TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Tuesday 24 May 2011

Gaji Menteri & Timbalan Menteri Di Malaysia

Tengah jalan-jalan sambil 'round' punya 'round' teman terhenti kat blog nie......terbacalah teman akan perihal artikel seperti di bawah nie......hatta ternganga jap mulut teman bila tengok apa yang terpancar ibarat terangnya sinar mentari hahahahaha bermadah ler pulak......malas nak komen panjang-panjang.....korang baca ler sendiri......


P/S: Teman seduk 100% info di bawah nie dari blog berkenaan......<<<KLIK SUMBER>>> untuk makluman rujukan lanjut.....samada benar atau tak butiran kesahihan maklumat nie........teman tak berani nak sahkan............hanya mereka yang tertentu saja boleh sahkan.......PEACE NO WAR

Gaji Menteri-Menteri Di Malaysia

Sunday, November 25, 2007, posted by kei


Untuk makluman semua ini adalah pendedahan dari salah
seorang Pegawai Bahagian Kewangan, Di Jabatan Perdana
Menteri. Pendedahan ini mengenai Slip Pendapatan
Bulanan Menteri dan Timbalan Menteri di Malaysia.
Hanya pegawai-pegawai tertentu sahaja dibenarkan
menguruskan maklumat ini, walaupun mereka itu adalah
PA kepada Menteri.

Kakitangan perkeranian tidak mengetahui, sebab slip
pendapatan bulan masing-masing diberi dengan sampul
surat tertutup. Maklumat ini adalah dari kawan-kawan
di Jabatan Audit Negara, Perbendaharaan Malaysia,
Bahagian Kabinet Jabatan Perdana Menteri serta
Bahagian Pentadbiran Kewangan Parlimen Malaysia.

Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia
termasuk Ketua-Ketua Menteri

1. Gaji Pokok RM18,000 – sulit untuk public, tidak
boleh didedah kepada orang awam (OSA) akhbar ditegah
mendedahkannya. Terikat dengan akta Parliment

2. Elaun Keraian RM10,500.00 – tidak sulit, pendedahan
harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM10,800.00 – tidak sulit -
pendedahan harus berhati-hati Kebanyakan menteri ada
rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka
sajalah

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 – tidak sulit tapi
tidak orang semua tahu.

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yang wajib
terima samada sakit atau tidak kerja.

Lain-lain kemudahan

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama
selepas persidangan Dewan Negara, semua perbelanjaan
ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,
hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak
bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut
sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan
Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan
Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dan
lain-lain boleh dituntut setahun sekali sebanyak
RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dengan
talipon bimbit, satu driver, minyak percuma. Kalau
pakai pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.

7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan,
kematian, atau pemberian kepada badan-badan kebajikan
boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya,
segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan.
Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak
RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk
elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri

1. Gaji Pokok RM15,000 – sulit untuk public,tidak
boleh didedah kepada orang awam (OSA) akhbar ditegah
mendedahkannya. Terikat dengan akta Parliment

2. Elaun Keraian RM9,500.00 – tidak sulit, pendedahan
harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM9,800.00 – tidak sulit-
pendedahan harus berhati-hati Kebanyakan menteri ada
rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket saja lah,
poket sendiri

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 – tidak sulit

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yang wajib
terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.

Lain-lain hal

Maklumat diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang
menteri pada tahun 1999. Saya rasa terdapat sedikit
sebanyak perubahan sehingga sekarang. Pendapatan
diatas tidak termasuk dari lain-lain sumber seperti
berikut:

1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan.
2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik.
3. Pedapatan dari syarikat persendirian seperti
kontrak dan lain-lain.
4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi.
5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak
300,000 unit setiap masa.
6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara.
7. Lain-lain sumber.

OFFICER INCHARGE
Bahagian Kewangan
Jabatan Perdana Menteri
Putera Jaya
Wilayah Persekutuan

*Penulis saja2 jer posting citer ni..x tau lah betul atau tidak…bagi penulis mahal macamana sekali pun gaji mereka adalah berbaloi jika segala tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka dilakukan secara adil,telus dan saksama..jika tidak…..?

0 Comments
Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More