TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Sunday 2 October 2011

Adibah Noor Dan Adflin Sauki Kesal Dengan Namawee a.k.a Wee Meng Chee

Adoiiiii!!!! Namawee lagi. Macam pernah aku dengar nama ini tapi di mana yer!!!! Tak abih-abih lagi isu Namawee nie kan.


Kali nie Adibah Noor dan Adflin Sauki pulak melahirkan rasa kesalnya kerana gagal pimpin si Namawee a.k.a Wee Meng Chee. Mamat nie boleh dipimpin ke???? Tahu pun rasa kesal!!!! Sesungguhnya pada aku memang Namawee nie jenis manusia yang kurang kesedaran sivik. Mesti masa belajar kat sekolah dulu lari kelas Moral gamaknyer. Tu pasal jadi macam nie.

Aku hargai niat murni Adibah Noor dan Afdlin Shauki nak pimpin mangkuk bertingkat bernama Namawee nie. Tapi ramai dah boleh agak mangkuk bertingkat nie memang payah nak dilentur dah sebab dah jadi "buluh betong". Kalau rebung tu boleh lagi ler nak dilentur-lentur. Dah jadi "buluh betong" nie alamatnyer payah ler nak dilentur lagi.

Dah ler buat taik pada rakyat Malaysia dengan video kontroversi tu....minta maaf harap takder langsung!!!!! Video minta maaf sampai ke sudah tak keluar-keluar lagi. Itu ke yang Adibah Noor dan Afdlin Shauki nampak seorang pemuda berstatus mangkuk bertingkat boleh dilentur dan boleh dipimpin???? Habaq mai kat chek sat.

Kat situ jer dah jelas menampakkan memang Namawee seorang yang betul-betul ego dan tak tahu nak menghormati sentimen perihal agama, bangsa dan kenegaraan kita semua sebagai rakyat Malaysia. Harap lepas-lepas nie artis Melayu di Malaysia akan lebih berhati-hati untuk menyatakan sokongan pada mana-mana individu seperti Namawee yang suka buat onar pada masa akan datang. 


"Saya kesal dua perkara," kata Adibah Noor bila diminta memberi komen tentang tindakan Namewee meluahkan perasaan amarahnya terhadap seorang wartawan Utusan di YouTube beberapa hari lalu. 

"Satu, Namewee tidak mampu kawal panas barannya. Kedua, kita yang dapat menghampirinya masih tidak dapat pimpin dia. 'Kita' merujuk kepada sesiapa yang dapat berjumpa dan bekerjasama dengannya.

"Seperti bila bekerjasama di dalam filem 'Nasi Lemak 2.0', saya cuba tunjukkan yang bangsa kita tidak seperti yang disangka, that 'Hello, boy. Wake up, everyone is just like you.'
 
"Bila dapat tahu (tentang video itu), 'Alamak, apa budak ni nak buat.' Rilekslah dulu. Jika masyarakat nak benci, biarlah. Tapi cuba fahami where he's coming from.

"Baik saya mahupun Afdlin (Shauki) tidak menyokong tindakannya. Kita tak suka but what are we doing about it? Adakah kita nak biarkan dia menjerit seorang diri? Atau adakah kita akan pimpinnya? Sebaiknya, kita duduk dengannya, cakap cara baik dan tanya, bagaimana kita boleh menolong anda." 

SUMBER: GUA

0 Comments
Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More