Alhamdullilah aku baru jer sampai kat umah di Serdang. Perjalanan pun ok jer takder traffic jam sangat. Hanya ada "roadblock" kat Muar. Maybe ada kes jenayah kot sebab tu Polis buat "roadblock". Sebelum balik ke Serdang aku, wife dan adik-adik aku sempat singgah ke umah Tok Mak kat Bandar Batu Pahat berbuka puasa kat sana.
Tiap kali balik ke Batu Pahat confirm aku ngan wife mesti ada acara wajib mengadap Tok Mak. Kalau korang nak tahu umo Tok Mak dah nak jejak 86 tahun. Dalam usia macam tu pun Tok Mak masih kuat lagi jalan tak perlu nak pimpin. Masih kuat lagi nak solat berdiri. Kalau aku usia macam tu silap haribulan dah tak leh nak jalan. Nak kena korek rahsia Tok Mak nie hehehehe.
Bazar Ramadan Tapak Pesta Batu Pahat
Dalam perjalanan dari Rengit sempat singgah jap di pasar Ramadhan kat Tapak Pesta sebelah IPD Polis Batu Pahat. Plan asal nak cari Kacang Pool. Sekali tutup kedai lak dah. Jadi aku belikan ayam panggang jer sekor harga RM15.00 wife aku lak beli nasi ambang.
Nasi Ambang
Ayam Panggang
So lepas tu aku cuba gak nak cari Kacang Pool kali nie aku cuba nasib ke Benteng nampaknyer sekali lagi hampa sehhhh kempunan tak dapat nak makan Kacang Pool. Adoiiii perlukah aku lari masuk dalam Batu Belah Batu Bertangkup hahaha. Korang tahu tak macam mana ruper kacang Pool!!!! Korang tengok kat bawah nie.
Gambar Ihsan www.azuanzahdi.com
So terus balik ke rumah Tok Mak berbuka puasa kat sana. Lepas solat Magrib terus siap nak balik ke KL. Sempat gak ler tengok Datuk Lee Chong Wei lawan Lin Dan final World Championships 2011 sampai set yang ke 2 jer. Dalam perjalanan balik dapat tahu Chong Wei kalah adoiiii frust seh!!!!
Antara menu berbuka puasa tadi. Sedap oooooo!!!! Sedap macam bolat-bolat!!!! Pinjam tagline anak sedara aku Auni
Rasanya air cendol kot tak pun air soya.
Aku tak tahu apa nama menu nie. Pelik gak.
Mee hailam
Rojak tauhu
Macam-macam ada
Masak lemak daging salai pisang muda. Memang sedap.
Then aku terus gerak ke Muar singgah untuk pekena Yong Tau Foo Sup kat sebelah stesen bas Muar. Yong Tau Foo Sup kat situ sedap sehingga menjilat tapak kaki hahahaha. Korang leh try kalau sampai kat Bandar Maharani nie nanti.
Gerai Yong Tau Foo Sup terletak kat belakang tu jer. Leh pilih apa korang nak.
Yong Tau Foo Sup
Yong Tau Foo Sup
Lepas dah kenyang terus ke Melaka hantar adik aku sebab esok dia ada kelas. Dia belajo kat UTEM. Then dari Melaka terus gerak ke KUIS lak hantar adik wife aku kat sana. Dah macam driver bas lak hahahaha turunkan penumpang sana sini. Masa kat KUIS ada accident yang buat aku agak kecewa dengan Pak Guard dan pengurusan KUIS. Bagi aku cool down dulu temperature dalam hati yang tengah hangat meluap-luap nie. Ikut panas aku nie leh meletup so biar aku cool down. Nanti aku citerkan. Apa-apa pun tindakan yang diambil oleh KUIS tak kena tempat, tak profesional & tak melambangkan ciri sebuah Kolej Universiti Islam.