Salam 1Malaysia semua. Tadi pagi aku dan wife sempat layan sarapan roti canai cicah kari kambing kat kedai bawah pokok ceri Bangi. Perghhhhhh marbeles seh!!!! Sib baik kari kambing feveret aku ada hehehehe. Memang ngetop doh!!!
Tengah aku layan sarapan pagi tu sambil ditemani surat khabar Utusan Malaysia sekali aku jumpa satu artikel yang memang best dan marbeles. Kisah Seorang Budak Cina. Tajuk tak leh blah hehehehe. Terus jer aku membaca perghhhhh memang sesuai sangat artikel tu.
Kisah Seorang Budak Cina yang tak sedar diri rupernyer sapa lagi kalau bukan Namawee a.k.a Wee Meng Chee. Adoiiiiii mangkuk hayun bertingkat nie lagi rupernyer. Balik-balik Namawee a.k.a Wee Meng Chee macam dah takder nama lain lak hehehehe.
Itu ler sapa suruh jolok sarang tebuan. Kan sekarang nie dah mula kena sengat sana sini. Baru hang tau sakit kena sengat. Sebelum nie suka sangat cari pasal. Dah kena sengat mula nak melalak tak tentu pasal. OOOOOO masa hang dok usik-usik sarang tebuan hang tak ngat dunia. Sekarang nie bila hang dah kena sengat baru hang nak marah kat tebuan-tebuan yang sengat hang. "Bolooooo punya bulak...."
Namawee a.k.a Wee Meng Chee ada ke cakap dia minta maaf pada semua rakyat Malaysia pasal isu lagu-lagu dia yang kontroversi tu. Ada ker???? Ada ker Namawee a.k.a Wee Meng Chee buat video mohon maaf pada rakyat Malaysia???? Ada ker???? Mana video lu Namawee a.k.a Wee Meng Chee. Bila lu nak buat video minta maaf secara terbuka pada seluruh rakyat Malaysia???? Bila lagi bro????
Apa yang aku nampak bila kena kat Namawee a.k.a Wee Meng Chee nie secepat sungguh dia buat video upload kat youtube macam kes baru-baru nie. Sebab dia tak puas hati dengan wartawan Utusan Fauziah Arof. Dia suka-suka hati jer nak maki hamun orang lain. Leh baca kat sini Namawee a.k.a Wee Meng Chee Mengamuk Pasal Nasi Lemak 2.0.
Adoiiiii tahu lak dia nak melalak mengamuk bila dah kena tibai. Pada Namawee a.k.a Wee Meng Chee sudah-sudah ler bro. Kalau betul bro Namawee a.k.a Wee Meng Chee dah berubah tunjukkan perubahan tu pada semua. Cuba control perasaan marah tu elok-elok. Takdak guna lu bikin panas bro. Nanti lagi lu kena tibai.
Bro Afdlin Shauki pun ada cakap bagi peluang pada Namawee a.k.a Wee Meng Chee. Yes bro Afdlin....aku leh terima pandangan bro atas dasar "bagi peluang". Tapi sekarang nie cuba bro Afdlin tengok balik komen dan makian yang Namawee a.k.a Wee Meng Chee dah keluarkan pada Fauziah Arof.
Aku ada satu soalan pada bro Afdlin Shauki. Adakah betul Namawee a.k.a Wee Meng Chee boleh berubah dan boleh diberikan peluang macam mana bro cakapkan tu???? Apa pandangan bro???? Rasanya bro sendiri ada jawapannyer. Selamat maju jaya dalam filem-filem akan datang.
Kisah seorang budak CinaOleh Siti JarumBEBERAPA orang kawan Siti orang Cina berasa segan dan malu kepada Siti. Mereka semua Siti kelaskan sebagai kawan yang baik, berhemah dan pekerti mulia. Kebaikan yang ditunjukkan bukan dibuat-buat. Tapi mereka malu dengan angkara seorang budak Cina.
Siti kata kepada mereka, walaupun sepohon nangka dari benih yang baik tapi ada juga buah yang busuk dan berulat. Siti sama sekali tak melihat perangai seorang budak Cina sebagai cermin kepada orang Cina seluruhnya. Siti juga kata kepada mereka, budak Cina yang seorang itu adalah buah nangka busuk dan berulat. Memang tidak berguna. Ulang lagi, memang tak berguna.Budak Cina ini kalau dilahirkan sebagai Melayu atau India pun dia akan buat perangai yang sama. Perangai tak sedar diri dan maki hamun orang tak tentu pasal. Dia pernah berkata dalam klip videonya bahawa Melayu ini keturunan Sakai. Bagi Siti, yang jadi masalah bukan keturunan tapi perangai.
Tengoklah, dia anggap Melayu keturunan Sakai. Kononnya orang Melayu ini hina dan tak bertamadun. Kalau tengok perangai dia pula, bagi Siti, orang Sakai jauh lebih bertamadun. Orang Sakai sedar diri, tapi budak Cina yang seorang ini tak sedar diri. Kalau nak suburkan budaya maki hamun, negara ini bukanlah tempatnya. Dengan kata yang lebih manis, boleh berambuslah, negara ini tak rugi setengah sen pun. Pergilah ke Taiwan atau Macau, kalau takut ke China. Kalau di China, orang perangai macam ini memang tak lama.Dia pernah berdosa kepada negara ini, dia derhaka apabila lagu kebangsaan dicerca. Kalau di negara lain, budak ini telah dikenakan hukuman berat. Tapi entah mana silapnya, budak ini jangan kata nak dicubit, dicuit pun tidak. Biarpun dia kata Melayu keturunan Sakai, tapi dia bebas. Kalau orang Melayu gila macam dia, tentu teruk budak Cina ini dikerjakan. Tapi Melayu tak begitu. Buktinya budak Cina yang sangat biadab ini bergerak bebas malah boleh buat filem, bebas masuk Parlimen dan macam-macam lagilah.
Bila dia buat filem, ambil pelakon Melayu juga. Masalahnya pelakon Melayu itu pun tak sedar diri, suruh pula orang memaafkan budak Cina ini. Siti fikir kalau tak berlakon filem nasi basi itu pun pelakon-pelakon Melayu itu tak mati kebulur. Siti ada tengok filem dia, tapi tak usah cakaplah. Filem itu elok tayang dalam jamban saja.Siti harap kawan-kawan Siti kalangan orang Cina jangan segan dengan Siti. Budak nangka busuk dan berulat ini tak mewakili keturunannya. Tengoklah, orang Cina pun malu dengan kelakuan budak nangka busuk ini. Tapi biasalah, kerana ada “hal-hal” lain, nangka busuk ini dapat kelebihan. Biar pun mencerca lagu Negaraku, dia tidak diapa-apakan. Ini salah orang kita juga yang takut sangat harga saham politik merudum hingga membiarkan orang pijak kepala. Kononnya budak Cina ini ada nilai saham politik. Sebab itu tak ada siapa yang ambil tindakan. Peliknya yang ada kuasa tak berani guna kuasa, takut dan menggigil kerana nak jaga periuk nasi politik. Demikianlah secebis kisah dari bercebis-cebis yang membuatkan Siti sangat marah.
SITI JARUM: Jahit mulut siapa yang celupar.