TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Friday 21 October 2011

Selamat Pengantin Baru Yasmin Hani Richardson & Sha’arin Mohammed Razali Wong

Jap tadi aku dapat email dari kawan. Dengan ini Yasmin Hani Richardson sah bergelar seorang isteri kepada Sha’arin Mohammed Razali Wong. Selamat pengantin baru dari Dezaman Cottage. Semoga ikatan pernikah ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Dengan sekali lafaz, Yasmin Hani Richardson kini bergelar isteri kepada Sha’arin Mohammed Razali Wong setelah diijabkabulkan oleh Ustaz Abdullah Bin Hashim selaku jurunikah di Duchess Place Jalan Ampang, tepat jam 3:45 petang tadi.

Rombongan pihak pengantin lelaki telah membawa tujuh dulang hantaran yang disertakan mas kahwin sebanyak RM80.00 dan duit hantaran sebanyak RM32000. Tujuh dulang hantaran tersebut ialah sebentuk cincin, sirih junjung, beg, set haruman, manisan, sejadah dan sebuah Al-Quran.

Pihak Yasmin Hani membalas dengan sembilan dulang hantaran iaitu sebentuk cincin, sirih junjung, seutas jam tangan, set haruman, buah-buahan, manisan, kamera digital, sejadah dan sebuah tafsir Al-Quran.

Kedua-dua mempelai telah memilih warna putih yang telah diilhamkan oleh Qamilla dan ditatarias oleh kenalan rapat pasangan pengantin yang dikenali Chot (Tengku Putra Iskandar Tengku Othman). Beliau juga dipertanggungjawabkan menatarias pasangan pengantin semasa persandingan nanti.

Singgahsana nikah yang serba indah ini telah direka dan diilhamkan oleh Prof. Mohd Ali atas keinginan dan kesepakatan kedua mempelai.



0 Comments
Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More