TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Monday, 1 August 2011

Kempen "Kami Sokong PPIM - Say No To Astro"

Aku dengan ini menyatakan SOKONGAN PENUH kepada pihak PPIM untuk meneruskan saman terhadap ASTRO kerana pihak ASTRO masih berdegil dengan pendirian mereka untuk menaikkan yuran langganan. Korang leh baca kat sini untuk makluman lanjut SAY NO TO ASTRO.

Jadi aku dengan ini memohon jasa baik korang semua untuk menggerakkan KEMPEN KAMI SOKONG PPIM - SAY NO TO ASTRO.


Pihak ASTRO nampaknya makin berani dengan membelakangkan arahan Kerajaan Malaysia dan hak pengguna seperti kita semua. Oleh itu pihak ASTRO patuh diboikot secara beramai-ramai. Oleh itu aku akan membantu pihak PPIM untuk mengumpul sebanyak mungkin senarai blogger yang ingin sama-sama untuk turut serta dalam kempen SAY NO TO ASTRO.


Apa yang perlu dibuat oleh korang semua untuk turut serta dalam kempen nie adalah seperti berikut:-





<a href="http://www.dezamancottage.com/" target="_blank"><img src="http://tinyurl.com/3lomtg6" border="0" /></a>

  1. Korang copy and paste LOGO BANNER kat atas nie dan letak ke blog korang semua.
  2. Korang boleh pilih samada untuk buat entry khas berhubung kempen nie atau hanya meletakkan LOGO BANNER seperti di atas di dalam blog korang diruangan yang boleh menarik minat rakan-rakan blogger lain supaya dapat turut serta dalam kempen ini.
  3. Sekiranya korang buat entry post diminta korang letak juga LOGO BANNER di atas. Korang boleh jemput rakan-rakan blogger lain untuk turun sama dalam kempen nie. Korang di minta letak link www.dezamancottage.com di dalam entry korang supaya blogger lain boleh tinggalkan URL blog mereka blog ini.
  4. Sila tinggalkan URL blog korang semua di ruangan komen kat bawah nie sebagai tanda anda menyokong kempen nie. Insyallah setiap URL blog yang ada di ruangan komen berkenaan akan dimajukan secara rasmi kepada pihak PPIM.
  5. Kempen nie akan diteruskan selagi pihak ASTRO masih ingkar dengan arahan dan keputusan Kabinet Malaysia untuk menaikkan juga yuran langganan.
KENAPA KITA PERLU SOKONG PPIM DAN BOIKOT ASTRO??????
  1. ASTRO berdegil untuk menaikkan yuran langganan.
  2. Pihak ASTRO ingkar dengan membelakangkan arahan dan keputusan Kerajaan Malaysia.
  3. Semasa hari hujan, semua siaran tidak dapat ditonton.
  4. Gangguan siaran semasa hujan tidak digantirugi oleh Astro kepada Pengguna.
  5. Yuran sambungan RM 20 tidak munasabah kerana bukannya kerja berat menggunakan spanar atau kerja yang sukar.
  6. Disebabkan kegagalan Astro berfungsi semasa hujan, antara fungsi utama TV menyampaikan berita telah gagal kerana semua TV menggunakan siaran Astro sekarang.
  7. Jika pelanggan ke luar Negara dan tidak membayar bil, maka Astro masih mengenakan bayaran dan perlu membayar fee kepada bulan-bulan yang tidak ditonton langsung.
  8. Hampir semua hak siaran sukan rakyat seperti Badminton dan juga bolasepak telah dibeli oleh Astro dan rakyat yang tidak menyewa Astro tidak boleh menikmatinya walaupun sebelum ini acara sukan tersebut dapat ditontoni secara percuma ini.
  9. Ramai pengguna merungut pihak Astro memaksa mereka untuk mengambil pakej baru yang lebih mahal apabila decoder/kad mempunyai masalah.
  10. Pada saluran tertentu di Astro, dilihat ada usaha menyebarkan agama lain di sedangkan perkara ini tidak dibenarkan sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan yang agama rasminya adalah Islam.
Aku tidak memaksa sesiapa pun untuk turut serta dalam kempen nie. Semuanya terpulang kepada pertimbangan korang semua untuk menyatakan HAK KORANG SEBAGAI PENGGUNA. Bagi yang menyertai kempen nie aku mengucapkan jutaan terima kasih kerana turut sama dalam kempen nie. Sama-sama kita SAY NO TO ASTRO.

41 Comments
Comments

41 comments:

saya dan family sekarang dah tak tengok astro...tak bayar then diorang pun potong...tunggu lepas raya kot baru nak sambung balik...tak tengok astro pun takpa~ nak movie terbaru, download saja..kan ? hehehe

uhuk..sanggup ke x de astro??

saya pun sama..tak bayar gak..sebab x dok duit huhu..lagi pun x de ape ..kat astro duk ulang cite sama..

jom nyatakan sokongan korang semua.....jom kita boikot astro beramai-ramai.....

ntah pape la stro ni. dah la waktu siang kat rumah d'ya siaran lgsung tak boleh tgok.lau nak tgok pon kne byar rm50

ya sy sokong wlau pun kt umah xda astro. hihihi. :D

kalau korang semua sokong meh ler letak logo banner kat blog korang......kita sama-sama support pihak PPIM saman Astro nie.....kena kasi ajar sikit Astro nie.....

Support!Dam* ak x byr 2 hari da potong suck giler.n siaran yg sama d ulang..

sokong jugak.. astro x patut

saya tak kan menyekat rezeki keluarga saya sdri.. kalo tak nk pki tk pe.. tk yah boikot2 ni duit korang suka hati korang la kan ada buget sila guna xde dok diam2 paki antena tinggi.. wasalam..

uih x puas ati betol neh :)

semoga Astro fikirkan jalan terbaik untuk selesai kan masalah dan puaskan hati pelanggan..aku rasa pelanggan x kisah atau x kan boikot sekiranya servis tu baik dan harga berpatutan kan???

http://phatthegreat.blogspot.com/2011/07/peminat-bola-sepak-malaysia-di-tipu.html

aku memang sokong ni bro.aku dah tak tonton lagi astro tu.masak..dari rm49 tiba-tiba meledak ke rm75. bagus duit tu aku pakai bayar tusyen anak.hehhee

sy dh cut dh astro last 2 months..kebetulan decoder kena curi..lepas tu terus potong je :)

aku bayar je astro tp xde astro pon kat rumah. sbb aku bayakan utk bapak aku. caner ek?

susah gak klu xde, anak2 yg suka tgk TVIQ dan channel kesukaan diorg. bdk bwh 6 thn ni blum paham nak bawa berbincang huhuhu

rumak kite takde ASTRO..ade siaran indoesia beli area,dapat nengok siaran spore dah kira oke..dari astro mahal2 kuali jek besoo kualiti takdepp..

Akak terpaksa pasang astro pakej paling murah...

ada ke tak ada astro, sama je. aku tetap online..:)

baca sini untuk entri terkini:
pyejal.theStory

Boikot astro? tp saya suka astro. camne nak idop tanpa astro .... wat kempen minta astro jgn naik rege ler!

sy pun tkejut tgk bil bln lepas naik... fmly kt kg sy dh ada astro.. then pasang lg 1, itu pun xblh guna nama sama kena cari penama lain... bil sampai bulan pertama, bln kedua x sampai then terus potong, terpaksa la ayh sy p settle, bila tanya pihak dia check kata dh anta bil... haish...

Aku sebenarnya bukan tak suka ngan Astro nie.....aku pun tak suka nak sekat rezeki orang lain...tp bayangkan bila Astro langgar hak kita sebagai pengguna lebih-lebih lagi membelakangkan arahan Kabinet iaitu Kerajaan Malaysia....pada hal Astro tiap-tiap tahun declare untung besar.....bukan kita nak jeles ngan keuntungan Astro.....tapi keuntungan Astro adalah hasil dari yuran yang dibayar oleh kita semua....ini tidak makin nak menekan pengguna seperti kita semua....patutnya Astro atasi dulu masalah yang dihadapi.....ini tidak time hujan jer langsung tak leh nak tgk siaran....kalau leh minta rebet sbb tak leh tgk siaran masa ujan lain ler citer.....ini dia pukul rata gak....kena bayar gak pada perkhidmatan yang tak boleh digunakan....aku sokong PPIM atas asas yang kukuh seperti mana yang dah digariskan oleh PPIM dan Kerajaan Malaysia.....korang tanya ler pengguna Astro sekarang nie rata-rata semua hangin satu badan ngan Astro......harap Astro lebih prihatin dikala seluruh rakyat Malaysia tgh perit untuk telan hempedu pahit akibat kenaikkan beberapa produk di Malaysia ketika nie....jangan pula nak menangguk di air yang keruh......

Boikot Astroo.. setuju! :D

singgah sini jum.. http://bloggerojak.blogspot.com/2011/07/minuman-ada-alkohol-kurang-1-peratus.html

SAYA pon dh boikot ASTRO jom tengok kat blog saya..
http://idham-xpression.blogspot.com/

saya memang tak langgan astro.weee~

kiter pun tak pakai astro dah..............mahal,hahahaahha

boikott. do visit :D

http://adeelaaziz.blogspot.com/

haah memang pon, tak patut naikkan yuran langganan, dh la byk channel baru kena subscribe dulu. Channel lain asyik ulang tayang mende same. myampah dowhh

Setuju Astro di boikot , tapi ada tindakan utama yang perlu dibuat oleh PPIM ialah menyelar Kementerian yang lembut macam sotong. Kalau perhimpunan BERSIH dikatakan melawan perintah kerajaan dan di sekat dan disembor air asid dan asap pemedih mata serta dipukul/diterajang dan ditangkap kenapa Kerajaan melalui kementerian tidak boleh bertindak? Kenapa bebankan pada pengguna? Kerajaan yang beri lesen kenapa macam pondan utk menasihatkan taukeh Astro?

selamat eden memang xpakai astro ngehngeh~

Sebenarnya pihak Astro boleh diambil tindakan oleh kerajaan kerana ada perundangan kawalan harga. Ia bukan saja untuk makanan ,minuman , gula dan minyak tetapi untuk perkhidmatan seperti astro , teksi dan lain. Agak pelik kenapa kerajaan tidak ambil tindakan ke atas astro melalui mahkamah , cuba perhatikan siapa pemilik saham-saham di astro.

Yup aku setuju ngan statement korang semua.....dalam hal nie kerajaan patut main peranan....diaorang ada kuasa so boleh amik tindakan sewajarnya.....nie lah masalahnya bila diberikan lesen pada 1 company jer....so dah diaorang monopoli skrg nie....apa-apa pun harap kerajaan bertegas dalam hal nie....

hahahaha..sokong jangan tak sokong...;))

hahha . tula pasal . asal jak hujan kompom siaran akan hilang . haduhh , baguii laa tada astro kat uma da .

astro banyak bende yang berulang2 sampai berpuluh2 kali nak ulang.. mual =(

aku pun sokong...time ujan ja,mesti siaran xdak...cite plak berulang2...cita hak2 best dia nak kita subcrite dulu....yuran dah ler nek....nak sambung pun ne cas rm20...macam le nak sambung tu ne panjat tiang tinggi,bawak segala sepanar or skru..teruk toll.......lau tempat aku ada siaran tv1.2.3,cmfm ak xamik dah astro niehhhh....kajaan mang patup mengambil tindakan dalam isu nieh...jangan biakan rakyat terbeban.....PIHAK ASTRO PERLU DENGAR HAK PENGGUNA NEHHHHH!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum, saya baru sahaja secara rasmi pada bulan oktober lepas, menamatkan perkhidmatan ASTRO selepas setahun melanggannya. Hidup terasa lebih aman dan dapat fokus kepada perkara2 lain yang lebih penting.

jom reramai guna UNIFI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More