TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Monday, 11 July 2011

Tesco Pilih Koleksi Baju Raya Melinda Looi?


Terbaca satu artikel masa blogwalking bagi aku artikel nie amat menarik untuk dikongsikan ngan korang semua......sebenar aku agak sakit hati bila aku baca artikel nie.....aku geram sangat-sangat ngan Tesco......kenapa pihak Tesco tak prihatin atau memang buat-buat tak prihatin dalam hal nie???????......ada tanda SOAL AMAT BESAR kat situ.......cuba ler prihatin sikit sensitivity perayaan sesuatu bangsa dalam Malaysia yang makmur nie........macam nie ler wahai pihak Tesco yang budiman.......masa Gong Xi Fa Cai nanti minta Tesco jual Cheongsam keluaran Salikin Sidek ke Rizalman ke Tom Abang Saufi  ke Zerry Zamry ke atau tak pun Hatta Dolmat........leh ke Tesco.......
Tidak lama lagi umat Islam akan mula menjalani ibadah berpuasa.

Pada ketika inilah para peniaga Melayu khususnya mereka yang terlibat secara langsung dalam perniagaan pakaian seperti baju kurung dan baju Melayu akan mula sibuk mengambil tempahan sempena Aidil Fitri yang bakal menjelma sebulan selepas itu

Di Malaysia, kita tidak ketandusan peniaga dan pereka fesyen Melayu yang membuat atau mereka bentuk pakaian sebegini.

Lihat saja di televisyen dan majalah-majalah, setiap tahun ada saja anak muda Melayu yang muncul menceburi bidang berkenaan.

Kekadang terbit juga rasa bangga kerana ada di antaranya sudah boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan pereka fesyen bangsa lain.

Namun halangan terbesar adalah dari segi memasarkan produk mereka, kerana untuk masuk ke pusat membeli-belah atau pasar raya terkenal bukan mudah.

Mereka perlukan modal yang besar untuk berbuat demikian kerana kadar sewa yang dikenakan premis terbabit cukup tinggi terutama menjelang musim perayaan seperti Hari Raya Aidil Fitri.

Selalu kita mendengar rungutan daripada pemain dalam industri terbabit khususnya orang Melayu yang selalu merasakan terpinggir di bumi sendiri kerana jarang diberikan ‘perhatian’ oleh pemilik gedung-gedung besar ini.

Mungkin dalam hal ini ada kebenarannya.

Seperti contoh, pagi tadi Tesco Stores Malaysia Sdn Bhd telah melancarkan koleksi eksklusif Hari Raya Melinda Looi.

Tesco memberitahu yang pihak mereka mengsasarkan peningkatan jualan segmen pakaiannya yang dipacu oleh koleksi pereka fesyen berketurunan Tionghua itu.

Koleksi eksklusif itu adalah hasil usaha kerjasama antara kedua-dua pihak bagi tempoh masa terhad dan jualan kepelbagaian pakaian eksklusif dari Baju Melayu hingga ke Baju Kurung serta pakaian malam bagi seluruh keluarga, yang akan bermula pada 29 Julai di cawangan Tesco di seluruh negara.

Pengarah Komersil Pakaian Tesco Hem Patel berkata segmen itu kini menyumbang 8.0 peratus kepada perolehan keseluruhan Tesco.

Kata Patel, kerjasama dengan Melinda dilihat sebagai wadah yang baik meningkatkan perangkaan itu.

Untuk rekod, Melinda telah mereka bentuk 15 perkara setiap satu di dalam dua pilihan warna bagi kanak-kanak dan orang dewasa, yang tersedia di dalam pelbagai pilihan eksklusif dan bermula dari harga RM69 hingga RM199.

Corak reka bentuk premium bersempena Hari Raya akan tersedia di 10 cawangan Tesco manakala corak eksklusif tersedia di 20 cawangan Tesco di seluruh negara.

Baik, persoalannya, mengapa mesti Tesco mengadakan kerjasama dengan Melinda, mengapa tidak dengan Salikin Sidek atau Rizalman sebagai contoh?

Bukankah nama pun baju baju kurung dan baju Melayu, apa salahnya untuk dalam tempoh sebulan ini (sepanjang bulan Ramadan), peluang berkenaan diberikan pada pengusaha atau pereka berketurunan Melayu?

Mereka bukan minta sepanjang tahun, tetapi cuma sebulan.

Saya sangat pasti, ketika tahun baru Cina, jangan harap orang Melayu diberikan peluang untuk menjual Cheongsam!

Lainlah dalam negara kita yang tercinta ini, tidak ada peniaga atau pereka fesyen Melayu yang tahu buat baju kurung atau baju Melayu, kalau macam itu keadaannya tidak adalah mereka yang terasa hati.

Ini sudah terang lagi bersuluh, di saat terdapat beribu peniaga dan pereka fesyen Melayu yang hebat dalam pembuatan pakaian seperti itu, orang keturunan lain pula dipilih untuk berkerjasama dengan Tesco, bukankah ini satu perkara yang cukup pelik?

Saya tiada masalah dengan Melinda, saya percaya dia seorang pereka fesyen yang hebat…tapi saya juga rasa yang Tom Abang Saufi hebat, Zerry Zamry hebat, Hatta Dolmat juga hebat (sekadar menyebut beberapa nama)

Bukan tujuan saya untuk menjadi ‘racist’, saya percaya dalam dunia globalisasi ini, kita kena mengubah pendekatan kita dalam apa saja perkara tak terkecuali dalam bidang perniagaan, tetapi apa yang berlaku dalam Tesco bagi saya pelik….cukup pelik.

Mungkin rasa ‘pelik’ saya itu akan berubah jika menjelang Gong Xi Fatt Choy ini, akan ada satu majlis pelancaran di Tesco yang berbunyi…TESCO LANCARKAN KOLEKSI EKSKLUSIF PAKAIAN TAHUN BARU CINA KAMARIAH AWANG LAH Itu bagi saya saya barulah ‘cool’….amacam Tesco? – Oleh SYAHRIL A. KADIR (mynewshub.my)


3 Comments
Comments

3 comments:

tp yg supply fabric utk melinda looi buat bj ni dr org melayu tau...kwn sy di zeenarth wordrobe....

saye juga sokong melinda!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More