TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Monday, 25 July 2011

Tiket Perlawanan Malaysia vs Singapore Dijual 9 Pagi Esok

Jom kita pakat ramai-ramai beli tiket untuk game Khamis nie.....jom kita penuhkan stadium.....laungkan sokongan korang semua untuk Team Skuad Harimau Malaya......Harimau Malaya pasti mengaum Khamis nie......BEWARE LION.....

Aku akan ada di Stadium Nasional Bukit Jalil bersama-sama penyokong ULTRAS MALAYA.......kita jumpa di sana!!!!!!

KUALA LUMPUR: Tiket untuk perlawanan kedua pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Singapura akan dijual mulai jam 9 pagi esok hingga hari perlawanan pada Khamis ini.


Perlawanan dijadual bermula jam 8.45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.
Menurut kenyataan laman web Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, tiket mulai dijual hingga 27 Julai dari 9 pagi hingga 7 malam di Pintu Utama, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Pintu A, Stadium Shah Alam.

Sementara penjualan dan penebusan tiket dibeli secara dalam talian boleh dibuat di Pintu Kuning, Stadium Nasional Bukit Jalil hingga hari perlawanan.


Tiket terbahagi kepada tiga kategori iaitu RM50 untuk tempat duduk utama (grand stand), RM30 (terbuka) dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.


Peminat yang ingin membeli tiket secara dalam talian boleh berbuat demikian melalui laman web
www.tickethotline.com.my

Malaysia tidak pernah mara ke pusingan akhir Piala Dunia sejak pertama kali beraksi dalam pusingan Kelayakan pada 1974 di Jerman.

Pusingan akhir Piala Dunia 2014 akan berlangsung di Brazil. - BERNAMA 

1 Comments
Comments

1 comments:

prlawnanan penentuan ni..

http://eleventx.blogspot.com/2011/07/prejudge-in-my-mind.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More