TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Tuesday 26 July 2011

Salam Takziah Buat Keluarga Arwah Syamiel Afify (Sam Fiffy)


Aku baru jer balik dari melawat jenazah di Hospital Serdang jap tadi.....sebenarnya malam tadi wife aku dapat berita sedih salah sorang anak murid dia telah kembali ke Rahmahtullah akibat kemalangan maut langgar lari.....so aku ngan wife terus ke hospital untuk melawat dan menziarahi keluarga arwah......kemalangan nie berlaku kat jalan besar Seri Kembangan berhampiran flyover menghala ke kawasan perumahan JUSCO Taman Equine......

Arwah menunggang motosikal semasa kemalangan......dipercayai arwah dilanggar lari oleh sebuah lori di kawasan tu.....kalau korang semua yang ada lalu kat kawasan tu dan nampak kejadian nie boleh hubungi Balai Polis Seri Kembangan yer.....sedih rasanya memandangkan umur arwah baru 17 tahun sama sebaya ngan adik aku yang bongsu.....tahun nie akan amik SPM.....

Dah ler tak berapa hari lagi kita semua akan menjalani ibadah puasa.....bayangkan perasaan ibu, bapa, adik-adik dan sedara mara arwah.....harap semua ahli keluarga arwah tabah menghadapi dugaan dari Allah.....sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan menemui ajalnya kelak dan kembali kepada Yang Maha Pencipta......

Semoga Allah mengampunkan segala dosa arwah sepanjang hayatnya.....semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh pada Allah......mohon jasa baik korang semua untuk sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Syamiel Afify (Sam Fiffy).....

AL-FATIHAH

3 Comments
Comments

3 comments:

Ya Allah, muda lagi arwah rupenye.. Semoga keluarga arwah menerima semua ni dengan hati yang redha.. segala apa yg terjadi pasti ada hikmah nye.. Al fatihah...

Innalillah.... Al-Fatihah... Amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More