TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Saturday, 30 August 2014

Halalkah Minyak Masak Terpakai?????


Ada customer tanya saya kat Restoran Lava Grill pakai minyak masak jenis apa????? Terus terang saya cakap di restoran kami nie kami sentiasa pakai minyak masak jenis SAJI dalam botol 5kg.

Walaupun mahal minyak masak dalam botol nie dari minyak paket 1kg saya tetap pilih minyak masak dalam botol. Memandangkan kualiti dan aspek halalan toyibban yang ada pada minyak masak dalam botol jenama terkenal diperakui halal dan sempurna prosesnya serta diperakui halal oleh pihak JAKIM.

Satu lagi minyak masak dalam botol nie diproses terus dari buah sawit dan bukannya dari proses kitar semula minyak terpakai.

Kenapa kami beli minyak masak dalam botol?????

Sepanjang saya terlibat dalam dunia pengurusan restoran banyak benda saya pelajari secara langsung dan tak langsung. Salah satunya adalah dalam aspek pemilihan minyak masak berkualiti. Kenapa dan mengapa kita perlu pilih minyak masak yang disahkan tahap kualitinya dan tahap halal pada produk?????

Minyak masak terpakai nie sebenarnya ada pihak yang datang membeli pada harga RM1.00/kg. Bila kita nampak sendiri cara pengendalian mereka amik minyak tu membuatkan saya mula terfikir faktor kehalalan pada minyak masak terpakai yang diproses semula.

Bagaimana status HALAL pada produk minyak masak terpakai yang diproses semula?

Mengikut pihak yang membeli minyak terpakai nie diaorang borong di seluruh restoran yang ada di Lembah Klang termasuk la restoran halal dan tidak halal. Minyak masak terpakai nie akan dipam masuk ke dalam satu tangki khas. So kat sini kita dah boleh nampak minyak yang halal dan tidak halal telah bercampur keseluruhannya.

Sebagai sorang muslim saya berhak memastikan pelanggan di restoran saya menikmati produk asas untuk memasak dari produk yang halal sahaja. Memandangkan isu halal adalah sesuatu yang sensitif saya mengambil langkah awal untuk mengelakkan dari mengguna minyak masak dalam paket yang diproses semula agar keraguan ke atas minyak telah saya atasi dari peringkat awal.

Mungkin ramai lagi peniaga muslim yang terlibat dalam industri berasaskan makanan tak tahu berkenaan isu ini. Oleh itu saya berharap pada setiap muslim terutamanya pada peniaga produk makanan boleh take note dan berhati-hati dengan isu ini.

Korang juga sebagai pengguna terutamanya yang beragama Islam wajib amik tahu supaya dapat memberikan makanan yang betul-betul halal pada keluarga. Sesungguhnya mencari yang halal itu adalah satu kefardhuan pada setiap muslim.

Lagi satu minyak masak terpakai yang diproses nie mengikut kajian sainstifik mengandungi kandungan karbon yang tinggi boleh jadi penyebab berlakunya proses kanser dalam tubuh badan kita.

Semoga korang semua menjadi pengguna yang bijak dalam memastikan kesihatan dapat dijaga dari peringkat awal.

Saturday, 24 May 2014

DNA Babi Dikesan Dalam Cadbury Dairy Milk

PESANAN KHIDMAT SOSIAL

DNA Khinzir telah dikesan dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel - Cadbury Dairy Milk. Pihak Kementerian Kesihat Malaysia telah mengesahkan pengesanan ini.

Oleh itu diharapkan semua umat Islam berhati-hati dengan produk tersebut.

Boleh rujuk pada kenyataan akhbar KKM dalam gambar nie.



Thursday, 8 May 2014

Apa Itu Abdominal Aortic Aneurysm????

Abdominal Aortic Aneurysm adalah salah satu masalah berlakunya pembengkakan pada salur darah utama aorta yang menghubungkan jantung ke saluran darah ke arah kaki kanan dan kiri....

Orang yang menghadapi sakit nie akan mengalami masalah sakit pinggang yang berpanjangan dan berasa sakit yang amat sangat pada bahagian perut.....

Kaedah pemulihan boleh dibuat melalui 2 cara:-

1.) Open Surgical
2.) Endovascular Aneurysm Repair

Nak tau lebih lanjut leh tengok video nie


Inilah penyebab sakit yang dialami oleh abah aku. Insyaallah kalau takdak apa-apa masalah minggu depan kena operate.....tapi tak sure lagi samada kaedah open surgical atau endovascular.....memandangkan faktor umur dan penah buat by-pass doktor akan suggest dalam tempoh terdekat nie kaedah pemulihan....

Semoga semua urusan pemulihan akan berjalan dengan lancar.

Tuesday, 6 May 2014

Al-Fatihah Dato Aziz Sattar - Berakhir Sudah Legasi Bujang Lapok


Berakhirlah sudah generasi trio Bujang Lapok dengan pemergiannya Allahyarham Dato Aziz Sattar ke Rahmahtullah hari nie.

Yang pasti legasi dan hasil lakonan seniman seperti Allahyarham P.Ramlee, S.Shamsudin dan Aziz Sattar dalam Bujang Lapok tetap akan diingati oleh semua lapisan generasi dan masyarakat.

Semoga Allah SWT akan merahmati ke semua seniman ini.

Al-Fatihah



P. Ramlee (Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh)

22 Mac 1929 - 29 Mei 1973 (umur 44)

S. Shamsuddin (Shamsuddin bin Dali)

1 Januari 1929 - 4 Jun 2013 (umur 84)

Aziz Sattar (Abdul Aziz bin Sattar)

8 Ogos 1925 - 6 Mei 2014 (89 tahun)

TRILOGI FILEM BUJANG LAPOK :-

Bujang Lapok (1957)

Pendekar Bujang Lapok (1959)

Seniman Bujang Lapok (1961)

Ali Baba Bujang Lapok (1961)

Bujang Lapok Kembali Daa (1986)

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un wa inna ila rabbina lamunqalibun Allahumma uktubhu 'indaka fil muhsinin waj'al kitabahu fi 'illiyyin wakhlufhu fi ahlihi fil ghabirin wala tahrimna ajrahu wala taftinna ba'dahu

Tuesday, 29 April 2014

Giant Burger @Lava Grill Burger

Alhamdullilah dapat order GIANT BURGER baru-baru nie.....kalau hangpa nak order leh PM kat fanpage Lava Grill Burger https://www.facebook.com/LavaGrillBurger

Leh tengok contoh burger...





Cash Flow a.k.a Aliran Tunai

Sebelum aku pejam mata nak tdoq aku nak kongsi sikit cerita pasai cashflow....tapi panjang berjela la kalau hangpa nak baca hahahaha....


Cash flow a.k.a aliran tunai nie adalah sesuatu yang amat penting dalam bisnes tak kira la bisnes apa2 pun baik dari sebesaq2 company sehingga ke bisnes tepi jalan….semuanya akan bersandarkan pada cash flow….


Jarang orang berniaga nie nak cerita atau dedahkan pasai cash flow nie dalam real bisnes….mungkin sbb tak mau kongsi atau mungkin sbb buat2 tak tau atau memang tak tau langsung……


Cash flow nie kita leh bahagikan pada 3 bahagian operation, financial & investment….tp selalunya orang akan hentam cash flow nie ketiga2 sekali gus tu yang jadi kelam kabut…..


Untuk operation cash flow kita leh pecahkan dari hasil jualan a.k.a sales tolak dengan raw material yang dibeli tolak dengan operation overhead…..yg nie bawah operation cash flow….inventori, gaji pekerja, sewa kedai, bil elektrik, air dan apa2 saja yg ada kaitan dengan operation masuk bawah nie….


Untuk financial cash flow nie berkaitan dengan pinjaman yang kita terima tak kira la samada pinjam bank ka pinjam kawan ka pinjam along ka semua tu dikira sebagai positif financial cashflow….bila dah pinjam kena la bayarkan yang akan jadi sebagai elemen bayaq balik hutang dari pinjaman….cukai, interest, dividen etc semua masuk bawah nie….mudah cerita yang ada kaitkan ngan urusan pinjaman bank la lebih kurang mcm tu……


Investment cashflow nie ada kaitan dengan pemilikan aset macam bangunan, mesin, kenderaan etc….


Sebenarnya positif operation cash flow nie la yang akan membantu kita cunkan financial cashflow dan investment cashflow……sbb bila dah untung ribu2 juta2 billion2 maknanya operation cashflow kita dah terbaik sgttttt2…..so takdak hal la nak settlekan hal financial dan investment nie…..pejam mata ja leh clear semua hutang2…..tp kena ingat selagi operation cashflow kita dok negative ja nie akan buat kita pening sangkut abih financial dan investment cashflow….tu yang buat kita serabut mcm sabut….


Dalam bisnes operational cashflow nie la yang kita kena tengok betoi2 kena jaga macam jaga bini…..sbb dari situ la segala punca pendapatan untuk kita ukur samada bisnes kita nie berpotensi utk dimajukan atau kita kena pikiaq untuk tarik hand break to make a final decision either proceed or cut loss…..


Dalam bisnes kalau 6 bulan berturut2 nilaian cashflow kita menyusut sampai dah makan separuh dari cashflow asal yang kita dah peruntukan kita kena pikiaq abih2….masa nie kita kena cari jalan untuk selamatkan bisnes atau cut loss ja bisnes tu….sbb 6 bulan adalah masa yg paling ideal untuk kita tgk halatuju bisnes tu….tak mustahil lepas lagi 6 bulan masuk fasa setahun cashflow dah jadi ZERO….yg nie lagi haru biru…..


Dalam cashflow nie breakeven point nie adalah kawan rapat dia….kita kena tau berapa nilai breakeven point operasi kita….


Contoh macam nie la….nak kira breakeven point….

Gaji pekerja 4 orang = RM200 sehari x 30 = RM6000 sebulan
Utilities (Bil elektirk, air, telefon, astro, unifi ect) = RM2000 sebulan
Sewa kedai = RM3000 sebulan
Kos pelbagai (komisyen, promosi, marketing, iklan, penyelenggaraan ect.) = RM2000 sebulan


So total overhead kos semua sekali dah RM13,000 sebulan….nie belum lagi kita tentukan lagi sales dan kos bahan mentah.......so breakeven point bisnes kita kena la 2 kali ganda dari kos overhead tadi….maknanya mau tak mau kena dpt sales RM26,000 sebulan…..nie kita amik kira kos bahan mentah 50% dari sales dah belanja dekat RM13,000 utk raw material.....so secara tak langsung dgn kos bahan mentah RM13,000 kita leh buat sales RM26,000 sebulan.....so ngam2 ja utk kita breakeven operation....tolak pi tolak mai ZERO PROFIT.....nie kita amik kira simple calculation....


Kalau dah breakeven apa yang kita dpt kan….takdak apa2 la yg kita dpt so cashflow pun akan maintain ja….tp kena ngat kalau ada financial & investment masa nie la yg akan buat kita pening kepala…..walaupun nampak kita dah capai operational breakeven point tp hakikatnya akan berlaku deficit secara tak sedar…..masa nie la kita pening kena keluarkan duit poket sendiri untuk cover financial & investement cashflow…..silap2 masa nie la kita terpaksa guna dana dari cashflow awal2 yg kita sediakan…..


So kena la make sure bisnes tu reliable dan berpotensi generate more income n sales….jgn harapkan pada breakeven point semata-mata….dalam bisnes kita kena buat duit bukan buat hutang….


So berapa nilai cashflow yang patut kita simpan sebenarnya???? Tang sini la kita semua dah tertewas termasuk la aku sendiri hahahahaha ngatkan modal yg ada dah cukup rupa2nya tak cukupppppp…….


Cashflow yang paling ideal aku syorkan ikut pecahan macam nie….


Tadi kita dah kira contoh kos operasi RM26,000 kan (overhead cost + raw material cost)…..so hangpa leh amik minimum 3 bulan ideal cashflow…..ngat minimum 3 bulan so hangpa kali la RM26,000 x 3 bulan minimum = RM78,000 untuk cashflow utk bertahan minimum 3 bulan - 5 bulan….lebih tinggi nilai cashflow yang ada kat tangan lebih aman sikit nak berniaga….tp kena ngat gak la besaq periuk besaq la nilai kerak dia…..


So kalau 3 - 5 bulan bisnes tu dok deficit bawah dari breakeven point yang kita kira tu hangpa dah leh jawap sendiri la kot samada bisnes tu ok ke tak….bayangkan kalau kita takdak simpanan cashflow yang cun…..peningggggg oooooo…..leh botak kepala….


Apa-apa pun yang kita buat kita kena banyak bersabar....bnykkan D.U.I.T = Doa, Usaha, Ikhtiar & Tawakal....insyaallah kalau bisnes yang kita buat dpt tempat di hati pelanggan kita akan dpt +ve cashflow.....masa nie la kita akan dpt hasilnya yang dikatakan sebagai PROFIT.....leh la enjoy katak lepas tu hahahahaha.....


Setiap kali dah abih operasi bisnes semua duit sales kena masuk dalam kiraan cashflow….then baru tolak ngan semua perbelanjaan….kira untung rugi nie kita kena buat setiap hari tanpa miss.....jangan risauuuuu....kalau ada duit invest sikit pakai Point Of Sales System a.k.a POS System......insyaallah akan banyak membantu.....resit2 perbelanjaan semua kena la simpan untuk semakan dan rekod.......


nak lagi baguih kita punya cashflow dptkan stok atau raw material melalui system kredit 10 hari – 30 hari…..tp amat2 jarang la supplier berani nak bagi kredit term yg jangkamasa macam tu…..tp jgn risau next chapter aku ceritakan macam mana to gain trust with our supplier ek…..


Nie la salah satu experience yang aku dpt dalam bisnes selama 8 tahun….


Sory la kalau terpanjang lak hangpa kena baca hahahahaha


Selamat beraba ehhhhh silap selamat beramal hehehehe…..

Monday, 28 April 2014

Berapa Nilai Rental Opis Atau Kedai Paling Ideal???

Berapa nilai rental opis atau kedai paling ideal??? Soalan nie dari dulu aku dok kaji akhirnya.....Alhamdullilah aku dah dapat jawapan dari pengalaman sendiri dalam bidang bisnes.....building / premise rental dan overhead nie boleh jadi silent killer dalam sesuatu bisnes....rental dah jadi fixed cost yang kita tak leh nak ubah2 lagi dah bila kita dah terjebak amik premise tu sebagai tempat kita nak mulakan perniagaan....


So berapa nilaian paling ideal?????? based on my experience maximum 10% from total sales....makna kata kalau rental RM3,000 sebulan sales minimum kena capai RM30,000 per month.....lagi tinggi nilai rental lagi jenuh kita nak kejaq sales....tp ada cara atau kaedah kita boleh nak minimizekan aliran duit yang keluar untuk tujuan rental nie.....salah satu cara adalah sewa di atas sewa....


cara nie selalu dipraktikkan oleh pengusaha restoran cina dan mamak.....depa akan amik corner lot dalam keluasan minimum 40 kaki x 80 kaki.....di dalam lot premise nie selalunya nilai rental paling cikai pun RM10,000 sebulan dah leh sampai RM25,000 sebulan.....bayangkan nak capai target sales RM100,000 - RM250,000 sebulan....dah macam McDonald punya turn over per month....macam fast food McD, KepCee a.k.a KFC, Pizza Hut, Old Town, Pappa Rich depa takdak masalah untuk capai target sales mcm tu sbb depa dah ada nama dan branding yang cukup kuat......


newcomer mungkin akan bermasalah sikit nak capai sales target mcm tu.....sbb dah terbukti ada newcomer leh capai nilai sales lebih dari RM150,000 per month.....so layak la depa nak pakai premise yang mewah mcm tu....kena ngat di area Lembah Klang nie rumah kedai ground floor paling rendah nak sewa di lokasi strategi paling cikai pun RM4,000 - RM7,000 untuk lot tengah......corner lot jangan citer la.....


so macam mana nak minimizekan kadar aliran tunai yang keluar untuk rental nie......salah satunya mcm aku ckp td sewa di atas sewa.....kita menyewa premise then kita buka lot2 perniagaan kecik pada pengusaha lain macam restoran mamak dan restoran cina....contoh paling ideal leh tgk konsep restoran cina depan Aeon Seri Kembangan.......1 corner lot leh sewakan pada berbelas hingga berpuluh lot pada peniaga lain.....owner restoran just offer air ja.....dari 1 lot kecik tu depa collect RM20 - RM50 sehari.....kalau dah ada 10 lot dah RM200 - RM500 sehari....sebulan dah berapa???? paling cikai pun RM6000 dah ada cash untuk bayaq separuh rental corner lot yang disewa....balance dia top up sendiri la.....ayaq dia dah tibai kaw kaw punya.....tempat duduk n meja paling sikit pun leh tampung untuk 200 org dalam satu-satu masa.....


kalau ada orang leh dpt sales RM3000 - RM5000 sehari untuk lot tengah kita memang dasat la bisnes orang tu....sbb apa aku ckp mcm tu sbbnya lot tengah keluasan tapak agak terhad leh masuk customer pun paling tinggi 40 - 60 orang saja dalam satu2 masa.....kalau buka dari pagi sampai malam insyaallah takdak masalah nak capai target sales mcm tu....kalau buka kul 4pm - 12am agak mustahil sebenarnya....melainkan ada keistimewaan yang buat customer tertarik mai berduyun2 ke restoran tu.....mungkin ada awek dok gelek dalam restoran kot hahahahah.....


sbb tu kita kena kaji sedalam-dalamnya untuk memilih building yang kita nak sewa......bak kata orang tua2 "ukur baju di badan sendiri"....kita kena kaji jangkaan sales yang kita leh dapat dalam sehari, seminggu dan sebulan....dari situ kita akan tau mcm mana tahap operasi kita dan kesesuaian premis yang kita sewa tu cukup sesuai atau tidak.....kalau customer melimpah ruah so dah leh plan utk next outlet cari lot yang lebih besaq dari sebelumnya.....


kena ngat betul2 "ukur baju di badan sendiri" salah langkah rental nie akan jadi penyebab kita garu kepala sampai botak......dah nama pun silent killer mcm kanser mmg bahaya la kan....


oklah nanti kita sambung cerita lain lak ek.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More