TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Monday 10 October 2011

Lunar Halo Effect - Subhanallah Cantik Sungguh Ciptaan Allah

Subhanallah Walhamdullilah Walailahaillah Wallahu Akbar.

Sungguh indah dan cantik bulan malam nie kan. Kalau korang tengok sekarang nie di langit sekitar bermula jam 11.30pm 09 Oct 2011 pasti korang akan nampak kebesaran Allah S.W.T.

Inilah yang dinamakan LUNAR HALO EFFECT. Apa dia LUNAR HALO EFFECT nie?

Sebelum tu korang tengok gambar kat bawah nie yer.


Balik pada soalan di atas tadi apa dia LUNAR HALO EFFECT nie? LUNAR HALO EFFECT nie terbentuk apabila berlaku pembentukan crystal ice kecil pada ketinggian lebih dari 20,000 kaki. Bila bulan atau matahari terpacak selari dengan bumi biasan dari cahaya bulan dan matahari akan reflect pada permukaan crystal ice ini. So jadi ler LUNAR HALO EFFECT seperti mana korang saksikan sekarang nie.

Bila jadinyer perkara macam nie kita sebagai orang Islam ucap lah Subhanallah Walhamdullilah Walailahaillah Wallahu Akbar kerana sesungguhnya setiap keindahan dan setiap kejadian yang berlaku serta disaksikan oleh mata kita adalah satu anugerah tak ternilai. Jadi bersyukurlah korang dapat melihat kebesaran Allah S.W.T.

Tapi jangan ler pulak kita percaya perkara-perkara yang tahyul seperti bakal berlakunya gempa bumi terbesar ler, tsunami nak datang ler, dah nak kiamat ler dan sebagainya. Contoh macam email dan sms berantai seperti kat bawah nie:-
BACE WAHAI UMAT ISLAM Hati-hati dengan kajaiban tuhan terhadap bulan pada hari ini. Dalam masa 44 hari, suatu benda yang dasyat akan berlaku terhadap semua umat manusia di bumi ini sebelum tarikh keramat tiupan sangkakala. Bulan yang indah ini bermaksud bumi ini sudah goyah dan uzur untuk didiami oleh umat manusia. Diharapkan kepada umat islam bersunggguh-sungguhlah melakukan Ibadat terhadap ALLAH S.W.T sebelum pintu kiamat akan tutup. Sekian dari Sheikh Al-Bukhari ulamak yang tersohor di mekkah. Sila sebarkan perkara ini utk menyedarkan umat islam tentang perkara misteri ini. Subhanallah.
Walaupun betul niat penyampai adalah untuk berpesan-pesan kepada kebaikan tapi jangan ler sampai nak menjadi Tuhan boleh lak nak tentukan akan berlakunya benda yang dasyat. Astagfirullahalazim. Semua kejadian di muka bumi dan alam semesta nie adalah dengan izin dan kehendak Allah S.W.T. Nak tak nak terima jer ketentuan Allah. Dia Maha Pentadbir Alam Semesta.

Perkara macam nie dah banyak kali aku lihat. Maybe kita semua pun penah alami secara sedar atau tidak. Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa.

1 Comments
Comments

1 comments:

tanggapan manusia.. xleh lari..
tp ini adalah kejadian Alam dan kebesaran Allah..
Bumi xkan kiamat, slagi mana Islam itu masih lg tertegak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More