TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Saturday, 30 July 2011

Isu Astro: Rais Perlu Letak Jawatan!


Kemelut kenaikan caj perkhidmatan Astro sudah lama diperkatakan tetapi apa yang dibuat Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Rais Yatim- tiada!


Senang cakap macam ni sajalah, Rais selaku menteri telah gagal mengawal satu-satunya stesen televisyen swasta berbayar di negara ini, ASTRO All Asia Networks Plc (Astro), yang menafikan kepentingan rakyat dengan menaikkan harga pakej-pakej langganannya baru-baru ini.


Sebagai seorang Menteri yang dilantik oleh Perdana Menteri untuk menjaga kepentingan rakyat dari kerakusan dan ketamakan ‘taikun’ bidang penyiaran seperti Astro, Rais sepatutnya bertindak tegas menghalang stesen televisyen tersebut dari membebankan rakyat.


Rakyat mungkin mampu memahami kenaikan harga minyak petrol, tarif elektrik dan beberapa harga barang ekoran tanggungan Kerajaan terhadap subsidi yang sangat tinggi serta kenaikan bahan mentah itu di pasaran dunia.


Namun, rakyat tidak langsung dapat menerima kenaikan tarif harga pakej perkhidmatan Astro yang memonopoli majoriti hak penyiaran utama di negara ini dan mendapat keuntungan ratusan juta.


Sebelum ini, Astro begitu berbangga mengumumkan keuntungan sebelum cukai RM430.82 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2010, berbanding kerugian RM372.37 juta tahun sebelumnya.


Pencapaian itu bersandarkan pendapatan yang meningkat 9.66 peratus kepada RM3.26 bilion, daripada RM2.97 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Januari 2009.


Selain itu, Astro juga mempunyai seramai hampir tiga juga pelanggan seluruh negara dan mereka begitu setia melanggan siaran stesen televisyen berbayar itu lebih dari sepuluh tahun.


Justeru itu, wajarkah Rais membenarkan Astro ‘membuli’ pelanggan-pelanggan yang juga merupakan rakyat negara ini, dengan menaikkan harga pakej-pakejnya sebagai ‘penghargaan’ kepada kesetiaan mereka?


Sewajarnya, sebagai seorang Menteri yang memilik autoriti yang diamanahkan rakyat untuk menjaga kepentingan mereka, Rais harus bertindak tegas dengan memaksa Astro mengekalkan tarif caj perkhidmatan mereka atau berdepan dengan penarikan hak penyiaran di negara ini.


Rakyat yang rata-ratanya pelanggan Astro merungut, mengecam dan mengutuk tindakan stesen televisyen itu menaikkan harga pakej perkhidmatan, namun semua itu tidak pun diendahkan oleh Astro.


Malah, Astro telah melakukan penyelarasan harga pakej mereka dan memberi alasan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersetuju dengan tindakan mereka itu.


Jadi, kepada siapakah yang harus rakyat suarakan rintihan dan rungutan mereka yang di’buli’ jika tidak kepada Rais? Tidakkah Rais rasa bersalah melihat rakyat tertekan dan rasa di’buli’ disebabkan oleh tindakannya yang tidak tegas terhadap Astro?


Atau, wajarkah Rais marah dan tersinggung sekiranya ada suara yang meminta beliau meletakkan saja jawatannya kerana gagal menjaga kepentingan rakyat?


Terserah kepada Rais untuk menentukannya.


Pisau dan timun ada ditangannya. Kita lihat sama ada beliau akan memotong timun atau terpotong jarinya?


Sumber :
http://mynewshub.my/

1 Comments
Comments

1 comments:

Errrrr.... Lex arrr,bro.....
Wa boleh terasa bahang lu dari tempat wa duduk ni,bro...
Wa faham.. Sebagai pengguna, memang kita bengang dengan tindakan Astro..
Wa pun bengang gak... Sampai wa nak cut pakej mustika yang wa langgan ni hah...
Tapi, kita tak boleh menuding jari dan semua kesalahan pada Datuk Seri Rais Yatim..
Ya.. Benar yang dia seorang pemimpin.. Wakil rakyat..
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia..
Tapi dia sendiri tidak mempunyai kuasa...
Kita tak tahu cerita belakang tabir...
So, harap jangan buat kesimpulan melulu..

Untung ke jadi SILENT READER?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More