TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Saturday 13 August 2011

Politik : Bekas komando TUDM Pula Dedah Penipuan Undi Pos

Tadi masa nak sahur aku baca artikel pasal isu nie kat HarakahDaily. Macam-macam hal sekarang nie ek. Nampaknyer bahang Pilihan Raya Umum ke 13 makin hampir. Pihak SPR wajib jawab pasal isu nie. Kalau betul malu seh!!!! Kalau tak betul pihak yang terbitkan isu nie wajib mohon maaf. Jom kita tengok sapa yang kena!!!!!

Yang mana dah cukup umur dan layak untuk mengundi tu dah boleh buat semakan daftar pemilih. Meh check status Semakan Daftar Pemilih korang kat
SINI.

"Saya berani tanggung risiko kerana menegakan kebenaran. Buat apa takut untuk berhadapan dengan penipuan sebab merekalah yang sebenarnya patut malu kerana bertindak sebagai pengkhianat memangkah undi pos tanpa pengetahuan si pengundi," ujar pesara komando Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mohd Kamel Haji Omar (gambar) yang berpangkalan di Butterworth.

Beliau ketika menceritakan detik-detik yang berlaku pada pilihan raya umum ke-10 iaitu tahun tsunami politik Malaysia 1999 menjelaskan, undi pos memang talian hayat Umno dan Barisan Nasional (BN) seandainya rakyat berpaling tadah tidak menyokong parti pemerintah.

Jelasnya, semua itu berlaku di hadapan matanya sendiri ketika diberikan amanah menjaga uncang undi pos sebelum dibawa ke tempat pengiraan.

Menurut beliau, tidak dinafikan memang tiada penipuan ketika dihari pengundian secara pos kerana ada wakil parti yang bertanding tetapi ianya berlaku setelah uncang berkenaan dikumpul untuk dibawa di hari pengundian sesuatu pilihan raya sebenar.

"Di hari tersebutlah pegawai dan orang pangkat bawah bertungkus lumus buat kerja memangkah kertas undi yang tiada bertuan atau lebihan kertas undi kerana si pengundi berpindah tempat kerja atau tidak datang menunaikan amanah kepada negara," tambahnya.

Contohnya, kata beliau satu uncang itu patut diisi 1,500 pengundi pos tetapi yang datang mengundi sekitar 1,000 orang sahaja. Maka, lebihan 500 undi lagi dipangkah oleh individu lain.

Beliau terkejut apabila melihatnya sendiri setelah kembali dari tugasan mengambil uncang undi pos daripada pasukan lain seperti tentera laut dan darat di sebelah pulau untuk dikumpul di pangkalan TUDM, Butterworth.
 

2 Comments
Comments

2 comments:

bila udah lama berkuasa cmnilah jadinye..bnyk lagi pendedahan dah..tp kte rakyat lansung x diendahkan...

Aku diantara orang yang tahu cerita ini dari mana? rahsia ini dimaklumkan kepada aku selepas pilihanraya ke 10 untuk Teluk Air Tawar oleh Kamil Alkalken, jadi pengakuan Kamil adalah benar, TAKBIR!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More