Kesian aku tengok Wardina Safiyyah kena titik ngan orang ramai kat Twitter dan Facebook. Isunya bermula bila Wardina Saffiyah Retweet kenyataan di bawah :
Pada aku secara personally takder masalah untuk Wardina nak retweet (RT) isu kat atas tu. Dia pun ada hak dan pandangan peribadi pasal isu yuran PIBG. Itu adalah hak masing-masing. Maybe yang jadi isu sekarang nie adalah bila dia dilihat sebagai ikon dan selebriti. Mungkin itu yang jadi pertikaian bila dia dikatakan mempersoalkan pasal yuran PIBG.
Pada aku kerajaan dah mansuhkan yuran sekolah dalam BAJET 2012 dan cukup bagus sebenarnya. Sekurang-kurangnya bebanan yuran sekolah yang dipikul oleh ibu bapa selama nie dapat dikurangkan. Lebih-lebih lagi pada mereka yang mempunyai ramai anak yang masih bersekolah. Bayangkan kalau ada 5 - 6 orang anak masih bersekolah. Perghhhhhh banyak tu nak kena keluarkan duit. Itulah pengorbanan ibu bapa pada anak-anak. Semua ibu bapa nak anak-anak mereka berjaya dalam pendidikan.
Pada aku yuran PIBG takder ler mahal sangat, insyallah semua ibu bapa mampu untuk bayar. Wife aku sendiri seorang pendidik. Jadi sedikit sebanyak aku tahu yuran PIBG sekolah tak berapa mahal. Tak tahu ler kat sekolah tertentu yuran PIBG mahal gamaknyer. Setahu aku yuran PIBG rata-rata sekolah di Malaysia nie bawah RM50.00. Itu pun setelah dipersetujui melalui mesyuarat PIBG. Bagi ibu bapa yang selalu mengikuti perkembangan PIBG sekolah confirm akan tahu. Yang tak join mesyuarat nie ler mungkin tak tahu hujung pangkal kenapa yuran sebegitu dikenakan.
Sekarang nie yuran sekolah dah dimansuhkan memang satu perkhabaran berita yang akan disambut baik oleh semua ibu bapa. Tapi tahukah kita semua bahawa ada satu lagi golongan akan pening kepala bila yuran nie mansuhkan. Yang aku maksudkan adalah golongan guru-guru terutamanya Guru Besar dan Pengetua. Tapi aku tak risau sangat sebenarnya bila yuran sekolah dimansuhkan sebab kerajaan pasti ada mekanisme untuk selesaikan masalah sekolah.
Tapi kalau yuran PIBG pun dimansuhkan juga alamatnya banyak aktiviti sekolah akan bermasalah atau terpaksa dibatalkan. Contoh aktiviti sekolah yang memerlukan dana dari yuran PIBG adalah Sukan Tahunan Sekolah, Program Motivasi Pelajar, Program Motivasi UPSR, PMR, SPM, STPM dan lain-lain lagi. Mana sekolah nak cekau duit nak buat semua tu. Semua program tu dijalankan dari dana yuran PIBG.
Kalau mansuhkan juga boleh sebenarnya dan memang takder masalah. Tapi jangan pula ibu bapa complain pulak ler lepas nie kalau keputusan akademik dan kokurikulum sekolah merosot. Faktor penyumbang kemerosotan ada kaitan seperti yang aku senaraikan kat atas tu.
Ini belum lagi aku citer duit poket cikgu-cikgu akan jadi mangsa keadaan kalau yuran PIBG dimansuhkan. Confirm cikgu-cikgu kena paw hahahaha. Kesian kat depa kan.
Oklah korang baca ler sendiri artikel yang aku amik dari salah satu forum pasal isu Wardina Safiyyah nie.
Bila kita menggunakan akaun twitter, bila kita retweet (RT) kenyataan orang lain, ini bermakna kita setuju dengan kenyataan tersebut. Ini menggambarkan bahawa Wardina Saffiyah bersetuju dengan apa yang di'tweet' oleh Najilah Ishak yang mempertikaikan pemansuhan yuran sekolah dalam Bajet 2012.
Saya tidak tahu individu ini pernah hadir dalam mesyuarat PIBG atau pun tidak, kerana setahu saya yuran PIBG ditetapkan oleh YDP mengikut kemampuan pelajar, dari situ guru-guru mengenalpasti pelajar yang mana berkemampuan atau sebaliknya. Sebab itu ada banyak sekolah hanya menetapkan yuran PIBG pada kadar RM10 sahaja.
Selepas bertindak RT tweet tersebut, Wardina Saffiyah teruk dihentam oleh pengguna twitter lain termasuk YB Khairy Jamaluddin dan beberapa rakyat yang saya lihat jelas mereka non partisan. Antara twitter yang menghentam Wardina Saffiyah :
Bukan sahaja di twitter bertindak menghentam wanita paling Islamik ini, tetapi situasi tersebut turut panas di beberapa page facebook:
Lihat tindakan Wardina Saffiyah yang jenis tidak bertanggungjawab dengan apa yang diperkatakannya.
Betul maaf - bermaafan adalah perkara yang baik, tapi sebagai ikon Wardina Saffiyah sepatutnya lebih bertanggungjawab dengan menyelidik terlebih dahulu kenyataan yang di tweet oleh rakan-rakannya sebelum bertindak RT kepada peminatnya di twitter dan facebook.
Kita tidak pernah menghalang Wardina Saffiyah menyatakan pandangannya di mana-mana laman sosial, cuma sebagai artis beliau sepatutnya bijak dalam berkata-kata memandangkan setiap tutur katanya kadangkala menjadi ikutan para peminatnya.
SUMBERTak seronok kalau tulis pasal artis kita tak 'bantai' dia sikit, jadi saya nak 'bermanja' sikit dengan personaliti TV 'idola' saya ini dengan merujuk tweetnya di bawah :Ok katanya dia tidak berminat majlis perkahwinan yang besar-besaran tapi minat dalam majlis sederhana yang barakah dan diredhai Allah. Amboii...amboi...amboi... (pinjam ayat pondan si Azwan Ali) sebelum bercakap elok Wardina Saffiyah kencing dalam tempurung dan tilik mukanya kerana majlis perkahwinan kaum keluarganya turut diadakan secara besar-besaran.Skodeng sikit...