TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Wednesday 31 December 2014

Helikopter Milik PDRM Terhempas Di Tanah Merah Kelantan







Petang tadi sebuah helikopter PDRM dari jenis AS355 Ecureuil buatan Perancis terhempas selepas selesai misi bantuan mangsa banjir di pantai timur.

4 anggota Polis Diraja Malaysia dilaporkan cedera dalam nahas petang tadi. Insiden ini berlaku pada pukul 6.30 petang ketika dalam perjalanan ke Kg Rambai. Keempat-empat anggota PDRM ini telah dirawat di Hospital Tanah Merah.

Berikut adalah senarai anggota yang cedera. ASP Amirul pilot cedera parah. ASP Hasli cedera, SM Udara cedera dan WPC Afidah cedera ringan.

Semoga semua anggota PDRM ini cepat sembuh. Amin

0 Comments
Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More