Tadi aku berkesempatan menghadiri majlis pengkembumian Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor di Tanah Perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia. Alhamdullilah jenazah Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor telah selamat disemadikan. Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor merupakan orang taman aku. Rumah Allahyarham tak jauh dari rumah aku. Jadi aku ambil kesempatan nie untuk memberikan penghormatan terakhir buat Allahyarham.
Aku ada snap beberapa keping gambar dan video untuk tatapan korang semua. Nampak wajah Allahyarham macam tidur jer. Semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi dugaan nie. Allahyarham meninggalkan seorang isteri Norazrina Jaafar, 37 dan 2 orang putera yang comel Mohd Irfan, 8 dan Mohd Naufal 3. Anak Allahyarham memang comel. Korang leh tengok kat bawah nie. Sama-samalah kita berdoa dan sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor.
Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor. Semoga Allahyarham ditempatkan bersama-sama para syuhada, orang beriman dan beramal soleh pada Allah S.W.T.
Semoga Noramfaizul Mohd. Nor bersemadi dengan aman di sana.