TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Monday, 1 August 2011

Dr Haron Din dan Azizan Razak Dimasukkan IJN & Najib Razak Pembedahan Lutut

Baru dapat berita jap tadi 2 pemimpin  tertinggi PAS Dr. Haron Din & Dr. Azizan Razak MB Kedah dimasukkan ke IJN akibat masalah jantung. PM kita lak Najib Razak hari akan menjalani pembedahan kecil pada lutut beliau. Sama-samalah kita doakan kesejahteraan semua pemimpin di atas.

DUA pemimpin tertinggi Pas Timbalan Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din dan Menteri Besar Kedah, Azizan Razak diberitakan dimasukkan ke Institiut Jantung Negara (IJN) serentak petang ini.

Kedua mereka menghadapi masalah jantung.


Dr Haron akan menjalani pembedahan kecil (injugram) sementara keadaan Azizan Razak belum diketahui tetapi dilaporkan sedikit kritikal.



Beberapa pemimpin Pas telah menziarahi kedua mereka termasuk Exco Kerajaan Selangor, Dr Hasan Ali yang terawal bergegas ke IJN.


Beberapa keping gambar keadaan mereka di IJN telah dihantar ke email saya sekejap tadi.



Sama-sama kita berdoa semoga keadaan mereka selamat dan apa juga rawatan ke atas mereka berjalan lancar.


Perkembangan lanjut akan menyusul kemudian selepas saya mendapat maklumat terperinci mengenai keadaan mereka kedua.


Dalam pada itu tidak lupa juga didoakan sama untuk kesejahtraan Perdana Menteri, Najib Razak yang dilaporkan menjalani pembedahan lutut hari ini. 
 

0 Comments
Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More