TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Saturday, 2 July 2011

Dah Lama Tak Naik LRT

Perghhhhhh!!!! Rasanya dah lama aku tak naik LRT.....giler lahhhh!!!!......saja hari nie layan naik LRT ke The Mall.......mulanya aku nak drive jer terus ke The Mall.....sampai kat tol Besraya tah macam mana ada dorongan dalam hati berkata-kata cewahhhhh berkata-kata siottt!!! hahahaha......lama tak naik LRT jom kita CUBA TRY TEST tengokkkkk!!!!!......rupernya best gak layan naik LRT ke KL area nie......mudah, cepat, mesra alam, selamat, jimat masa dan segala-galanyer lahhhh......yang paling penting dapat elakkan diri dari terperangkap dalam kesesakan jalan raya.........sapa tak kenal KL "Kota Metropolitan & Raja Segala Kesesakan Jalan Raya Di Malaysia"......

Sekali-sekala naik LRT best gak ek......hanya sesak sikit jer masa nak balik tadi......padat gak ler macam sardin dalam tin......rasanya elok pihak LRT amik initiatif untuk sediakan tren khas untuk asingkan penumpang lelaki dan wanita sepertimana yang dilaksanakan oleh pihak KTM-KOMUTER.......dari pemerhatian aku sebenarnya dah sampai masanya pihak LRT berbuat demikian.......tak salah kot.......bukan apa dalam bersesak-sesak nie kita tak tahu niat setiap individu kat dalam tren tu......maybe ada yang nak amik kesempatan sapa tahu kan......maybe nak men"cilok" beg duit dan sebagainya kan......tak mustahil perkara nie boleh berlaku......

Sebenarnya aku ke The Mall atas jemputan pihak PPIM.......so ada perjumpaan secara tak rasmi ngan wakil PPIM iaitu Datuk Nadzim Johan & En William Huee berhubung isu Astro......Astro lagi......adoiiii!!!!! tak abih-abih Astro nie bikin "menyirap" darah semua pengguna kat Malaysia nie baik Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa.......nanti ler aku citerkan kat korang pasal kisah nie.......tapi korang kena janji ler ngan aku......korang kena support benda nie yer.....kalau korang tak support tak jadi benda nie.......sokongan korang semua amat dihargai.......nanti lepas dah selesai proses migration & transition blog nie ke dot com aku citerkan yer........so TUNGGUUUUUUU!!!!


PEACE NO WAR.....

Ehhhh!!! jap lupa lak nak cakap.....masa perjumpaan tu tadi Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak maklumkan Kabinet tak benarkan Astro Naik Tarif Perkhidmatan. Korang leh tengok kat bawah nie......lega ler sikit.....tapi tak tahu ler Astro terima tak keputusan nie.....

BERITA PILIHAN : KABINET TIDAK BENAR ASTRO NAIK TARIF PERKHIDMATAN-RAIS





01 Julai, 2011 18:38 PM

Kabinet Tidak Benar Astro Naik Tarif Perkhidmatan - Rais


KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kabinet pada Jumaat memutuskan stesen televisyen berbayar Astro tidak boleh menaikkan tarif perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.


Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Kabinet, yang membincangkan isu itu pada mesyuaratnya, berpendapat Astro tidak wajar menaikkan sebarang tarif berkaitan perkhidmatan mereka.


"Saya telah bersetuju untuk SKMM tidak membenarkan kenaikan sebarang tarif kecuali ia diluluskan mengikut kadar yang berpatutan dan mengikut lunas undang-undang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-kabinet di Angkasapuri.


Beliau berkata setakat ini, Astro didapati melanggar undang-undang sedia ada berdasarkan notis awal kenaikan yang diedar kepada pelanggannya.


"Notis yang dikeluarkan oleh Astro itu nampaknya mencanggahi undang-undang yang ada di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Oleh itu, saya telah mengarahkan SKMM untuk mengambil tindakan sewajarnya memberitahu Astro untuk tidak meneruskan kenaikan sehingga suatu masa yang lebih sesuai untuk dilaksanakan demikian," katanya.


Menjelaskan maksud 'tindakan sewajarnya', Rais berkata ia terpulang kepada SKMM untuk menentukan jenis tindakan, sama ada menjurus kepada kompaun atau denda dengan jumlah yang dibenarkan mengikut akta berkenaan.


Astro baru-baru ini mengumumkan akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuat kuasa 11 Julai ini, dengan harga langganan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.


Langkah itu menyebabkan sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan, manakala yang lain menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.


BERNAMA

Sumber :
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=598308

0 Comments
Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More