Terer sungguh budak-budak sekarang nie ek.....cantik sungguh Bahasa Melayu budak 11 tahun nie sampai boleh hantar SMS ugutan secantik macam gambar kat atas nie......macam ada bau hancing kucing lak....tak pun bau hanyir ikan kat pasar.....rasa macam tak logik dek akal lak budak umo 11 tahun boleh tulis SMS berbaur ugut seperti nie.....confirm UPSR BM karangan nanti budak nie akan dapat 'A'.......
Apa-apa pun tahniah kepada pihak Polis kerana berjaya menangkap pembunuh sebenar DIRANG.....semoga pembunuh terbabit akan dikenakan hukuman yang berat dan setimpal dengan kesalahan yang dah dilakukan.....berita penuh leh tengok kat bawah nie ek....
JOHOR BAHRU: Pengirim sebenar khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta wang tebusan berjumlah puluhan ribu ringgit kononnya bagi membebaskan Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, 5, yang hilang pada 1 Mac lalu sebelum disahkan dibunuh, sebenarnya seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.Ketika mendedahkan perkara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, kes itu berjaya dibongkar selepas polis menahan seorang bekas anggota tentera berpangkat Koperal di Kelantan, 16 Mac lalu.“Hasil siasatan terhadap bekas anggota tentera terbabit bersama teman wanitanya mendapati SMS itu dihantar anak lelakinya.“Koperal berusia 45 tahun yang juga duda dua anak itu ditahan di kediamannya di Kampung Alor Melaka, Pulai Chondong, Machang,” katanya.Mokhtar ditemui pada majlis Perhimpunan dan Melafaz Ikrar Sempena Peringatan Hari Polis ke-205 di kawasan tempat letak kereta Pasaraya Maslee, Setia Indah, di sini.Menurut Mokhtar, polis menemui tiga telefon bimbit di kediaman lelaki terbabit sebelum ia disita untuk pemeriksaan.“Saya sahkan kes ini ditutup kerana SMS terbabit dihantar seorang kanak-kanak. Kerjasama yang diterima daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan membantu menyelesaikan kes ini.“Saya turut nasihatkan orang awam supaya tidak melakukan perkara sedemikian selain memastikan anak berada di bawah jagaan tidak melakukan perkara negatif seperti itu,” katanya.