TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Wednesday 10 August 2011

SimplySiti Mendapat Pengesahan Halal Dari JAKIM.

Alhamdullilah akhirnya terungkai sudah isu SimplySiti Tak Halal???? Biar Bebenor. Macam nie ler yang kita harapkan. Pihak JAKIM keluarkan kenyataan rasmi untuk makluman awam secepat yang mungkin. Kan mudah macam tu. So takder ler lagi orang nak ragu-ragu ngan status produk yang dikaitkan. 

Tindakan yang diambil oleh JAKIM untuk rungkai persoalan berkenaan isu HALAL nie amat dipuji. Terima kasih kerana dapat menyelesaikan masalah ini dalam tempoh yang singkat. Maybe lepas nie boleh sebarkan info lebih cepat lagi. 

So korang leh ler gunakan SimplySiti tanpa was-was lagi hehehehe dah macam tagline ubat gigi ZAITUN lak GUNAKAN TANPA WAS-WAS.

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang menyebarkan e-mel tidak betul mengenai status halal sesuatu produk hingga menimbulkan kekeliruan pengguna dan menjejaskan perniagaan pengeluar.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff, berkata terdapat beberapa e-mel yang tersebar kini mengambil maklumat lama mengenai status halal sedangkan produk berkenaan sudah mendapat pengiktirafan halal Malaysia.

Beliau memberi contoh mangsa terbaru dalam kes ini iaitu produk kecantikan milik Datuk Siti Nurhaliza Taruddin di mana berus pemerah pipi dikatakan menggunakan bulu babi.

“Tindakan ini tidak wajar berlaku kerana penyebaran maklumat yang tidak jelas memberi kesan negatif kepada pengguna dan industri, malah perbuatan itu satu kesalahan,” katanya ketika dihubungi.

Hakimah berkata, ada produk yang disenaraikan Jakim sebagai tidak halal kerana mengandungi benda haram, tetapi selepas pelbagai proses dilalui pengeluar antaranya melakukan proses samak, Jakim menyenaraikan produk terbabit sebagai halal.

“Saya minta masyarakat tidak menerima maklumat baru tanpa menyelidiki kesahihannya dan sila rujuk Jakim untuk mendapatkan maklumat terkini,” katanya.

Beliau meminta masyarakat Islam yang was-was mengenai status halal sesuatu produk menghubungi 03- 83150200 untuk keterangan lanjut.

Beberapa hari lalu, Siti Nurhaliza terpaksa mengeluarkan kenyataan mempertahankan status halal produknya apabila seorang pemilik blog menyebarkan surat yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (Jaip) mengenai senarai nama syarikat yang tidak berjaya mendapat sijil pengesahan halal Malaysia. -  

1 Comments
Comments

1 comments:

ramai peminat siti ni...tp ramai juga yg benci dye...smpi ade yg sanggup nk jatuhkan siti...tp ape2 pun siti tetap pertahankan yg benar...go siti go...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More