TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Monday 4 July 2011

Perghhhh!!!! KFC Tinggalkan Komen Tu Kat Sini

Untuk makluman korang semua sebentar tadi pihak KFC ada meninggalkan komen diruangan entry seperti kat bawah nie: 


Aku secara personal mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak KFC sebab mereka betul-betul bertanggungjawab di atas kes nie. Diharapkan pihak KFC akan lebih peka dan berhati-hati selepas nie dengan mengetatkan lagi prosedur di dalam proses penyediaan makanan di premis diaorang. 

Apa yang pasti KFC tetap akan kena tempias dari isu nie. Aku harap pihak KFC akan cari jalan untuk yakinkan kembali pelanggan yang mula was-was ketika nie. 

Salah satu cara yang paling terbaik aku nampak KFC boleh tiru style cara penyediaan makanan yang diamalkan oleh BIG APPLE dan J.CO DONUT & COFEE. Kalau korang penah beli mesti korang tau kan macam mana diorang sedia hidangan. Diaorang pamerkan pada orang ramai macam mana kakitangan diaorang bekerja. Diaorang letak cermin so kita sebagai pelanggan boleh tengok macam mana pekerja diaorang prepare hidangan. So rasanya kakitangan tak berani nak buat benda yang bukan-bukan. Kita sebagai pelanggan akan puashati sebab nampak depan mata kepala kita.

Apa-apa pun terpulang pada pihak KFC nak buat macam mana pun. Kalau diaorang nak ikut cara company kat atas tu pun lagi cun. Confirm pelanggan dah tak risau lagi. 

So korang leh tengok kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak KFC berhubung isu hangat nie.....korang leh tgk kat bawah nie



KENYATAAN RASMI DARI PIHAK KFC

KFC Malaysia


Pada bulan Oktober tahun lalu, KFC Malaysia telah dihubungi oleh seorang individu yang telah mengemukakan satu salinan klip video yang menayangkan seseorang telah merosakkan hidangan ketika proses penyediaan makanan tersebut. Kami berpendapat bahawa perbuatan menerbitkan klip video itu sebagai berniat jahat dan merupakan serangan terang-terangan terhadap organisasi kami. Kami telah mengambil tindakan segera dan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

Pada 25 Jun baru-baru ini, kami telah mendapati klip video tersebut telah dimuat turun di halaman YouTube.

Pihak kami ingin menegaskan kepada para pelanggan dan orang ramai bahawa kejadian ini merupakan kes terpencil dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Sejak Oktober 2010, pihak kami telah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengelakkan kejadian-kejadian seperti itu berlaku lagi termasuklah dengan memasang televisyen litar tertutup (CCTV) di bahagian dapur restoran-restoran KFC.

KFC akan sentiasa mengekalkan standard kebersihan dan kualiti yang tertinggi dalam semua aspek bisnes kami. Sama ada di Malaysia ataupun di seluruh dunia, anggota-anggota pekerja kami amat berdedikasi untuk terus menyediakan perkhidmatan terbaik, berkualiti dan makanan yang selamat. Kami memandang serius di atas kejadian yang telah berlaku ini. Pihak kami akan sentiasa mengemaskini semula proses-proses pengambilan dan latihan untuk meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada semua pelanggan kami. Pasukan kami yang terdiri daripada 9,700 orang chef dan anggota pekerja lain di seluruh Malaysia akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti seperti yang telah diketahui selama ini.

Bagi pihak KFC Malaysia, pihak kami ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan anda semua.

Pengarah Urusan
KFC Holdings (Malaysia) Bhd

10 Comments
Comments

10 comments:

pic aku pun ade dlm print screen ni..
bangga nye

hahahahaha ok le tu khairul.....

baguslah camtu.. ada cctv.. camne kedai makan yg lain??

Perghhhh!!!!


Cuba tengok yg ni pula.. Mesti korg xsuka kan? memang damn la KFC ni

http://innit.nuffnang.com/view/1802241/

mmm Harap pihak KFC lebih memberi pemantauan dlm penyediaan makanan kpd org ramai. Risau jika perkara sebegini diulangi oleh segelintir pekerjanya.
Google+ VS Facebook

haha siyut jeh khairul akmal azman. cool!

@miss minn: biaq pi kat dia ler hehehehe.....khairul hang dah femes nie......hahahahaha dah ada peminat.....

pekerja yang tak bertanggungjawab la tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More