cm halia
Garam secukup rasa
Bahan-bahan B (Untuk Nasi)
2 cawan Beras Basmathi (Dibersihkan dan ditoskan)
2 cawan air rebusan daging dari Bahan-Bahan A (Jangan dibuang sup bunjut & halia)
3/4 cawan susu cair
1 biji tomato dicincang halus
2 sudu besar minyak sapi (kalau takder leh pakai minyak masak biasa jer)
2 sudu besar rempah kurma
2 ulas bawang merah - Bahan Tumis
3 ulas bawang putih - Bahan Tumis
1 helai daun pandan - Bahan Tumis
1 batang serai - Bahan Tumis
1 batang kulit kayu manis - Bahan Tumis
1/2 biji buah keras - Bahan Tumis
3 biji buah pelaga - Bahan Tumis
1 kuntum bunga lawang - Bahan Tumis
Bahan-Bahan C (Air Asam)
Bahan Blend
1 biji tomato - Bahan blend
8 ulas cili padi - Bahan blend
1/2 cawan asam jawa - Bahan blend
2 cawan air - Bahan blend
1 sudu kecil kerisik - Bahan blend
Garam dan gula secukup rasa - Bahan blend
Bahan Hidangan
1 biji tomato dipotong halus
6 ulas cili padi
1 ulas cili merah
1 ulas cili hijau
2 ulas bawang besar
Cara-cara:
1. Rebus semua Bahan-bahan A sehingga daging empuk. Ketepikan daging setelah empuk dan ambil 2 cara air rebusan tadi beserta halia dan sup bunjut.
2. Panaskan minyak sapi dan tumiskan semua bahan-bahan tumisan sehingga bau wangi.
3. Masukkan rempah kurma digoreng sebentar dengan bahan yang telah ditumis.
4. Masukkan air rebusan daging beserta halia dan sup bunjut serta susu cair kemudian didihkan sebentar.
5. Alihkan bahan rebusan tadi dalam rice cooker. Masukkan beras & tomato. Masak nasi sehingga separuh masak.
6. Kemudian letakkan keping daging di atas nasi separuh masak dan tanak nasi sehingga masak.
7. Untuk air asam, kisar semua bahan-bahan blend sehingga lumat. Campurkan dengan bahan hidangan dan ketepikan untuk dicicah dengan daging.
8. Boleh dihidangkan nasi daging untuk dicicah dengan air asam.
Selamat mencuba semua.....nanti dah CUBA TRY TEST bagi tahu ler yer sedap ke idak.....