TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Tuesday 6 January 2015

Lagi Pesawat Air Asia Indonesia Bermasalah



Mengikut berita dari Astro Awani berlaku sekali lagi masalah teknikal pada salah sebuah pesawat Air Asia Indonesia untuk penerbangan dari Surabaya ke Bandung Indonesia.

Dikhabarkan pesawat ini menghadapi masalah teknikal ketika hendak berlepas dan juruterbang terpaksa membatalkan penerbangan yang akan berlepas dari Lapangan Terbang Bandara Juanda.

Walaupun masalah teknikal berjaya dibaiki namun majoriti penumpang terpaksa membatalkan penerbangan mereka disebabkan khuatir dengan keselamatan ketika penerbangan ke Bandung.

Nampaknya lepas nie orang Indonesia dah tak berani nak menggunakan perkhidmatan penerbangan dengan Air Asia. Makin menjadi-jadi masalah sekarang nie melibatkan syarikat Air Asia Indonesia.

Perkara nie juga akan pasti menyebabkan jumlah penumpang Air Asia akan berkurangan disebabkan masalah seperti nie. Tambahan pulak QZ8501 telah disahkan terhempas di perairan Indonesia dan masih belum dijumpai pesawat malang tersebut.

0 Comments
Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More