TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Thursday 25 August 2011

Menangisi Murtad Dan Zakat - Kupasan Eksklusif Dr. Mohd Asri Zainal Abidin


Salam Ramadhan semua. Korang ada tak baca artikel yang ditulis oleh Dr. Asri yang terbaru berhubung isu Gereja DUMC dan murtad baru-baru nie. Artikel Menangisi Murtad Dan Zakat. 

Aku amat tertarik hati dengan cara olahan yang disampaikan oleh Dr. MAZA. Memang menyentuh hati dan jiwa dalaman kalau dapat memahami dan menghayati setiap pandangan serta kupasan yang disampaikan oleh beliau.


Kalau korang tak baca lagi aku syorkan korang baca artikel tulisan Dr. MAZA. Aku tertarik ngan petikan nie:-
"Cubalah bayangkan jika ada sebuah rumah yang didiami oleh satu keluarga yang besar dan kaya tiba-tiba salah seorang ahli rumah itu lari ke rumah jiran atas atasan tidak diberikan perhatian dan mendapat perlindungan serta makanan. Sementara si jiran sebelah pula menghulurkan bantuan dengan pelbagai tawaran. Apakah suatu penyelesaian yang tuntas dengan hanya kita mencadangkan agar dibakar rumah jiran, atau ditangkap si jiran atau dihukum si jiran kerana mempengaruhi ahli keluarga kita. Dalam masa yang sama kita, kita tidak persoalkan tanggungjawab kekeluargaan yang kita abaikan selama ini."
Cuba fahami petikan di atas tu. Siapa yang nak kita salahkan dalam hal nie? Cuba kita tanya diri kita sejujur-jujurnya. Salah siapa?

Sebenarnya itulah realiti yang berlaku ketika nie pada saudara seagama dengan kita. Kita yang tak prihatin sebenarnya dengan nasib saudara seagama yang dalam kepayahan dan keperitan. Kalau kita prihatin perkara seumpama nie tak akan berlaku. Saudara kita yang dalam kepayahan nie pun tak perlu merintih untuk dapatkan simpati dari pihak agama lain bagi membantu mereka.

Aku agak sedih dengan keadaan yang berlaku ketika nie. Memang amat menyedihkan. Dalam kesedihan nie aku rasa bahagia sebenarnya apabila masih ada insan yang berani seperti Dr. Asri untuk menyuarakan pandangan dan teguran yang membina bagi merungkai permasalahan yang berlaku. 

Tanggungjawab nie bukanlah tanggungjawab individu jer. Ini adalah tanggungjawab bersama. Tanggungjawab ummah. Setiap kita bertanggungjawab ke atas saudara Islam yang lain. 

Semoga lepas nie kalau kita ada terima berita seperti nie sama-sama lah kita bantu dan sebarkan. Kita kongsi bersama-sama. At least usaha kecil kita nie dapat membantu insan-insan yang memerlukan bantuan. Yang paling penting kita dapat membantu, menjaga dan mengekalkan akidah saudara Islam yang lain agar tidak terpesong dari landasan Islam yang sebenar.

0 Comments
Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More