TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Tuesday 11 October 2011

Salam Takziah - Datuk Ahmad Jais Meninggal Dunia (AL-FATIHAH)

Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia semua. Sebentar tadi aku dapat maklumat penyanyi lagenda Dato Ahmad Jais telah kembali ke Rahmatullah. Aku dan seluruh admin Dezaman Cottage mengambil kesempatan ini mengucapkan salam takziah kepada seluruh kaum kerabat Dato Ahmad Jais. Semoga roh beliau dirahmati Allah SWT.

AL-FATIHAH


Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Utama Dr. Rais bin Yatim sebentar tadi mengumumkan pemergian penyanyi lagenda, Dato Ahmad Jais di laman twitternya, @DSURaisYatim.

Ahmad Jais merupakan salah seorang penyanyi penyanyi irama pop yeh yeh yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia. Gelisah & Budi Setahun Segunung Intan amat sinonim dengan peribadi Dato Ahmad Jais dimana lagu-lagu ini sering menjadi nostalgia kepada para peminatnya yang kini berusia lewat 40-an.

Memulakan karier seninya pada tahun 1959, sehingga kini Ahmad Jais sudah merakamkan lebih 100 lagu dalam 15 album, kebanyakannya dalam bentuk EP dan LP. Difahamkan, Ahmad Jais pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Separa Rapi Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) akibat mengalami sesak nafas, lewat September lalu.

Sumber : Oh! Bulan

1 Comments
Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More