TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Friday, 20 May 2011

Pulau Bidong " A Boat People Legacy"

 Hari nie tengah aku online sambil membaca aku terjumpa satu post dalam satu forum yang menarik hati aku untuk berkongsi bersama-sama ngan semua pembaca cerita "ORANG HANYUT" ke perairan Malaysia satu masa dulu.....maybe ramai yang tak tahu sejarah kisah nie......jadi aku amik detail post dari forum berkenaan khas untuk tatapan korang semua......





Orang Hanyut merupakan orang yang menjadi pelarian (orang vietnam) semasa negara mereka mengalami pergolakan dan
krisis komunis.

Peristiwa ini dikatakan berlaku sekitar tahun 1950-an dan berlarutan selepas beberapa tahun berikutnya.

Terdapat juga catatan yang menyatakan bahawa peristiwa hitam ini bermula pada tahun 1975. Pelarian vietnam mula mendarat di Pulau Perhentian,Terengganu apabila sekumpulan pelarian yang berjaya tiba dari vietnam. Pulau Bidong juga menjadi sebuah tempat pelarian vietnam pada masa itu

Ia kemudiannya diikuti oleh beberapa siri pendaratan lain sehingga meningkat kepada 1,400 pelarian pada 1977. Pada Ogos 1978, melalui pewartaan PU(A) 227, kerajaan negeri Terengganu bersetuju mengistiharkan pulai Bidung sebagai pusat penempatan pelarian Vietnam.

Orang Hanyut ini juga dikatakan mula mendarat di Pantai Seri Tujoh,Tumpat pada tahun 1950-an. Ini diperkuatkan lagi dengan pembinaan tugu peringatan pelarian vietnam yang terdapat di sini


Pada masa itu,mereka melarikan diri melalui jalan darat dan jalan laut. Kebanyakannya mereka menaiki tongkang,dan bot nelayan kecil untuk sampai ke negara-nagara lain termasuk Malaysia. Jumlah pelarian paling tinggi pada sesuatu pelayaran adalah pendaratan kapal Hai Hong di Pelabuhan Klang pada November 1978 dengan sejumlah 2,400 pelarian di atasnya.





FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEDATANGAN
ORANG HANYUT

-kejatuhan kerajaan demokratik vietnam
yang disokong oleh Amerika ke tangan
komunis vietnam utara pada tahun 1975.

-kehidupan rakyat menjadi kucar-kacir.

-disebabkan kehidupan tidak terurus,mereka
sanggup merantau ke negara lain untuk membina
hidup baru di sana.

-pergolakan yang besar berlaku di negara mereka menyebabkan ratusan nyawa terkorban.

-mereka yang terselamat telah meninggalkan negara sendiri untuk menyelamatkan nyawa

KESAN KEPADA NEGARA

Pulau Bidung telah diisytiharkan sebagai ‘pulau larangan.’

Negara kita menerima lebih banyak pendatang tanpa izin setiap tahun nelayan tidak dibenarkan menggunakan perairan Pulau Bidung untuk menjalankan kegiatan mereka.

Di antara 1978-1990 jumlah pendaratan pelarian Vietnam ke Malaysia adalah 252,390 dan seramai 4,535 bayi
direkodkan kelahirannya.

Pulau Bidong dikosongkan sepenuhnya pada 1991.







tinggalan pelarian Vietnam di Pulau Bidong

0 Comments
Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More