TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Sunday, 11 September 2011

Tragedi September 11 World Trade Center


Salam Merdeka Raya. Hari nie adalah 11 September 2011. Masih kah kita semua ingat peristiwa yang berlaku 10 tahun dahulu pada tarikh yang sama iaitu 11 September 2001. Di mana 2 buah bangunan pencakar langit World Trade Center Towers (WTC) yang bertempat di New York City telah diserang dengan 2 buah pesawat. Pada tarikh yang sama juga kedua-dua buah bangunan itu telah menyembah ke bumi.

Akibat dari peristiwa ini dunia Islam telah dikambing hitamkan oleh pihak Barat dengan mengaitkan Islam sebagai pencetus keganasan ke atas WTC. Islam ditekan cukup hebat oleh pihak Barat sehingga berlaku serangan balas ke atas Afghanistan & Iraq. Bermulalah episod penaklukkan oleh kuasa barat ke atas negara tersebut dengan menggunakan tiket September 11.

Tetapi dengan izin Allah SWT perkara sebaliknya yang berlaku di mana selepas berlakunya tragedi ini berduyun-duyun manusia di negara Barat dan Eropah memperolehi hidayah dari Allah untuk memeluk Islam. Islam kini berkembang dengan pesat di negara Barat dan Eropah sekaligus mencetus trauma pada mereka yang anti-Islam di sana. 

Semoga Allah SWT akan melindungi seluruh umat Islam di dunia ini dari segala tomahan dan cacian dari mereka yang tidak sealiran dengan Islam. Semoga mereka yang menghina dan mengaitkan Islam sebagai penganjuran kegagasan dicampakkan hidayah oleh Allah agar mereka juga menikmati keindahan Islam yang sebenarnya. Insyallah.

0 Comments
Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More