Tadi aku dapat email dari member pasal penjelasan JAIS berkenaan isu Gereja DUMC. Then aku nampak pada bloglist aku nie bro Ben Ashaari pun dah buka entry pasal maklumat yang dia perolehi. Maybe maklumat berbentuk email dalam file pdf yang aku dapat nie sama seperti mana korang semua kot.
Maybe ada dikalangan korang dapat gak email nie. Rasanyer ler???? Sebelum nie aku ada buka entry pasal Berita Terkini: Video Eksklusif Bukti JAIS Serbu DUMC. Dalam tu ada video pasal isu nie.
Berkenaan sumber email nie aku tak boleh nak sahkan kesahihan hal nie pada korang semua. Korang layan jer lah yer. File pdf boleh didownload di SINI
PENDAHALUAN
PENJELASAN MENGENAI OPERASI PEMERIKSAAN ORANG ISLAM DI GEREJA DUMC
PENDAHALUAN
Kisah ini adalah penjelasan lengkap mengenai operasi pemeriksaan 12 orang Islam di gereja yang dijalankan pada 2 Ogos 2011 beralamat di Dewan 3, Damansara Utama Methodist Church (Dream Center) Jalan 13/1, Seksyen 13, 46700 Petaling Jaya, Selangor DE.
LATAR BELAKANG
Pemeriksaan dibuat berdasarkan maklumat awam yang mendakwa berlakunya jemputan beberapa orang Islam ke Majlis Berbuka Puasa yang dinamakan 'Thanksgiving Diner Program Itenary' seperti alamat di atas.
Tindakan berdasarkan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) Tahun 1955 iaitu Menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam.
Siasatan juga dibuat mengikut Enakmen agama bukan Islam (Kawalan Perkembangan di kalangan orang Islam ) Negeri Selangor tahun 1988.
Program ini disyaki bertujuan untuk menyambut orang islam berbuka puasa dan meraikan Thanksgiving.
Operasi ini disertai oleh 13 Pegawai Penguatkuasa Agama - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan dibantu oleh sepasukan Polis Diraja Malaysia seramai 20 orang daripada IPD Petaling Jaya dan Sea Park.
PERLAKSANAAN OPERASI
- Taklimat dibuat di pejabat JAIS pada jam 8.40 malam
- Bergerak ke lokasi dan tiba jam 9.30 malam.
- Tiba di lokasi keadaan di kawasan tersebut adalah tenang dan anggota terus bergerak ke Dewan 3.
- Jam 9.45 anggota masuk ke dewan. 100 orang ada di dalam dewan.
Semasa pemeriksaan, kelihatan seorang pemuda telah melakukan pengucapan awam di atas pentas, di depan tetamu yang hadir.
Anggota didatangi oleh wanita bernama tag 'Sofea' dan meminta anggota membuat perbincangan di luar dewan.
Anggota PDRM dan JAIS yang telah memasuki dewan diminta keluar sambil diberi arahan untuk menghormati majlis tersebut kerana dihadiri oleh beberapa orang kenamaan. Selain itu, mereka menyatakan bahawa tempat tersebut adalah tempat persendirian dan mereka mempunyai hak ke atas kawasan.
Sedikit pertelingkahan berlaku antara anggota dan penganjur.
Anggota telah meminta buku pendaftaran peserta program untuk memeriksa kehadiran orang Islam di majlis tersebut. pada awalnya, penganjur memberitahu tiada orang Islam hadir di majlis tersebut.
Maklumat Pendaftaran diperolehi tanpa kerjasama dari penganjur. Anggota akhirnya memperolehi tentatif program. Terdapat di dalam tentatif tersebut nyanyian lagu 'Alhamdulillah dan Allahuakbar'.
Terdapat juga satu borang kuiz Islam yang disyaki diedarkan kepada peserta yang hadir.
Sementara itu, anggota yang menjaga pintu dibelakang premis mendapati beberapa orang yang disyaki orang Islam cuba dibawa keluar oleh penganjur melalui pintu belakang.
Setelah berbincang selama hampir sejam, mereka bersetuju untuk membenarkan pemeriksaan dibuat selepas majlis tamat dan pemeriksaan ke atas individu dibuat selepas peserta keluar dari dewan.
12 ORANG ISLAM YANG DIKENALPASTI
1) Nadeane binti Che Mohd Salleh (Sofea) .
IC : 79xxxx-01-6094
2) Muhammad Khairul Dhillon bin Abdullah
IC : 69xxxx-08-6039
3) Ina Reima Fitriza binti Mahadzir
IC : 85xxxx-71-5018
4) Ade Andrian Putra bin Mahadzir
IC : 94xxxx-02-5609
5) Nea Reima Mareana binti Mahadzir
IC : 90xxxx-02-5778
6) Rasyidah binti Abd Razak
IC : 77xxxx-01-5908
7) Nur Umrah binti Abd Razak
IC : 95xxxx-01-6002
8) Mohd Haslan bin Bob Hasnan
IC : 80xxxx-10-5045
9) Faridah Binti Abdul Rahman
IC : 71xxxx-12-5478
10) Nur Al Ashikin bt Shaikh Dawood
IC : 72xxxx-10-5072
11) Faridah bt Abdul Latep
IC : 72xxxx-71-5256
12) Sahrunida bt Assad
IC : 81xxxx-08-6246
Nota : Terdapat ibu bapa yang beragama Islam membawa anak-anak kecil.
ELEMEN YANG MENIMBULKAN SYAK
Jemputan secara tertutup walaupun peserta yang ingin hadir itu di kalangan orang yang bukan Islam.
Peserta Islam (3 orang) dibawa keluar jalan belakang secara senyap.
Nyanyian 'Alhamdulillah dan Allahuakbar' dilakukan di tempat yang tidak sepatutnya (gereja).
Soalan kuiz Islam yang diberikan kepada peserta yang hadir.
Majlis tersebut disyaki bertujuan untuk menarik orang Islam kerana terdapat ciri-ciri tarikan seperti ;
- Bunga manggar diletakkan di pintu masuk dewan.
- Baju yang dipakai oleh bukan Islam adalah baju kebaya, kebangsaan dan kurung.
- Cebisan soalan kuiz yang dikoyakkan oleh penganjur.
- Majlis diadakan di premis kristus.
- Malah seorang peserta (Melayu) yang ditanya lisan oleh anggota penguatkuasa berhubung agamanya.Jawapan beliau adalah - 'I believe in God' (mengikut cara kristian dan gereja)
FAKTA TAMBAHAN
Tiada serbuan dilakukan oleh anggota, sebaliknya rundingan.
Adalah amat dikesalkan kerana terdapatnya segelintir pemimpin beragama Islam yang secara tergesa-gesa menyalahkan JAIS sebelum mendapat maklumat sebenar operasi menyelamatkan akidah umat Islam ini.