TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Sunday 7 August 2011

Pujukan Gereja - NUR: Dimanakah Peranan Baitulmal Untuk Menyelamatkan Akidah Umat Islam Di Malaysia???

Tadi aku ada terbaca kisah NUR di Berita Harian pasal dia kerap dihubungi oleh pihak gereja untuk menghulurkan bantuan bagi meringgankan masalah yang dia hadapi. Bagi aku pasti ada agenda tersembunyi oleh pihak yang terbabit yang kita semua boleh jangkakan.

Aku sebenarnya kesian ngan kisah ibu tunggal nie menghadapi dugaan sebegini dikala menghadapi kepayahan untuk mencari rezeki untuk anak-anak yang sedang membesar. Kalau salah langkah termakan pujuk rayu confirm leh gugur Iman. Alhamdullilah dia masih berfikiran rasional dan berjaya menolak pujuk rayu pihak terbabit.

Inilah dilema yang dihadapi segelintir umat Islam di Malaysia sekarang nie. Dengan kesempitan dan kepayahan yang dihadapi setiap hari ada lak pihak yang akan cuba amik kesempatan untuk memesongkan akidah umat Islam.


Aku sebenarnya terkilan dengan sikap pihak Baitulmal dalam hal nie. Bukan ler bermaksud aku nak menunding jari pada pihak Baitulmal dalam hal nie. Tapiiiiii....Payah sangat ke nak membantu orang yang dalam kepayahan seperti NUR nie. Nak dapat bantuan pun punya ler payah. Nak itu nak ini dokumen tu dokumen nie adoiiiii. So kalau ler gugurnyer Iman sorang Islam akibat kepayahan berurusan dengan pihak Baitulmal nie adakah diaorang nak bertanggungjawab????

Duit dalam Baitulmal nie bukan nyer sikit. Yang pasti berjuta-juta nilainyer tah-tah berbillion. Naper ler tak digunakan untuk menyelamat akidah seorang Islam. Adakah duit tu lebih penting dari nilai Iman dan Akidah seorang muslim???? Aku sendiri pun tak paham dengan Baitulmal nie. Harap korang yang menguruskan Baitulmal nie jalankan lah tugas seperti mana dilakukan oleh Saidina Umar Al-Khatab. Contohilah cara dia menguruskan Zakat. Kalau zakat diuruskan dengan betul dah tentu fakir miskin dapat keluar dari kefakirannya.


Apa-apa pun kita nie hanya mampu untuk menyuarakan pandangan kita jer yang betul-betul boleh menyelesaikan isu nie adalah pihak pengurusan Zakat dan Baitulmal. Semoga Allah SWT mengampunkan kita semua di atas kelalaian dan kemungkaran yang telah kita lakukan.



NUR mendakwa kerap dihubungi gereja untuk diberikan bantuan. Ibu tunggal tak dapat bantuan Baitulmal dalam dilema

SEREMBAN: Seorang lagi mangsa mendedahkan bagaimana dia dipujuk secara berterusan untuk mendekati gereja walaupun selepas membuat keputusan untuk tidak lagi menerima bantuan kewangan yang dihulurkan gereja terbabit di Rahang, dekat sini sejak Disember lalu.

Wanita yang ingin dikenali sebagai Nur, 40, berkata pada mulanya dia sanggup menerima bantuan yang dihulurkan gereja terbabit bagi memastikan empat anak perempuannya berusia lima hingga 12 tahun meneruskan kehidupan, selepas gagal mendapat bantuan berterusan daripada Baitulmal. 

Katanya, pada mulanya dia berat hati tetapi selepas memikirkan nasib anak-anak yang masih bersekolah, dia menerima bantuan dihulurkan dalam bentuk makanan keperluan harian setiap bulan sejak April tahun lalu.

“Setiap bulan pihak gereja itu akan telefon dua hingga tiga kali untuk bertanyakan khabar. Mereka juga tidak lupa bertanyakan masalah dihadapi.


“Mereka turut menawarkan supaya saya dan anak-anak tinggal di asrama yang disediakan di pusat ibadah itu dan sanggup menanggung segala keperluan kami anak beranak termasuk keperluan persekolahan tapi saya menolak.

“Bagaimanapun, sejak Januari lalu, saya turut menolak semua bantuan yang diberikan setiap bulan memandangkan jiran sudah memandang serong,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Ampangan, di sini, semalam.

Nur berkata, sejak berhenti kerja sebagai pembantu akaun pada 2008 akibat masalah kesihatan, antaranya asma yang teruk, darah tinggi dan kencing manis, dia masih perlu mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak memandangkan suami lalai memberi nafkah. 

Katanya, selain meminta ihsan saudara mara, dia turut menjalankan beberapa pekerjaan seperti membantu rakan menjual makanan kesihatan, makanan segera dan juga buku sekolah tadika.

“Namun sejak pengsan beberapa kali bulan lalu ketika menghantar buku ke sekolah tadika, saya tidak lagi bekerja. Saya cuba mendapatkan bantuan Baitulmal sekali lagi namun mereka memberi pelbagai alasan, antaranya saya pernah mendapat bantuan sebelum ini.

“Saya mengaku memang pernah dapat bantuan sebelum ini tetapi sekali saja. Kini saya sedang memikirkan sama ada mahu menerima sekali lagi tawaran daripada pusat ibadah itu atau tidak memandangkan mereka kerap telefon bertanyakan khabar dan menawarkan apa saja bantuan yang diperlukan,” katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN

0 Comments
Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More