TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Tuesday 9 August 2011

Resepi: Jeneral Mabuk

Erkkkk!!!! Nama resepi macam nie pun ada ke KUIH JENERAL MABUK hehehehe. Kebetulan aku ngan wife tengah layan TV9 rancangan Mencari Resipi Temurun. Nak tergelak pun ada gak bila dengar nama kuih nie. Sekali KUIH JENERAL MABUK lak dah hehehehe. So seperti biasa aku search ler kat cik google. Jumpa ler maklumat nie.

Rupernyer nama Kuih Jeneral Mabuk nie diperolehi melalui nama Jeneral Mahbob. Nama dah sama ngan nama pakcik wife aku Mahbob orang panggil Cik Bob. Pelikan nama Jeneral Mahbob leh dijadikan nama kuih lak hehehehe. Jeneral Mahbob nie dikenali dikalangan penduduk Pekan Pahang iaitu negeri dan daerah kelahiran Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak.

Credit aku berikan pada tuan punya blog http://myroyalpudding.blogspot.com sebab resepi kat bawah nie aku copy paste sebijik dari blog berkenaan. So korang leh ler cuba try test resepi nie. Selamat berbuka puasa

Jeneral Mabuk

Jeneral Mahbob lebih dikenali dikalangan penduduk Pekan dgn panggilan Jeneral Mabuk. Pelikkan ... Kuih tradisional daerah ni susah hendak didapati dan kian dilupakan. Jarang boleh didapati dimajlis2 keraian.


Bahan-Bahan
  • 10 biji telur
  • 225g gula pasir
  • 2-3 sudu makan tepung beras – digoreng sehingga kekuningan, kemudian disejukkan
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 5sm kulit kayu manis
  • 1 helai daun pandan – disimpul
  • Sedikit pewarna kuning
  • Serbuk kayu manis
Cara Memasak
  • Masak gula bersama satu cawan air sehingga hancur dan mendidih. Tapis dan kemudian masak bersama daun pandan dan kulit kayu manis. Biar didih seketika kemudian sejukkan.
  • Pecahkan telur ke dalam santan dan pukul sehingga kembang sedikit. Tapis dan kemudian tuangkan bancuhan itu ke dalam air gula yang telah disejukkan tadi. Kacau sehingga sebati dan gaulkan bersama tepung beras. Masukkan sedikit pewarna kuning. Kemudian tapis dan tuang adunan ke dalam loyang besar berempat segi yang telah disapukan dengan sedikit mentega. Kukus adunan lebih kurang setengah jam sehingga masak.
  • Bila masak, taburkan sedikit serbuk kayu manis ke atas adunan dan dibiar sejuk. Kemudian, potongnya 2.5sm persegi dan masukkan ke dalam acuan kertas.

0 Comments
Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More