TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Friday, 22 July 2011

Tips: 4 Kali Hit Top Featured Posts Innit

Korang tengok screenshot kat atas tu tau tapi jangan jeles yer hehehehe. Sebenarnya dah 4 kali aku dapat Hit Top Featured Posts Innit. Yang terbaru aku dapat 3 hari lepas.

So kali nie aku nak share ngan korang dalam ruangan TIPS BLOGGER bagaimana aku yang tak berapa nak terer nie leh 4 kali Hit Top Featured Posts Innit. Rasa macam tak percaya pun ada gak. So macam mana yer aku buat????

Korang leh ler kalau nak ikut ke idak langkah-langkah yang aku selalu buat.
  1. Make sure korang buat entry post yang gempak, bombastic, catchy dan seangkatannyer. Contohnyer 40,000++ Pageviews Dalam Masa Singkat. Selalunya visitor kat Innit nie akan tertarik nak tahu macam mana blogger nie leh dapat 40,000 Pageviews Dalam Masa Singkat ek. So kat situ dah ada daya penarik untuk tarik visitor datang untuk NANG IT post korang tu.
  2. Korang kena make sure yang entry post korang tu tak menipu visitor. Visitor nie sekali dah kena tipu tu ok lagi. Kalau dah kerap sangat kena tipu mampuih ler wehhhhh diaorang nak singgah lagi. Contoh kat post blog korang tajuk macam kat atas tu tapi isi kat dalam post korang merapu meraban pasal benda lain. Alamatnya visitor akan cop korang nie nak menipu traffic so diaorang akan mula jauhkan diri dari NANG IT post korang lepas nie.
  3. Make sure korang ADD NEW POST kat Innit seboleh-bolehnya tepat kul 12.00 tengah malam. Kenapa kena tepat kul 12.00 tengah malam???? Sebabnyer mudah jer. Innit akan reset semua post tarikh sebelumnyer. So korang akan dapat fresh NEW POST yang belum  atau kurang di NANG IT oleh sesiapa lagi. Bayangkan korang ada 1 post yang tajuk bombastic giler tapi korang gie add jam 11.00 malam tak ke rugi. Sapa nak NANG IT post jam 11.00 malam. Sampai kesudah ler post korang tak leh nak lawan post yang dah dapat 10 NANGED ke atas. So jangan merugikan post berharga korang semua. Tunggu jer sampai kul 12.00 tengah malam.
  4. Bila dah ADD NEW POST tu pandai-pandai ler korang NANG IT post korang tu. Rugi kalau korang tak NANG IT. Itu salah satu daya tarikan gak. Sebab lepas korang NANG IT walaupun 1 NANGED, confirm dalam masa singkat nie post korang akan ada dalam list Featured Posts. So dah ada sikit mileage kat situ. Kalau ada blogger lain yang nak ADD NEW POST pasti akan nampak post korang dah duduk dalam list tu. So terpulang ler pada daya tarikan tajuk entry korang tu. Kalau tajuk gempak macam aku cakap tu confirm akan ada yang klik dan terus NANG IT post korang. Selalunya kalau dah ada 6 - 10 NANGED kat entry post korang sehingga jam 1.00 pagi maknanya post tu akan kekal selama seharian insyallah. So korang dah leh relax tengok ler hasil traffic yang akan masuk dari Innit ke blog korang. Waktu 12.00 malam nie kat Innit akan dipenuhi oleh blogger-blogger yang nak submit new post. Korang bayang ler berapa ramai. So tak mustahil kurang dari sejam selepas korang add post dah ada 3 - 4 orang dah NANGED post tu. Waktu tu semua orang berebut-rebut wehhhhhh.
  5. Yang nie pun penting gak. Rajin-rajin ler visit post orang lain dan rajin-rajin lah juga NANG IT post orang lain yer. Jangan lupa untuk NANG IT post orang yang dah NANGED post kita. Bak kata pepatah "Orang berbudi Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa". Kan sama-sama untung.
So aku harap ngan tips yang tak seberapa nie dapat membantu korang menuju ke puncak FEATURED POSTS INNIT. Cehhhhh!!!!! macam ler terer sangat ko nie nak bagi tips kat korang hahahahahaha.

Selamat cuba try test hehehehe.

5 Comments
Comments

5 comments:

posts saya pun tak boleh hit kat featured.. lol

ini dia top markatop tips dari pakar innit. thank for sharing this bro.sangat berguna buat newbie macam saya ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More