Perghhhhhh biar betik Rozita Che Wan punya statement nie. Adoiyaiiiii!!!! Pelik aku ngan golongan artis nie. Tapi tak semua ler macam tu kan. Ada yang betul-betul menjaga etika berpakaian dan statement pun takder ler melalut sangat. Sedih siot bila aku baca statement yang Rozita Che Wan. Korang baca ler sendiri ek.
SUMBER : MSTAR
"Memang saya teringin untuk bertudung. Cuma memandangkan saya sudah terikat dengan beberapa komitmen lakonan, imej bertudung ini akan membataskan karakter dan watak yang saya lakonkan pula. Insya-Allah saya akan bertudung selepas berkahwin nanti. Masalahnya, masih tiada calon suami."Dalam hal nie aku setuju ngan statement Abang Nara.
"Kadang-kadang tak boleh salahkan artis yang terpaksa menjawap mengenai isu tudung. Dan tak boleh juga salahkan wartawan yang curious nak tahu sama ada artis-artis sudah bertukar imej. Kesimpulannya, kalau boleh, janganlah tanya bab-bab tudung nie. Makin lama makin pelik jawapan yang keluar dari mulut para artis."Aku mohon maaf kalau ada yang terasa. Jangan dijadikan digadaikan hal agama kerana karier.
SUMBER : MSTAR