TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Sunday 4 December 2011

Adakah Program Show RM1,000,000 Money Drop Di Astro Berunsur Perjudian?



Semalam aku ada tengok rancangan sebuah program show RM1,000,000 MONEY DROP dikelolakan oleh ASTRO di channel ASTRO RIA SALURAN 104. Sepanjang game show tu ada gak aku terpikir nampak seakan-akan ada seperti UNSUR PERJUDIAN. Adakah game show RM1,000,000 MONEY DROP berunsur perjudian? Yang nie aku tak leh nak komen. Kena tanya orang yang lebih arif.

Korang ingat tak masa zaman kecik-kecik dulu pernah tak main TIKAM hehehehe. Bayar RM0.20 lepas tu cabut nombor tengok nombor tu dapat hadiah apa hehehehe. Lebih kurang macam tu game show RM1,000,000 Money Drop.

Pada pandangan peribadi aku nampak seakan-akan ada unsur perjudian di dalam game show nie. Maybe pihak Jabatan Agama Islam atau mana-mana individu yang arif dengan Hal Agama Islam boleh berikan komen pasal game show seperti nie. Adakah bebas perihal PERJUDIAN atau TIDAK?

Konsep permainan korang leh baca kat bawah nie yang aku amik dari website ASTRO. Leh klik SINI.


Apa pandangan peribadi korang yer???
KONSEP PERMAINAN
Setiap pasangan peserta akan diberikan RM1,000,000 dan perlu menjawab 8 pilihan soalan. Mereka diberikan 60 saat untuk melaburkan wang yang mereka miliki di petak jawapan yang mereka fikirkan betul. Sekiranya mereka tidak pasti mereka boleh meletakkannya di beberapa petak. Jika jawapan mereka BETUL pelaburan mereka selamat dan boleh digunakan pada pusingan berikutnya tetapi jika SALAH pelaburan tersebut akan hilang.

10 Comments
Comments

10 comments:

aku pon rs mcm ada unsur judi.terfikir2 jugak la masa tgk tu.tp aku ni xleh la nk komen bebanyak sbb tak arif dlm hal nie.harap ada yg lebih pakar sah kan bnda ni.

saya pn rasa mcm tuh, sy ad bca komen yg sma di page money drop di fb, ade sorng saudari ni bg pandangan, dia rasa mcm ad unsur perjudian, spptutnya pertanyaan dia tuh di balas lah kn, nih x, komen nya tue di delete plk, hmmm nak sgt thu dr yg lebih arif coz ade my fren msuk n mnang duit kternyer, sbgai saudari islam mstila kite nk sma2 mengingti kn, tp nnt kite plk di katakan dengki n iri hati

tak payah sebok nak memekak ckp benda yg x thu.. klu rasa judi xpyh tgk.... 1malaysia ramau kaum n berbagai agama... xpyh nk decide ape2
kkkk\

saya pun ragu2 gak
dalam islam cakap, perkara yg ragu2 baik ditinggalkan..
jadi jgn join game tu lah

1 malaysia 1 malaysia jugak.. tp yg main nye org islam.. pengacaranya org islam.. x de kaitan dgn 1 malaysia..

A'ah..sya sokong.yg mainnya org islam..n Malaysia ni d kenali sbg negara Islam..cuba dpatkn kepastian mngenai permainan ini..tq..

1) Wang yg dpertaruhkan, bukan wang peserta, jadi jika kalah, peserta tidak rugi (kecuali belanja pengangkutan bla bla bla)

2) Menang atau kalah adalah sesuatu yg boleh dikawal = jika anda tahu jwpn, anda dptla duit itu...bkn sesuatu yg mngikut nasib

3) Kuiz ini mcm terbalik je dr kuiz who wants to be a millionaire...konsep yg ini, dpt duit dulu, klo salah, tolak duit...konsep yg lg satu, xde duit, jwb betul, dpt duit

just my 2 cents

this is my opinion

1) Wang itu adalah milik peserta sebab itu adalah syarat permainannya. (walaupun x rugi yang dipertaruhkan adalah wang)

2) who wants to be a millionaire lebih menonjol ke arah pengetahuan sebab ia tidak munujukkan duit tersebut. (kita berusaha mendapatkan duit dengan ilmu pengetahuan) Motivasi dalam permainan who wants to be a millionaire.

3) manusia apabila ditunjukkan duit sebanyak itu seolah-olah macam taksub pada duit lebih dari ilmu pengetahuan.

4) kalau tidak tahu jawapan bukankah itu meneka dengan nasib namanya?

Sekadar panduan...

http://zaharuddin.net/kewangan/688-cabutan-bertuah-a-peraduan-pertandingan-moden.html

jom join... bleh bayar PTPTN.. hua3... :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More