Perghhhhh baru 5 hari dah kutip RM5 juta citer Hantu Bonceng nie. Memang dasyat!!! Tapi aku belum tengok lagi citer nie sebenarnya hehehehe. Ikut dari kawan-kawan aku diaorang cakap citer nie memang best wajib tengok. Cakap diaorang ler??? Dato' Siti ngan Datuk 'K' pun dah tengok citer nie malam tadi kat GSC Pavilion KL.
Aku baca kat forum Carigold dan blog BeautifulNara pasal citer nie sekali ada review yang cakap filem nie seperti mempersendakan dan menghina agama Islam. Antara review yang aku amik dari blog BeautifulNara citer ni banyak hina agama islam..wat lawak x beringat..main-main ngan azan..g masjid pakai baju death note yg ade lambang salib tu..ada scene mengucap xhabis..agak2 la wat lawak pown..aku terasa ngan citer ni..sal x sensitif ngan agama ISLAM,tambah2 lagi pelakon dan pengarah nya org ISLAM…ada ke bogel depan hantu kalu jumpe..ni tahyul ****w name nya..org baca la ayat kursi ke hape..nt jawab la esok2 kat akhirat…time tu baru tau lawak ke x..
Antara pelakon yang berlakon dalam filem 'Hantu Bonceng' adalah Zizan Razak, Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie, Tai dan Zahid. Filem nie sedang ditayang di 80 pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, sejak 31 Ogos yang lalu.
Apa komen korang pasal filem nie?