KAT SINI MACAM-MACAM ADA BISNES | BLOGGING | CONTEST | TIPS BLOGGING | TIPS SEO | TIPS FACEBOOK | TUTORIAL | RESIPI | POLITIK | ARTIS | SUKAN | GADGET | ISU SEMASA | ISU AGAMA
Astagfirullah Al Azim.....setelah aku tengok citer Hantu Bonceng kat youtube baru-baru nie hanya satu jer aku nak minta Zizan dan seluruh mereka yang terlibat dalam pembikinan dan juga yang meluluskan filem nie kembali bertaubat pada Allah S.W.T.
Jangan main-main dengan Kalimah Syahadah. Aku agak kecewa dengan cara pihak tertentu yang cuba mempersendakan agama Islam terutamanya Kalimah Syahadah.
“Salah satu babak dilakonkan secara jelas menghina Rasulullah s.a.w. apabila Zizan menyebut ‘Asyhadu anna Muhammadar Syaitan’ yang membawa maksud ‘aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan.
Perlu diingat Kalimah Syahadah adalah RUKUN PERTAMA dalam RUKUN ISLAM. Jangan dibuat main-main dengan Kalimah Syahadah. Jangan nanti bila Malaikat Izrail datang nak cabut nyawa Allah S.W.T kelukan lidah akibat perbuatan kita mempersendakan Kalimah Syahadah dah ler. Baru ler menyesal tak sudah.
Lain kali ingat lah yer semua producer, director, artis dan pegawai yang meluluskan filem jangan sampai jadi agama dipersendakan macam nie lagi. Sendiri mau ingat lah yer.
Korang tengok ler komen Pengarah Filem Hantu Bonceng nie yang betul-betul angkuh. Aku tak tahu ler nak cakap macam mana lagi. Pandai-pandai korang ler jawap depan Allah SWT nanti.
Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". Katakanlah: Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya? (65) Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah. (66)
dalam hal nie bukan tujuan aku nak menghangatkan keadaan...tapi ini berkaitan soal penghinaan pada Agama Islam....jadi perkara nie tak boleh buat main-main....lebih-lebih lagi ada kaitan dengan RUKUN ISLAM.....kalau betul ler dalam LPF ada pakar-pakar Agama Islam....aku pasti tak akan ada 1 filem atau drama pun boleh lepas untuk tayangan....sapa ler ustaz-ustaz atau ulamak-ulamak yang berani nak luluskan untuk ditayang pada umum perihal aurat, akidah dan sebagainya....tolong jawap sat pakar agama LPF.....hangpa belajaq tang pondok mana.....hangpa citer sat....
Astagfirullahalazim...subhanallah... kenapa ego sgt org tu?? kenapa jahil sgt?? xkanlah ulamak sja yg layak utk menegur kesilapan kita?? habis tu mna tanggungjwb yg diberi Allah SWT kpd kita selaku khalifah di bumiNya?? adkah org tu cuba nk nafikan tanggungjwb tsebut??
walaupun ko ni tak pndai sangat tentang agama...berdakwah itu wajib bagi setiap individu umat islam...aku bgitau korang aku bru umur 13 tahun...aku bkn mreka-reka