TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Tuesday 2 August 2011

Khairul Fahmi a.k.a Apek Penjaga Gol Pilihan Visitor Dezaman Cottage

Walaupun Team Skuad Harimau Malaya tewas secara aggregate 6-4 dengan Singapura minggu lalu aku tetap yakin satu hari nanti team bola sepak Malaysia akan menyinar di arena dunia. Bila kita tengok semangat player main sungguh-sungguh di tengah padang buatkan aku juga bersemangat untuk menyokong diaorang semua biarpun kita tewas. Tewas tak bermakna kita kalah. Yang pasti bila tewas kita akan tahu di mana kelemahan yang perlu kita perbaiki untuk bangkit dan lawan semula pada masa akan datang.

Begitu juga dengan Khairul Fahmi a.k.a Apek tewas atau jatuh agak teruk masa game Malaysia vs Liverpool sebelum nie akhirnya bangkit untuk berjuang bersungguh-sungguh masa game Khamis lepas walaupun kita tewas. Tapi semangat yang ditunjukkan oleh Apek amat dikagumi walaupun dengan kontroversi yang melanda. Jadi memang tak silap lah Rajagobal letak Apek sebagai benteng akhir Khamis lepas.

Jadi kiranya betullah penilaian visitor Dezaman Cottage atas pilihan diaorang semua. Akhirnya apa yang korang idamkan masa game Khamis lepas tercapai sudah. Secara keseluruhannya Apek menjadi pilihan visitor Dezaman Cottage. Sory ler yer aku lambat update vote nie sebab banyak keje wehhhhh. Terima kasih kepada korang semua sebab sudi vote. Terima kasih sekali lagi. 


0 Comments
Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More