TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Wednesday, 4 April 2012

Pelajar Sekolah Menengah Projek Seksyen 11 Maut Di Panah Petir 3 April 2012


Salam takziah buat salah sorang pelajar dan pemain bola sepak Sekolah Menengah Projek Seksyen 11 Shah Alam yang baru saja meninggal dunia akibat di panah petir lebih kurang jam 3 petang tadi di Padang Bola Sepak UPM Serdang.

Rasa berita nie belum masuk paper atau mana-mana media lagi. 

Kebetulan aku ada kat situ masa kejadian. Baru kejap tadi dapat call pelajar nie dah meninggal dunia.

Salam takziah buat keluarga arwah. 

P/S: Hati-hati dengan kilat dan jangan duduk bawah pokok masa hujan dan ribut petir. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang nie musim hujan dan petir berdentum sana sini.

Pelajar maut disambar petir
NURFARHANA ABD MANAN
3 April 2012
SERDANG – Seorang pelajar yang menyertai Pertandingan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Daerah Petaling Perdana di Universiti Putra Malaysia (UPM), terbunuh dipanah petir manakala rakannya cedera, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira 2.45 petang, mangsa Muhamad Mustaqim Muhamad Kamarul dan Muhammad Yusop, masing-masing berusia 16 tahun, dikatakan baru selesai bermain bola di Padang A UPM.
Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, ketika kejadian mangsa dikatakan sedang menunggu bas di bawah pokok untuk pulang ke sekolah masing-masing.
Menurutnya, insiden disedari beberapa pelajar yang turut berada berhampiran padang berkenaan sebelum memaklumkan kejadian kepada seorang guru.
“Ketika kejadian, salah seorang guru memberitahu keretanya bergegar sebelum didatangi pelajar yang memberitahu dua pelajar tingkatan empat dari Sekolah Menengah Seksyen 16 Shah Alam itu dipanah petir.
“Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Serdang, namun salah seorang daripadanya, Muhamad Mustaqim dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan,” katanya.
Beliau berkata, jenazah mangsa dibawa ke rumahnya di Padang Jawa, Klang sebelum dikebumikan di kampung ibunya di Felda Jengka Pahang.
“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Serdang. Kes disiasat sebagai mati mengejut,” katanya lagi kepada Sinar Harian.

0 Comments
Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More