TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Friday 1 July 2011

Lanjutan Kes KFC Tapak Kasut!!!! KFC Keluarkan Kenyataan Rasmi Di FB

Lanjutan dari kes KFC Tapak Kasut nie.....akhirnya pihak KFC dah keluarkan kenyataan rasmi di FB berhubung isu video nie......bagi aku kenyataan dari pihak KFC nie boleh diconsiderkan sebagai rasmi ler......

Diharapkan pihak KFC akan amik tindakan tegas terhadap mana-mana kakitangannya yang melanggar etika kerja.......supaya pengguna takder teraniaya pada masa akan datang......bukan tujuan nak mengaibkan KFC tapi sekadar untuk maklumkan pada KFC supaya lebih serius dan peka dalam aspek prosedur....

Maybe KFC perlu letakkan camera litar tertutup (CCTV) diruangan penyediaan makanan supaya takder lagi isu seperti nie.....yang pasti kakitangan sentiasa dipantau.......kita harap bukan jer KFC akan tambah baik prosedur diaorang......kita juga harap seluruh premis dan franchiser Fast Food yang lain amik initiatif yang sama untuk pertingkatkan tahap kualiti dan kebersihan penyediaan makanan di tempat mereka......sesungguhnya mencari yang HALAL itu adalah difardukan ke atas setiap umat Islam.......Halalan Toyyiban......PEACE NO WAR......


5 Comments
Comments

5 comments:

walaupun pihak kfc ckp nk ambik tndakan. tp perkara ni dh mula buat org ragu2 terhdap produk dia. sy sndiri pun rs geli da nk mkn kfc bila tgk video tu.

setahu aku kt kwsn kitchen tu ad kamera..sbb dlu aq kerja kfc..hurm.. memalukn tul~

on #Transformers3 mood~
http://eleventx.blogspot.com/2011/06/atwr-comic-transformers-dan-blog.html :D

tak semestinya kfc je yang terlibat dlm isu ni. for now kfc yang tertangkap but who knows other franchise/ restoran pon ada pernah terjadi the same issue. pemantauan diperlukan

Pada bulan Oktober tahun lalu, KFC Malaysia telah dihubungi oleh seorang individu yang telah mengemukakan satu salinan klip video yang menayangkan seseorang telah merosakkan hidangan ketika proses penyediaan makanan tersebut. Kami berpendapat bahawa perbuatan menerbitkan klip video itu sebagai berniat jahat dan merupakan serangan terang-terangan terhadap organisasi kami. Kami telah mengambil tindakan segera dan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

Pada 25 Jun baru-baru ini, kami telah mendapati klip video tersebut telah dimuat turun di halaman YouTube.

Pihak kami ingin menegaskan kepada para pelanggan dan orang ramai bahawa kejadian ini merupakan kes terpencil dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Sejak Oktober 2010, pihak kami telah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengelakkan kejadian-kejadian seperti itu berlaku lagi termasuklah dengan memasang televisyen litar tertutup (CCTV) di bahagian dapur restoran-restoran KFC.

KFC akan sentiasa mengekalkan standard kebersihan dan kualiti yang tertinggi dalam semua aspek bisnes kami. Sama ada di Malaysia ataupun di seluruh dunia, anggota-anggota pekerja kami amat berdedikasi untuk terus menyediakan perkhidmatan terbaik, berkualiti dan makanan yang selamat. Kami memandang serius di atas kejadian yang telah berlaku ini. Pihak kami akan sentiasa mengemaskini semula proses-proses pengambilan dan latihan untuk meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada semua pelanggan kami. Pasukan kami yang terdiri daripada 9,700 orang chef dan anggota pekerja lain di seluruh Malaysia akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti seperti yang telah diketahui selama ini.

Bagi pihak KFC Malaysia, pihak kami ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan anda semua.

Pengarah Urusan
KFC Holdings (Malaysia) Bhd

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More