TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Thursday, 23 June 2011

Saya Sayang Family Saya

Tiba-tiba aku teringat family aku dan family mertua di kampung. Apa kabar kedua-dua orang tuaku yer?. Abah aku baru jer sembuh dari jalani bypass jantung kat Hospital Besar Pulau Pinang pada bulan March 2011. Terima kasih yang tak terhingga khas buat seluruh kakitangan dan Doktor Pakar Jantung yang terlibat dalam proses operation bypass berkenaan. Alhamdullilah semua bentuk dalam setiap detik yang cemas, risau, takut, sedih dan sebagainya dapat kami sekeluarga tempuh dengan redha dan tabah. Hanya Allah saja Yang Maha
Mengetahui apa yang terdetik di hati kami sekeluarga menanti setiap saat semasa operation dijalankan. Alhamdullilah aku amat bersyukur pada Allah dengan izinNya abah aku selamat menjalani major operation.


Gambar sebelah family aku

Gambar sebelah family wife aku

Baru aku paham betapa risaunya perasaan seorang anak bila menghadapi dugaan seperti nie. Apa tidaknya orang yang kita sayang ketika tu betul-betul takdirnya berada dalam ketentuan Illahi anytime jer boleh meninggalkan kita semua pada bila-bila masa. Alhamdullilah semuanya selamat.

Dalam kelegaan kami sekeluarga mengharungi dugaan tiba-tiba jer sebulan selepas abah aku recover dari operation pakcik aku dijemput Ilahi akibat serangan jantung secara mengejut. Bayangkan pula perasaan abah aku pada masa tu. Aku masih ingat lagi ketika tu abah aku ada cakap "Abah yang sakit mamu hangpa yang Allah ambil". Sedih sungguh aku dengar rintihan abah aku pada masa tu.

Masih terngiang-ngiang kat telinga aku nie dengar amanat terakhir dari arwah pakcik aku. "Kami semua hidup tak lama dah. Bila-bila masa ja boleh mati. Kami dah sediakan platform KIZ nie hangpa semua jaga la elok-elok. Rapatkan hubungan semua adik beradik ngan sedara mara. Cara nie ja hangpa boleh kenal sedara mara dalam family KIZ". Kalau aku ingat balik amanat terakhir nie sebak hati aku. Pakcik aku nie tak makan KFC kalau korang nak tahu. Tapi sebulan sebelum dia meninggal dia makan KFC yang aku ngan adik-adik aku beli. Masa tu kami berkumpul kat umah makcik aku di Penang lepas melawat abah aku kat Hospital Besar Penang. Masa tu ler dia pesan amanat tu.

Apa-apa pun bagi aku sayangilah family kita semua. Hargailah setiap saat dan detik ketika kita bersama setiap ahli keluarga kita kerana setiap saat dan detik tu adalah kenangan yang amat berharga dan yang pasti satu hari nanti akan jadi memori dan kenangan abadi yang akan kekal dalam kotak minda dan jiwa kita selama-lamanya. Yang pasti saat-saat tu tak akan kembali dan hanya kekal sebagai memori abadi.

SAYA SAYANG FAMILY SAYA

CERMIN MATA TERAPI
PENYELESAIAN KEPADA MEREKA YANG RABUN JAUH, DEKAT & SILAU

2 Comments
Comments

2 comments:

sebak rasa baca entry ni..saya pun rindu mak saya... ayah dah lama tak hiraukan kami malah kami dibuang oleh ayah..mujur ada mak...walaupun mak pernah lukakan hati kami adik beradik, kami tetap sayang mak...

http://suezdairy.blogspot.com

salam kenal,
suez

sedih apabila terbaca empunya crta....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More