TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Wednesday, 31 December 2014

Helikopter Milik PDRM Terhempas Di Tanah Merah Kelantan







Petang tadi sebuah helikopter PDRM dari jenis AS355 Ecureuil buatan Perancis terhempas selepas selesai misi bantuan mangsa banjir di pantai timur.

4 anggota Polis Diraja Malaysia dilaporkan cedera dalam nahas petang tadi. Insiden ini berlaku pada pukul 6.30 petang ketika dalam perjalanan ke Kg Rambai. Keempat-empat anggota PDRM ini telah dirawat di Hospital Tanah Merah.

Berikut adalah senarai anggota yang cedera. ASP Amirul pilot cedera parah. ASP Hasli cedera, SM Udara cedera dan WPC Afidah cedera ringan.

Semoga semua anggota PDRM ini cepat sembuh. Amin

RON95, RON97 dan Diesel Turun Esok



Berkuatkuasa tengah malam ini 1 Januari 2015 harga baru runcit bagi petrol RON95 adalah RM1.91 seliter, RON97 adalah RM2.11 seliter Diesel RM1.93 

RON95 & RON97 turun sebanyak 35 sen sementara itu diesel turut turun sebanyak 30 sen.

Agak-agaknya harga barang turun tak??????


Esok leh isi minyak lebih sikit hohohoho....

Ribut Jangmi Dijangka Menghampiri Pantai Timur Semenanjung


Ibarat 'Sudah jatuh ditimpa tangga' istilah nie mungkin bersesuaian dengan situasi negara kita sekarang nie. Selepas bencana banjir besar menimpa bumi Pantai Timur dan kehilangan pesawat Air Asia #QZ8501 sekali lagi kita akan berhadapan dengan ujian terbaru.
RIBUT JANGMI....

Inilah satu lagi ujian yang akan menimpa bumi Malaysia tak lama lagi terutamanya penduduk di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Pada semua penduduk di kawasan yang terbabit terutamanya penduduk di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak diminta agar menjauhi kawasan pantai.

Dijangkakan Ribu Jangmi akan menghampiri Malaysia terutamanya Pantai Timur Semenanjung pada 3 Jan 2015 pada jam 9 malam - 11 malam.

Sama-samalah kita berdoa agar Ribut Jangmi mengubah haluan ke tempat lain dan tidak aktif. Semoga Allah SWT akan merahmati dan melindungi seluruh rakyat Malaysia.

Tuesday, 30 December 2014

Lagi Tragedi Melibatkan Pesawat Air Asia Zest Z2272 Di Kalibo Airport Filipina



Gambar Ihsan MyMetro

Belum reda dengan #QZ8501 tambah satu lagi kes pesawat Air Asia tergelincir dari landasan. Kali nie skid terbabas dari landasan kat Filipina.

Pesawat AirAsia Zest #Z2272 Airbus A320 terbabas di Kalibo Airport, Filipina tadi. Semua penumpang dan anak kapal dilaporkan selamat.

Pesawat Air Asia QZ8501 Telah Ditemui



Alhamdullilah dan syukur pada Allah SWT setelah penantian hampir 3 hari pesawat Air Asia QZ8501 telah pun ditemui sekitar 10km dari lokasi last contact dengan menara kawalan Indonesia.

Dikhabarkan lebih 40 mangsa QZ8501 telah berjaya dikeluarkan dari lokasi nahas.

Semoga ada keajaiban dalam misi menyelamat menjumpai penumpang atau krew QZ8501 yang masih hidup.

Teka teki nasib pesawat dan penumpang akhirnya terjawab dengan ini segala spekulasi dan teori-teori konspirasi terpadam dengan sendirinya. Ada baiknya dijumpai dari terus hilang seperti mana yang berlaku pada pesawat MAS MH370 entah ke mana pun tak diketahui nasib krew dan penumpang.

Semoga seluruh ahli keluarga mangsa QZ8501 tabah menghadapi dugaan dari Allah SWT. Salam takziah dan Al-Fatihah buat seluruh penumpang dan krew yang beragama Islam.

Monday, 29 December 2014

Keadaan Situasi Banjir Di Jerantut


Inilah realiti air banjir yang sedang naik di area Jerantut Pahang. Cuba bayangkan keadaan asal jambatan gantung di Jerantut bukan main tinggi lagi. Tengok keadaan air sekarang nie dah lepas paras jambatan gantung tu.

Memang tinggi sungguh air banjir kali nie. Memang diluar jangkaan. Semoga semua mangsa tabah menghadapai dugaan ini.

Cuti Sekolah Dilanjutkan Sehingga 11 Jan dan 12 Jan 2015


KPM dah keluarkan pekeliling sesi persekolahan 2015 yang akan dibuka sepatutnya pada 4 Jan dan 5 Jan 2015 dilanjutkan kepada 11 Jan dan 12 Jan 2015. 

Maknanya cuti sekolah tambah lagi seminggu sebab krisis banjir. Banyak sekolah masih ditenggelami air banjir sehingga sekarang jadi KPM lanjutkan cuti sekolah 2014 sehingga 11 Jan dan 12 Jan 2015.

Jangan pulak cikgu-cikgu dan murid-murid yang tak terlibat ngan banjir seronok lak tau sebab cuti dah lanjut. 

Tujuan cuti dilanjutkan adalah untuk bagi ruang pada semua sekolah, cikgu, murid dan ahli keluarga yang terlibat dengan bencana banjir dapat menumpukan persiapan persekolahan selepas isu banjir selesai. 

Pihak sekolah pun perlukan masa untuk pulihkan semua sekolah-sekolah yang terjejas teruk. Ibu bapa pelajar pun perlu sediakan persiapan persekolahan anak-anak.

Sunday, 28 December 2014

Adakah Benar Pesawat Air Asia QZ8501 / AWQ8501 Hilang?


Adakah benar berita yang diterima ini?????

Dikhabarkan pesawat Air Asia QZ8501 / AWQ8501 dari Surabaya ke Singapore diistiharkan hilang memandangkan pesawat ini masih lagi tidak mendarat di lapangan terbang Changi Singapore.

Pesawat dengan bernombor pendaftaran PK-AXC jenis Airbus A320 sepatutnya telah mendarat di lapangan terbang Changi pada 8.30 pagi

Pesawat jenis Airbus A320-200 ini membawa 155 penumpang, yang terdiri dari 138 penumpang dewasa, 16 kanak-kanak dan satu bayi, dua pilot, empat awak kabin dan satu juruteknik. Pesawat diterbangkan oleh Kapten Irianto.

Banjir Gelombang Ke 3 Bersediakah Kita

Bermula pada 28 December 2014 mengikut ramalan pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) gelombang ke 3 siri hujan lebat akan melanda bumi Semenanjung Malaysia sepanjang 7 hari kelak.
Perghhhhhh 7 hari tu....bayangkan setiap hari hujan turun di seluruh Semenanjung Malaysia untuk tempoh 7 hari berturut-turut....memang sukar nak digambarkan memandangkan negara sedang diuji dengan siri bencana banjir paling besar dalam sejarah Malaysia ketika nie bukan setakat pantai timur sahaja hampir 8 buah negeri di Semenanjung terlibat dengan ujian dari Yang Maha Esa.
Tak senang duduk bila tengok sendiri maklumat JMM. Dalam keadaan banjir dah makin nak pulih nie harap-harap la apa yang diramalkan nie tak berlaku. Bukan apa dari segi psikologi memang amat berat sebenarnya ibarat "Sudah jatuh ditimpa tangga".....semoga gelombang ke 3 nie tak berlaku....
Apa yang aku risau sebenarnya adalah faktor ketumpatan isipadu tanah dilokasi banjir. Dalam keadaan air bah yang dah bertakung pada jangkamasa yang lama dengan aliran lumpur yang dibawa dari hulu pun disapu bersih akan jadi lebih kritikal sebenarnya. Daya serap air melalui liang n rongga tanah akan merosot lebih teruk disebabkan permukaan tanah dah mula diliputi dengan selut yang boleh dikategorikan sebagai tanah liat. Lagi susah air nak serap ke dalam tanah.
Kita hanya dapat harapkan air berkurangan secara semulajadi balik semula ke sungai. Pengurangan air sungai pula bergantung penuh pada keadaan di hilir sungai sebelum masuk ke laut yang bergantung penuh pada faktor air pasang surut. Tengok dari carta pasang surut hari nie dijangka paling tinggi 2 meter dan paling rendah 0.4 meter yang nie belah pantai timur. Kalau kat belah pantai barat lak paling tinggi 4 meter dan paling rendah 0.8 meter. Trend air pasang tinggi nie akan berlanjutan sampai awal bulan depan tu pun kalau tengok pada kalendar air pasang surut la.
Harap2 semua nie hanyalah ramalan semata-mata. Semoga kita semua dibekalkan kecekalan dan kekuatan menghadapi dugaan seperti nie.

Saturday, 27 December 2014

Hentikan Sebaran Status Kematian Bencana Banjir Pantai Timur

Orang Malaysia nie raja segala update bergambar kalau ada apa2 kejadian. Belum sempat masuk ke media arus perdana berita itu ini dah keluar FB dan lain2nya walaupun kesahihan masih samar2.

Selalunya apa2 berita yang diwar2kan melalui whatsapp, telegram, instagram, twitter dan fb tanpa gambar 90% adalah palsu. Memandangkan orang Malaysia kan raja update so jarang2 la kalau ada kejadian tak di amik gambar lepas tu update.

Apa yang aku nampak berita berasaskan tulis tanpa gambar nie majoritinya palsu contohnya dikabarkan berlaku kematian sana sini mangsa banjir di pantai timur. Ada yang cakap mayat terbiar bergelimpangan dah macam kejadian tsunami kat Acheh lak. Adoiiiiii!!!!!! nampak macam tak logik sbbnya ada smartpon tp update text status ja tanpa gambar.

Kan orang Malaysia nie raja update takkan ada berita sensasi tulis text ja kalau sah2 dah nampak kejadian ngeri.

Harap individu2 yang suka buat cerita sensasi seolah2 nak jadi juara update baik hentikan la. Jangan ditambahkan lagi kegusaran di hati para mangsa banjir di pantai timur dengan cerita tak sahih nie.

Kalau benar ada kematian seperti yang digembar-gemburkan sila amik gambar kejadian, amik koordinat lokasi kejadian (boleh rujuk google maps atau apa2 saja application yang ada dlm smartpon), nama tempat, tarikh, masa dan nyatakan status kejadian dan update terus kepada pihak berkuasa tak kira la kat FB ke atau mana2 saluran media. Minta pihak berkuasa uruskan kejadian nie bukannya mengembar-gemburkan kejadian tanpa fakta umpama tin kosong.

Sama2lah kita bertanggungjawab memastikan sumber adalah dari berita yang benar dan sahih bukannya mensensasikan situasi dan keadaan.

Tips Keperluan Asas Bantuan Ikhtiar Hidup Mangsa Banjir

Pada kawan2 yang nak bagi sumbangan pakaian untuk mangsa banjir harap2 jangan la bagi pakaian yang berstatus kain lap lak tau. Dapat tau tadi ada pakaian yg berstatus layak untuk dibuang dilonggokkan kat tempat pengumpulan mangsa banjir. Kalau nak bagi tu biarlah ikhlas dan molek.

Dalam situasi banjir nie antara jenis pakaian dan keperluan diri yang penting adalah:-

Baju Dalam Wanita (Perlu yang baru bukan hakmilik orang)
Seluar Dalam Lelaki & Wanita (Perlu yang baru bukan hakmilik orang)
Tudung Wanita (Jenis terpakai)
Kain Sarung (Jenis terpakai)
Seluar (Jenis terpakai)
Baju (Jenis terpakai)
Pampers Bayi (Perlu yang baru)
Pampers Orang Dewasa (Perlu yang baru)
Tuala Wanita (Perlu yang baru)

Keperluan makanan dan minuman yang perlu:-

Maggi Segera Dalam Bekas Plastik (mudah nak bancuh tak perlu bekas)
Susu & botol susu bayi
Air mineral / minuman
Air kotak (Paling ideal milo)
Air tin bertenaga (100 plus, Excel)
Biskut Tin (Paling ideal biskut Tiger Susu)
Coklat Bar 
Roti berinti

Keperluan makanan dan minuman segera amat penting terutamanya bagi mereka yang terpaksa pindah luar dari kawasan penempatan pemindahan contoh di tempat tinggi seperti bukit. 

Kalau ditengok dari keadaan mangsa yang terpaksa lari ke kawasan kaki bukit memerlukan tahap ketahanan survival sekarang nie mungkin ada mangsa yang takdak keperluan asas memasak hanya sehelai sepinggang membawa diri dan keluarga ke tempat selamat. Langkah terbaik misi bantuan udara atau pun darat perlu diberikan makanan dan minuman yang tidak memerlukan mangsa banjir memasak.

Monday, 8 December 2014

Penyokong Malaysia Tak Profesional


Penyokong Malaysia nie terutamanya golongan muda memang tak matang dalam bertindak.....agak2 la weh nak pi belasah penyokong Vietnam.....dah memang team kita main macam haram jadah nak buat macam mana.....kenapa tak pi belasah ja player kita yang main macam haram......tak pasal2 penyokong vietnam jadi mangsa sebab tak puas hati sbb kita kalah......

Bayangkan apa akan jadi next game masa kat Hanoi nanti.....silap2 haribulan ada penyokong kita balik tak cukup tangan tak cukup kaki kena 'potong' ngan geng2 vietnam kat sana nanti.....

Satu tindakan yang paling bodo dah sejarah bola sepak Malaysia.....menyerang membabi buta...

Kalau pun penyokong kita diprovoke oleh penyokong vietnam pasal kita kalah game tadi pada aku memang patut sangatttttt......mutu n kualiti persembahan bola sepak kita dah leh disepak masuk dalam tong sampah....balik2 kuda tua gak jadi pilihan.....pooooooraaaaahhhhhh!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More