TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Sunday, 24 July 2011

Resepi: Ayam Panggang Madu Ala Dezaman


Semalam aku tak tau nak makan apa....pikir punya pikir punya la pikir.....last sekali aku cakap ngan wife aku kita buat ayam panggang pun ok gak kan.....dah lama tak pekena ayam panggang.....wife aku cakap kalau buat ayam panggang madu pun ok gak.....maklumlah kan ada oven baru hahahaha.....seperti biasa aku check semua ramuan dulu....ayam dalam freeze ada, rempah-rempah pun ada.....ok cun kita dah leh start......korang leh ler kalau nak cuba try test.....amik resepi kat bawah nie.....

Bahan Perap:


3 sudu besar gula perang
3 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar rempah BBQ
2 sudu besar madu lebah
1 sudu teh garam
1 sudu besar sos tiram
1/4 kiub Knor
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu besar mixed herbs
2 helai bay leaf (dipotong kecil)
1 batang serai (dipotong 4 memanjang)
4 ulas bawang merah (dipotong 4)
8 ulas bawang putih (dipotong 4)
3 cm halia (dipotong halus)
2 sudu besar minyak zaitun
Air secukupnya

Bahan A:
1 ekor ayam (boleh potong 4 atau biar sekor-sekor)

Cara Masak:
  1. Masukkan semua bahan perap dalam mangkuk dan gaul sampai sebati. 
  2. Lumurkan bahan perap pada ayam. 
  3. Masukkan bawang putih, bawang merah, halia, bay leaf & serai dalam perut ayam. Selitkan juga pada celah-celah kulit ayam. Perap selama 4 - 6 jam dalam peti sejuk. 
  4. Selepas perap boleh panggang dalam oven. Seelok-eloknya pakai oven yang boleh golek-golek ayam dalam oven. Kalau takder kena le pakai cara manual. Setiap 30 minit kena terbalikkan ayam. Set suhu 180 darjah. Tempoh masak 1 jam. 
  5. Setiap 30 minit sapu lebihan bahan perap pada seluruh ayam. 
  6. Hidang atas pinggan dan hias.
Selamat mencuba

1 Comments
Comments

1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More