TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Saturday, 13 August 2011

Oh Kampung Halaman: Catatan Perjalanan Dari Kuala Lumpur Ke Rengit Batu Pahat

Alhamdullilah baru jer sampai kat rumah orang tua wife aku kat Rengit Johor. Memandangkan Raya Aidilfitri tahun nie turn aku so seperti biasa aku ngan wife confirm akan balik 2 minggu atau seminggu awal untuk berpuasa kat rumah orang tua kami. Ye lah jauh sehhhh. Cinta Kutub Utara Kutub Selatan. Menetap kat garisan khatulistiwa hehehehe. Nak adil ler katakan.

Kampung aku kat Parit Buntar, Perak & Penang. Wife aku Rengit, Batu Pahat. Jauh tu kalau seminggu nak beraya. Takkan nak raya 3 hari Johor 3 hari Penang. Sehari lagi abih kat perjalanan jer. Tak berbaloiiiii. So nak adil kena ler gilir-gilir. Dah 8 kali puasa gilir-gilir. Alhamdullilah semuanya masih dalam perancangan sejak kawin lagi. Huishhh korang jangan ingat takder kontrak hehehehe siap ada perjanjian lawyer matikan setem hasil lagi tu hehehehehe. Part tu aku kelentong jer hahahaha.

Hari nie adik aku kimi & adik wife aku Nurul Atiqah join jurney kami dari KL ke Batu Pahat. So berempat ler balik ke Johor. Sebelum nak gerak ujan lebat sepanjang perjalanan. Singgah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS atau nama sebelumnyer KISDAR) amik adik ipar aku dulu then terus ke UTEM lak amik adik aku lak. Dah sampai kat Melaka dah kul 10 lebih. Alang-alang dah sampai kat Melaka seperti biasa aku mesti cariiiii IKAN BAKAR kat UMBAI. Dah plan dalam jadual dari rumah memang nak singgah.

Medan Ikan Bakar Parameswara sentiasa jadi pilihan aku kalau nak melantak ikan bakar. Sekalai tutup awal lak dah. Baru aku tau banyak medan ikan bakar tutup maybe diaorang buka masa berbuka puasa je kot. So aku belasah jer medan ikan bakar yang ada kat situ. Lupa lak nak nama kedai. Sampai nak amik gambar pun terlupa sebab lapar sehhhh. Dari KL berbuka ngan roti telur 3 keping ngan air kotak jer. Makan leh katakan sedap gak. So licin semua yang diorder. Aku order 1 bungkus untuk sahur nanti.

Sampai rumah jer aku terus update kat sini sebagai catatan perjalanan dari Kuala Lumpur Ke Rengit Batu Pahat. Insyallah esok kalau ada perkara menarik kat Rengit atau Batu Pahat aku maklumkan kat sini untuk tatapan korang. Mana tahu satu hari nanti korang datang atau tersesat kat area nie nanti ke leh singgah tempat yang aku suggest hehehehe. 
Oklah aku nak tidoq mata dah ngantuk kita jumpa lagi esok.....caucincau.....selamat bersahur dan selamat berpuasa.....Asssalamualaikum.

1 Comments
Comments

1 comments:

Salam..

Selamat pulang ke kampung... selalu ke Rengit, kampung saya tak jauh pun (Ayer Baloi) lagipun ada kawan di Rengit tu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More